Fri. Oct 4th, 2024

KOREA TRIP (WINTER) : PUAS HATI DENGAN KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS

PUAS HATI betul Mommy dengan perancangan percutian ke Korea musim sejuk ni bersama Kembara Sufi Travel & Tours (KS). Alhamdulillah. Rasa berbaloi sangat menabung dan habiskan duit dengan percutian macam ni. Mudah-mudahan ada rezeki Mommy nak bercuti lagi lepas ni.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (7)
Trip 3 beradik. Dua-dua ialah kakak Mommy. Merah kakak sulung, kelabu kakak no 2. Mommy terlebih tinggi atau dorang yang.. hahaha

Dengan bajet cuma RM3100 (lebih kurang), Mommy berjaya sampai ke Korea. Ha. Murah kan? Ada yang cakap murah, dan ada juga orang tanya, nape tak pergi sendiri je, lagi jimat kos. Ye ke? Jujurnya, Mommy tak suka bab merancang perjalanan. Selalunya perkara tu Mommy serahkan kat Daddy. Tapi memandangkan percutian ni, Mommy pergi dengan 2 orang kakak Mommy, kami serahkan segalanya kepada tour guide je lah. Lagi senang otak. Haha. Moga dapat rezeki ke sana lagi bersama Daddy pula nanti. Boleh la merancang perjalanan sendiri kan. Doakan lah..

Ada yang tanya berapa total kos Mommy habiskan? Itu kena PM Mommy sendiri lah ye. Haha. Harga pakej kembara sufi ke Travel ni RM3100 ini termasuk tiket kapal terbang, penginapan, makan-makan dan jalan-jalan. Memang semuanya lah kan. Kecuali shopping dan bermain ski di Vivaldi Park.

Jom Mommy kongsi kenangan Mommy bersama Kembara Sufi & tour guide di Korea.

BERTOLAK KE KLIA & DISAMBUT DI INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT

Sebelum bertolak dari KLIA, pihak KS ada memberi taklimat serta itinerary sepanjang di Korea. Dan mengikut pihak KS, akan ada 1 tour guide di Korea nanti yang akan membawa kami ke semua tempat yang dirancang. Sebelum bertolak, wajiblah group photo!

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS
Terserlah hoodie merah sorang tu kan? Hiksss. Tq KBBA9 & Cosmoderm yang sponsor Hoodie best ni!

Ha ramai kan? Tapi syukur sangat-sangat sebab semua memang sporting, komited dan patuh dengan perjalanan yang dijadualkan. Tahniah semua! Tepi sekali, yang baju coklat tu ialah Ustaz Man, wakil KS sebagai ketua rombongan kali ni.

Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Sampai je kat Incheon, jejak je kaki kat sana, sejuk menikam badan. Haha. Gigil kot. Sejuk sampai berasap mulut. Kami disambut oleh tour guide di sana, iaitu Mr David / Daud (nama glemer) & Mr Lee.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (15)
Dari Kiri Mr Daud, kanan Mr Lee Photographer

Tour guide ni diuruskan pihak Kembara Sufi, jadi kami tak perlu risau dengan aturan perjalanan. Overall, Mommy memang puas hati sangat dengan khidmat Mr Daud ni. Ramah, sentiasa senyum, baik sangat-sangat! Rajin bercerita mengenai Korea di setiap perjalanan kami. Best la. Boleh tulis dalam blog kan?

Yang photographer tu pula, rasanya memang setiap rombongan ke Korea ni, akan ada seorang photographer yang akan ikut kita. Masa nak balik tu, dia akan offer gambar yang dia dah print setiap seorang. Hari tu Mommy tergoda juga la nak beli gambar yang dah diprint tu. Sekeping 5000 won. Huwargh. Hahahaha.

TEMPAT LAWATAN MENARIK

1st Day : Nami Island

Kami dibawa ke Nami Island yang pada masa ni, badan agak terkejut dengan suhu yang sangat sejuk. Memang salji bakal turun tak lama lagi ni. Lagipun, kolam pun dah beku di sini.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS

Seronok sangat kat Nami Island ni tau. Ye lah.. tempat terkenal dengan drama Winter Sonata tu kan. Kalau datang ke Korea, memang wajib datang ke sini. Kalau ada salji, boleh la feeling macam dalam drama tu. Huhu.

