Thu. Sep 19th, 2024

KALAU RASA KELAINAN, KENAPA TANGGUH? | SPEECH DELAY & HYPERACTIVE | ARIQ EMIR – ROAD TO SUCCESS

speech therapy anak

Sebenarnya, berkali-kali juga Mommy fikir untuk tulis atau tidak entri ni. Mood menulis memang tengah berhijrah kat luar dunia, tapi tak tahu lah kat mana. Tapi, atas rasa tanggungjawab dan rasa bukan Mommy sorang yang lalui perkara ni, ada baiknya Mommy berkongsi sedikit.

Pesanan : Entri ni agak panjang dan berbaloi untuk mereka yang alert dan betul-betul nak ambil berat permasalahan ni. Tolong jangan soal perkara yang Mommy dah cerita dalam ni. Hadam satu persatu. Tempat yang Mommy pergi tu, kalau korang rasa tak pasti, boleh google.

SPEECH DELAY

Sebenarnya, kalau korang follower tegar Mommy di Instagram (@myapilot), mesti alert yang Mommy ada bawak Ariq Emir buat terapi baru-baru ini. Korang boleh alert melalui # juga iaitu #ariqemirbuatterapi.

Sebenarnya, nak bagitau korang, ini bukanlah tahun pertama Ariq ke terapi. Meh nak cerita sejarahnya.

Kalau korang nak baca entri perjalanan Speech Therapy dari tahun 2015, korang boleh baca di sini : perjalanan speech therapy ariq emir dari tahun 2015

Ok, sejarahnya begini. Mommy kenalpasti beberapa ciri yang ada kat Ariq dan Mommy tak lengah untuk berjumpa pakar kanak-kanak. Apakah ciri-ciri yang Mommy maksudkan tu?

Paling ketara ialah dari baby sehingga dia berusia 2 tahun, dia langsung tidak bercakap. Apatah lagi Mommy Daddy. Bahasa yang digunakan ialah tangisan, gelak ketawa dan bahasa2 baby. Normal ke tidak kalau Mommy tanya ibu2 sekalian? Mungkin ada yang kata normal. Tidak ye, ibu2?

Ok sekarang, kalau korang masih ingat, bila kita bersalin, kita ada buku rekod perkembangan anak-anak yang warna biru (boy), dan pink (girl). Sure ada. Unless private hospital, Mommy tak tahu lah macam mana. So soalan Mommy, korang belek setiap page tak? Dalam tu ada bahagian yang ibu bapa WAJIB ISI sebelum jumpa paed tau. Walaupun ada doktor yang tak suruh (kalau pergi klinik swasta untuk check up), sebagai ibu bapa, kena alert sendiri. Isi je semua bahagian tu sebelum perjumpaan untuk vaksin contohnya. Ada page yang WAJIB DIISI OLEH IBU BAPA. Pergi baca buku tu sekarang.

Kat sinilah korang boleh trace perkembangan anak korang.

Basic thing yang korang perlu tahu, Mommy pernah kongsikan dalam entri temujanji speech therapy ariq emir yang pertama ni. Tapi, Mommy paste lagi sekali ciri-ciri basic yang korang perlu tahu sebagai guideline.

speech therapy anak

Ok sekarang, semak balik perkembangan anak melalui guideline ni. Mommy snap di Hospital Ampang ni. Dan daripada ciri-ciri ni pun, Mommy dah tahu, Ariq tidak mencapai KPI mengikut umur. Eh dah macam kerja pulak. Hihi.

Jangan stress sangat membaca ni. Bosan ke? Kalau korang risau anak-anak, korang takkan rasa entri ni bosan. Mommy akan cuba bantu yang terdaya melalui pengalaman Mommy.

BERHENTI THERAPY

Sebenarnya Mommy sendiri yang hentikan therapy tahun 2016 tu. Susah sangat nak jumpa therapy masa tu. Bila masa tiba, therapist pula cuti. Appointment bukan sebulan sekali tau. Pernah 6 bulan sekali. Dan ini sebenarnya perkara yang tak boleh diikut. Mommy pun ada masalah di tempat kerja juga berkaitan cuti. Even EL pun jadi issue. Maafkan Mommy sayang. Kita akan mulakan semula. Better late than never, gituh! Well, actually, umur 5 tahun tidak terlalu lambat. So keep calm Mommiesssss!! Yes, i nak calm myself sebenarnya.

