MAKAM HANG TUAH, MELAKA. SERIUS TIDAK PERNAH TAHU | Ini serius. Mommy berkali-kali ke Melaka, memang tidak pernah terlintas ada Makam Hang Tuah. Sehinggalah sabtu lalu, 12032016, ketika dalam perjalanan pulang dari Melaka, Daddy ternampak signboard Makam Hang Tuah. Ini pun sebab pilih jalan bukan highway untuk balik ke KL. Hehe

makam-hang-tuah-melaka

Makam ini terletak di Tanjung Kling, Melaka. Tepi jalan sahaja.

BETUL KE HANG TUAH DIKEBUMIKAN DI TANJUNG KLING?

Daddy sebagai peminat sejarah dan pelajar yang agak baik mengenai sejarah bagi satu soalan kat Mommy. “Betul ke dia dimakamkan di sini?” Aduh mak.. sebagai pelajar yang atas urat je lulus sejarah cuma mampu geleng kepala tanda tidak tahu. Kata Daddy, Hang Tuah menghilangkan diri. Maka?

Erm.. ok, Mommy siasat jap. Buka wikipedia:

Walaupun terdapat beberapa hikayat seperti Hikayat Hang Tuah menyatakan bahawa Hang Tuah hilang begitu sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Sri Lanang, dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.

So? Alfatihah untuk semua ahli kubur di kawasan tersebut.

Jom tengok rupa Makam secara lebih dekat.

makam-hang-tuah-melaka

HDAE hari ini sangattttttttt bagi kerjasama. Sporting je all the time. Alhamdulillah.

makam-hang-tuah-tanjung-kling-melaka

Masa Mommy google, rupanya signage ini ada tangan & keris tau kat lubang atas tu. Ini contoh gambar dari google.

makam-hang-tuah-melaka
pic source : google

Tapi dah tiada sekarang. Kenapa ya? Mungkinkah dicuri? Atau simpan untuk elak kecurian? Wallahualam.

Ini bahagian dalam.

makam-hang-tuah-tanjung-kling-melaka (3) makam-hang-tuah-melaka makam-hang-tuah-melaka

Bagus juga kalau sekali sekala terjah macam ni. Yang tak tahu pun boleh tahu. Lepas ni boleh aim untuk lawat makam-makan Hang yang lain pulak. Eh.. aku tak kata makam hang. Makam Hang si pahlawan Melaka la.. kihkih

error: Content is protected !!