2nd day : Muzium Teddy Bear, Mt Soerak & Vivaldi Ski Park

Kalau sukakan teddy bear, jangan lepaskan peluang ke Muzium Teddy Bear yang hanya terletak sebelah Del Pino Resort. Gitu.. Heee. Kami berpeluang ke sana sebelum bertolak ke Mount Soerak, Soeraksan National Park. Dapat tengok pelbagai saiz teddy bear di dalamnya.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (1)

Kemudian kami di bawa ke Soeraksan National Park di mana kami berpeluang menaiki cable car untuk ke Gwongeumseog Fortress yang super cantik tu!

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (2)

Perjalanan ke Vivaldi Park memang jauh. Tapi, jauh yang berbaloi di mana pada malamnya kami ke Vivaldi Park Ski World, tempat meluncur ski kedua terbesar ni. Atau siapa yang layan drama korea Legend of the Blue Sea, ada part di mana Lee Min Ho bawa si duyung tu main ski di sini. Mommy nak feeling dijemput Lee Min Ho main ski pun tak boleh sebab Lee Min Ho Mommy tu tertinggal di KL (Daddy ler tu..) Hukhuk.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (2)

3rd day : Strawberry Farm, Kimchi Land, Everland Theme Park

Hari ketiga kami di Korea, kami ke Strawberry Farm. Dapat rasa sendiri Strawberi Korea yang dah memang terkenal dengan manis tu. Dah la manis, besar pulak tu.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (4)

Boleh rasa pengalaman diy kimchi di Kimchi Land, Yongin! Best giler!

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (4)

Dapat berjemaah cuba memakai pakaian tradisional korea iaitu Hanbok!

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (4)

Dan yang bestnya, kami dapat jejak Everland Theme Park yang pada mulanya kami sepatutnya ke LotteWorld Theme Park. Terima kasih KS sebab pertimbangkan permintaan kami untuk ke Everland! Alhamdulillah!!

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (4)

4th & 5th day : Gyeongbok Palace, Padlocks Park N Seoul Tower, Namdaemun Market, Myeong-Dong, Ginseng Centre, Red Pine Factory, Jeil Amethyst, Asian Supermarket

Hari Ke 4 ni macam banyak tempat betul berjalan ye. Suhu di Korea masa ni dah makin sejuk. Kami mulakan perjalanan ke Gyeongbok Palace, di mana kami dapat rasa pengalaman ditimpa salji halus yang turun buat kali pertama sejak kami di Korea. Woot Woot!

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (5)

Kemudian kami ke Love Locks Park di N Seoul Tower. Suhu masa ni cecah -8 rasanya. Sejuk ya amat.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (5)

Kalau dah nama sertai rombongan, haruslah pergi ke tempat yang jarang orang pergi iaitu ke Ginseng Centre & Red Pine Factory. Kedua-duanya dikawal oleh kerajaan Korea. Nak beli, kena datang sini je.

Tempat shopping iaitu Doota Mall, Namdaemun Market, Myeong Dong & Asian Supermarket sudah pasti tidak ketinggalan untuk kami lawati. Eh bukan lawati je.. haruslah habiskan duit kat sini. Kepada yang bajet rendah seperti Mommy, mampu berhuhu je tengok harga di situ. Haha. Nasib baik masa yang diperuntukkan cuma sejam setiap tempat. Takdelah gigit jari sangat.

KEUTAMAAN KEMBARA SUFI

KS akan menjaga kebajikan ahli rombongannya sebagai Muslim dengan sebaiknya ketika bermusafir, dari segi makanan, penginapan dan tempat solat. Itu yang kami lalui sepanjang di Korea, memang puas hati la. Terima kasih KS. Berbaloi dengan bayaran. Gitu.

Terasa keberkatan bila setiap perjalanan, Ustaz Mann selaku ketua rombongan akan membaca doa dan kadang tu bagi sedikit tazkirah. Bukan ceramah. Jangan risau. Hee..

Baca : Cherry Blossom di Jeju

MAKANAN

Antara makanan yang kami nikmati sepanjang trip ini, sudah tentulah Korean Food. Tapi hari ke 3 kami dapat makan makanan Thai. Kemudian, indian cuisine. Sedap-sedap betul makanan Korea yang kami makan. Dan untuk pengetahuan korang, air manis memang tiada langsung! Air sejuk je tau. Ingatkan tak boleh minum air sejuk sebab luar dah sejuk. Tapi bila makan, rasa panas makanan tu bertambah sedap pula bila minum dengan air sejuk.