KENANGAN PAHIT

Tahun 2015 tu, sebenarnya macam-macam dugaan tau. Ariq pernah direjek tadika selepas beberapa bulan belajar, direjek pengasuh sebab aktif sangat, dan akhirnya ada pengasuh yang sangat baik hati sudi terima sehingga akhir tahun 2015 tu. Syukur sangat. Dan awal tahun lepas, 2016, Mommy decide untuk hantar ke tadika Little Caliph bersama Hannah Damia. Jadi, tahun 2016, Ariq berusia 4 tahun, Hannah pula 6 tahun. Banyak sangat perkembangan positif tapi cikgu bagitau yang Ariq memang belum bersedia untuk ke kelas. Sebenarnya masa tu Mommy tak perasan sangat, tapi sekarang ni Mommy terdetik, takkan mereka tak pernah ajar Ariq pegang pensil dengan betul. Takkan tak boleh paksa dia? Ermm. Dah terlambat. Di rumah pun, Ariq lebih suka membaca buku daripada membuat apa-apa aktiviti menulis/melukis. Korang nampak tak apa kelemahan di situ? Please alert dan jangan ulang kelalaian Mommy. Sungguh Mommy tak perasan semua tu. T_T. Namun, Mommy tak boleh sangkal perkembangan yang amat positif sepanjang setahun di LC tahun lepas. Dia tahu solat, dia tahu doa-doa dalam solat, dia tahu membaca surah-surah simple, bezanya, dia tak boleh duduk sama-sama seperti kawan-kawan lain di dalam kelas. Dia perlu dibantu sebenarnya. T_T.

Dan kenangan paling pahit, pada awal tahun baru-baru ini, Ariq direjek tadika lagi sekali selepas 2 HARI ke tadika tersebut. Betapa hancurnya hati Mommy masa tu, hanya tuhan yang tahu. Korang boleh bayangkan sendiri, pagi hari pertama pergi, muka ceria yang amat. Namun, hari kedua, Mommy dah kena ambil dalam keadaan hati Mommy yang hancur. Anak Mommy tak bersalah. Cikgu pun, cuma mungkin mereka kurang sabar dan tak boleh terima kekurangan anak Mommy. Mungkin disebabkan tiada pengalaman ada anak atau tidak diajar untuk kes-kes spesel. Alasan diberikan, dia tak boleh duduk statik dalam kelas, dia asyik berjalan, dan kadang-kadang suka menjerit. Mommy nak tanya, dalam tempoh SEHARI, siapa yang power untuk hilangkan masalah tu?

TAPI tak mengapa. Mommy redha. Mommy tahu, siapa pun tak bersalah dalam hal ni. Yang sebenarnya, apa yang perlu Mommy buat ialah MEMBANTU ARIQ. Dan jangan biarkan dia terkapai-kapai lagi. Alert ya, Mommy tak salahkan cikgu tu.. jangan nak saman pulak. #disclaimer.

2017 & IANYA BERMULA SEMULA

Mommy akhirnya ambil keputusan berhenti kerja. Ya, Mommy nak minta notis 24 jam, tapi dah tentu tak boleh. Jadi Mommy tunggu sehingga akhir bulan dan minta jasa baik pejabat untuk waive beberapa hari sebelum bulan 2, tahun 2017. Korang bayangkan ye, Mommy perlu masuk rumah yang baru dapat kunci pada 1.2.2017, dalam keadaan Mommy dah tak kerja. This is totally not in the plan!! Mommy kerja untuk bantu family, dan sekarang takde kerja. Macam mana nak belanja hidup dengan kos bayar rumah sahaja dah tinggi gila. 2x ganda dari bayaran rumah sewa dahulu. Allah. Ini memang betul-betul bukan dalam plan kami. Ya,, kita mampu merancang. T_T

Teruskan juga hidup. Mommy buat apa yang terdaya. Cuma mampu menulis blog & bisnes online sikit-sikit dan juga freelance job dengan ofis lama. Terima kasih juga buat #kbba9 yang membantu Mommy. Seksa sangat nak cari duit sendiri tau korang. Kalau korang nak tolong Mommy, boleh beli apa yang Mommy jual (Update 2019 : Cuckoo, Lipstik Sobella, etc) & servis Mommy iaitu menulis entri blog (buat review).

Nak keluar ke mana-mana event jemputan blog, dah tentu-tentu susah. Ada Ariq yang perlu dijaga, dan nanti tengah hari pula perlu jemput dan hantar Hannah ke sekolah petang. Sungguh padat aktiviti setiap hari. Mommy memang kejutan budaya juga la mula-mula. Surirumah bukan goyang kaki. Sangat sibuk dan memang sibuk dari zaman bekerja. Terima kasih mak yang jaga kami adik beradik. Perit sungguh usahamu. T_T

SCREENING TEST 2017

Memandangkan Mommy kena mula semula dari awal, langkah pertama Mommy ialah ke Klinik Kesihatan, pada bulan FEB 2017 untuk minta surat rujukan ke hospital. Kata orang, HUKM the best. Maka, Mommy ke sana selepas dapat surat rujukan KK (yang ada details apa prob ariq). Namun, bila ke sana, Mommy dapat tarikh temujanji JANUARI 2018! CAN U COUNT THE GAP THERE? Panjang list tu.. Apa Mommy nak buat in between? Kahkahkah. Korang boleh fikir tak, berapa ramai sebenarnya anak-anak yang ada masalah yang sama? Allahu..

Mommy fikir sejenak, dan akhirnya buat keputusan menggunakan surat rujukan yang sama untuk ke HKL untuk screening test (a.k.a jumpa PAED di HKL). Apa je yang orang cakap bagus, Mommy sanggup pergi. Ala.. HKL dari Kajang ni mana lah jauh. Sejam lebih je (ye la tak jauh. haha). Dapat date bulan MAC 2017. Seksa penantian. Hasil screen test mac tu, Ariq ada ciri-ciri ADHD. Tapi, tak dapat disahkan lagi dan perlu tunggu next next assessment. Hmm.. Time is running.

Dan pada bulan MAC juga, Mommy dapat good news untuk buat screening test di Putrajaya (3PK) pada bulan JUN 2017. Di sini, dia diuji 4 perkara juga. Speech (ST – Pertuturan & Bahasa), Occupational (OT – Terapi Cara Kerja), Hearing (Pendengaran) & Psikologi. Kat mana-mana screening test pun, sebenarnya semua tu kena buat. Hasilnya, memang Ariq kena teruskan buat terapi. Result penuh, tak boleh disahkan lagi. Yang perlu, further intervention. Jadi, kat sini Mommy tak boleh cakap yang anak Mommy ni sebenarnya kategori apa. Orang ada tanya, Autism kah, ADHD kah, ke apa kah? Erm. Ikut test tu, hearing pass. Speech kena ada intervention sebab limited vocab & attention. Dia ada eye contact, tapi limited lah. Cepat bosan pun ye. Haha. Dari segi OT, dia memang lemah dalam Fine skill. Palmar grasp reflex is 1-2y old kids katanya. Gross skill better sket. But still kena OT intervention. Manakala untuk psikologi, dia lemah untuk fokus dan memang perlu further assessment.

Jadi, kat sini, Mommy concludekan, ARIQ NEEDS HELP!

HELPS BEGIN..

Again, Mommy ke KK lagi sekali, untuk dapatkan pendapat. Yeah ibu2 dan bapa2, semua ni memerlukan kita usaha lebih. Penat tak payah cakap, nak layan cranky anak lagi. Yang penting, korang tolong jangan lupa makanan dorang sebab bila lapar menjelma, anak-anak akan jadi perkasa. Haha. Dan di KK ni, Mommy dapat saranan paling jelas. Dia pelik kenapa dulu minta ke hospital jauh2 sedangkan Hospital Kajang yang sepatutnya Mommy pergi. Takkan Mommy nak cakap, apasal doc kat KK bulan 3 hari tu tak cakap macam ni pun? Haha. Jadi, Mommy ikut je la arahan dan saranan beliau.

Akhirnya, pada 26 JULY 2017, Mommy ke Hosp Kajang untuk screening with paed. Sejam lebih dalam tu. Serius. Dah la ramai sangat orang buat memang ralit sangat bincang isu Ariq ni. That PAED pun sangat helpful. Alhamdulillah. Ariq pun sepanjang sesi, takde plak nak tantrum. Sebab apa, sebab ada items depan dia (terapi toys). Dan Ariq bagi kerjasama untuk semua yang Paed pinta. Well, again, paed kata bukan Autism for sure. Huu. Ada ciri-ciri ADHD. Hmm. Ok 3 tempat dah cakap benda yang sama.

Baca : Maksud ADHD & aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak ADHD.

Dan #roadtosuccess Ariq bermula sejak hari tu, inshaa Allah. Mommy perlu ke Psikologi (belum ada tarikh temujanji), ke Speech Therapy (dirujuk ke hospital serdang) & Occupational Therapy (di hospital Kajang). Dan lepas dapat full report dari psikologi dan lain-lain, barulah Mommy akan decide untuk masa depan Ariq (whether we need to apply OKU for him or not). Apa pun, Mommy ready. Inshaa Allah. Bukan senang nak didik diri sendiri sebenarnya. Apatah lagi nak cuba fahamkan orang luar dengan pandangan penuh tanda tanya tu. But, usah letihkan diri sendiri dengan cuba fahamkan mereka, bantu anak kita dulu.

Actually kan.. ada juga therapist tanya.. dia langsung tak boleh cakap ke. Boleh. Tapi limited. Memang KPI for 5 tahun punya budak tu, tak cukup. Tapi kalau ABC, 1-20 (ENG BM), Colours semua tu dia pandai dari umur 3 tahun lagi.. Jadi, ini sebabnya Mommy yakin Mommy kena buat something for him. Kalau dia boleh cakap macam budak-budak lain by 6 years old, ok la. Alhamdulillah. Tapi.. what if not? As parent, nak rasa ralat sebab tak bertindak awal ke? Mommy takut perasaan tu datang kat Mommy sebenarnya kalau Mommy masih dalam fasa denial. Erm.