1st day

KOREA TRIP GYEONGBOKGUNG PALACE, LOVE LOCKS N SEOUL TOWER, NAMDAEMUN MARKET, MYEONG-DONG (354)
Nasi dalam flight. Jam 230 pagi perlu makan. Memang tak selera la
KOREA TRIP GYEONGBOKGUNG PALACE, LOVE LOCKS N SEOUL TOWER, NAMDAEMUN MARKET, MYEONG-DONG (354)
Lunch Time!!
KOREA TRIP GYEONGBOKGUNG PALACE, LOVE LOCKS N SEOUL TOWER, NAMDAEMUN MARKET, MYEONG-DONG (354)
Dinner Ikan bakar!!

2nd day

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (9)
breakfast di Del Pino
KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (9)
Lunch di Seafood restaurant
KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (9)
Dinner ‘Asam Pedas’ Korea

3rd Day

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (9)
Breakfast di Vivaldi Park. Kopi dia tak best!
KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (9)
Lunch Bibimbap
KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (9)
Dinner Thai Restaurant

4th Day

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (15)
Breakfast di Bombay Grill, Itaewon
KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (10)
Lunch di Taj Palace
KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (10)
Dinner di one sotong (translated)

5th Day

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (15)
Breakfast di Taj Palace

PENGINAPAN

1st Night : Del Pino Resort

Dengan pakej ke Korea bersama Kembara Sufi, kami menginap di Del Pino Resort yang bagi Mommy, hotelnya agak mewah. Ada 2 bilik yang besar, satunya ada katil, satu lagi boleh tidur secara tradisional di atas lantai yang dilengkapi haba di lantai, kemudian bilik ini dilengkapi dapur, peti sejuk, periuk nasi, peti ais, sofa dan tv.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS
stay 2 orang je masa ni. Bilik super luas

2nd Night :Vivaldi Park

Selesa & ‘hangat’. Tak perlu katil untuk tidur lebih selesa.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (9)
hotel ini berhadapan dengan Vivaldi Ski Park. Leh jalan kaki je nak gi main ski
KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (9)
Masa ni stay 4 orang dalam 1 bilik

3rd & 4th Night : Capital Hotel

2 malam stay di hotel ini. Tidak terlalu luas berbanding 2 hotel sebelum ini. Mommy stay 2 orang je.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (9)
KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (9)
tidak sebesar 2 hotel yang lain. Tak panas sangat dalam bilik, maka gigil la jugak masa tidur

SOLAT

Tour guide pastikan kami dapat solat dengan membawa kami ke musola / surau terdekat. Contohnya dalam Nami Island, ada surau kecil untuk pelancong Islam. Jadi boleh la solat di sini dulu sebelum explore Nami Island ni.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (7)

Ketika kami di Everland Theme Park, kami turut dibawa ke surau kecil untuk solat terlebih dahulu sebelum jelajah seluruh taman tema ini.

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (7)

Dan paling best, ketika kami di Masjid Itaewon pada hari ketiga, kami dapat rasa pengalaman salji lebat yang turun! Subhanallah!

KOREA TRIP_WINTER DI KOREA_KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS (9)

MOMMY HAPPY!

Puas hati betul dengan trip ni. Patutlah kakak-kakak dalam group trip ni ada yang repeat sampai 3 kali bersama Kembara Sufi ni tau! Fuh.. Kalau la banyak duit, nak sangat bawa famili plak. Bestnya! Mana tahu lepas ni dapat sponsor free ke. Rezeki kan? Yang nak pergi, boleh semak CHECKLIST KE KOREA MUSIM SEJUK yang Mommy kongsi untuk kemudahan korang.

KEMBARA SUFI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau kalau nak tengok trip yang disediakan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd. (kembarasufi.com), boleh hubungi:

Person in Charge : Ustaz Muhammad Al-Fadzil Hidzir

Alamat : Bangunan Anggerik Mall, Tingkat 2, Lot 2.37, Jalan 14/7, Sec 14, 40 000 Shah Alam. Selangor Darul Ehsan.

Tel (Pejabat): 0355234498 / 0132988303

Selamat bercuti dan selamat maju jaya Kembara Sufi!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

16 thoughts on “KOREA TRIP (WINTER) : PUAS HATI DENGAN KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS”
  1. Perghh panjangnya entri, mesti menulis dengan penuh excited sampai tak sedar panjang hehe.. anyway boleh bookmark ini entri untuk panduan, hehe, tak mahal mana if bajet 3k jer..maybe leh pegi pasni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!