Let’s not easily giveup, though u have to berendam air mata dan menjadi naga menahan kesabaran setiap jam dan setiap hari. Ini dugaan buat Mommy dan Mommy sedar, ada ramai lagi yang hadapi dugaan lagi besar dari Mommy. Apa yang Mommy tahu, Mommy tak boleh putus asa. Inshaa Allah sayang, Mommy tahu, adik akan banggakan Mommy satu hari nanti. Mommy percaya.

Nak tahu perkembangan Ariq, boleh folo ig Mommy di @myapilot dengan #ariqemirbuatterapi. Sekian dahulu luahan Mommy yang over mood swing lately. Penat barangkali. Cepatlah Daddy balik dari Mekah. Sebulan lebih dah ni. Hahahaha.

Terima kasih sudi baca. Jangan tanya benda yang Mommy dah cerita. Warning ni. Kahkahkah.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

42 thoughts on “KALAU RASA KELAINAN, KENAPA TANGGUH? | SPEECH DELAY & HYPERACTIVE | ARIQ EMIR – ROAD TO SUCCESS”
  1. Fuuuh jenuh baca..

    Tapi part AE kena rejek tadika tu memang mengusik emosi abam.

    Bersabarlah ya mommy. AE anak syurga yang akan bawak parentsnya ke syurga sekali nnti tu. Bayangkan betapa banyak pahala mak pak dia sebab sabar jaga dia.

  2. InsyaAllah Kak She kuat, kuat untuk Ariq, kuat untuk keluarga. IQ suka baca perkongsian kak she dari instagram lagi, tapi dekat sini IQ dapat tahu lebih jelas. IQ pun ada anak, risau juga kalau dia ada simptom macam Ariq. Memang anak2 kena pantau, Kena selalu tolong dorang. IQ pun kadang lalai nak tolong anak IQ membesar. huhu.

  3. Terus kuat ya..!
    Semoga dipermudahkan urusan-urusan seterusnya. Kak Ain setuju sangat bab ‘jangan letihkan diri nak pahamkan orang lain, kita jaga anak kita dulu’. Tapi YB jangan stop blogging pula. Nanti2 cerita la kat sini lagi ye.

    Setiap kali baca pasal Ariq di sini atau di IG, akak sentiasa doakan dia. Mudah-mudahan Ariq jadi anak yang cemerlang di dalam dunianya tersendiri (walau apapun dunia itu dinamakan). InsyaAllah.

    Take care YB

    🙂

  4. Allah.. Tabahnya..
    Memang lah kalau kita boleh kawal tapi bila keluar dan hadap dunia luar kita tak sanggup tengok apa yang anak kita dunia luar. Semoga terua diberi kekuatan.

  5. Bagus lah dapat sedar dari awal…zaman internet pon senang nak dapat info tentang masalah yg anak kita hadapi…group ibubapa yg alami masalah sama pon byk boleh kita join . Semoga dipermudahkan segala urusan berkaitan ariq.

  6. Shehan, semiga dipermudahkan segala urusan. Insya Allah Ariq anak yg baik yg akan mudahkan semua org. Semoga terus kuat membesarkan anak².

  7. Bila baca ni… setiap bait tulisan tu bawa seribu makna. Terasa toughnya dugaan ni n kuatnya shehan. Untung ariq ada mommy mcm shehan. U can do it shehan…!! N respek tul dgn usaha shehan ni, ariq akan kuat bila mommy kuat.., insyallah

  8. Besar dugaan bila melibatkan perkembangan anak anak…sabar yer..inshaAllah ada sesuatu yang baik selepas ini..entry ni sangat membantu dan buat saya lebih tahu apa yang perlu dilakukan if anything happens. Jangan berhenti menulis ya…=)

  9. Baca sampai kali kedua ariq di rejek tadika tu pun juju dah mula bergenang air mata sebak!!!!!!!! Ye…ju memahami…juju hantar anak ke tadika pun ada yg autism mereka ambil, belajar sekali dgn anak2 yg lain…boleh je…siap jerit2 lg dalam kelas ju tgk…tp cikgu sabar…tak apa lah…

    Skrg juju nak mommy kena kuat…ju tau mommy sedang berusaha mcm2 utk ariq…juju doakan ariq anak yg pintar ini lekas pandai ya…insyaAllah…Allah ada. Jgn berhenti doa…aminnnn

  10. Gigih huda baca sampai habis entry ni..
    Setiap ibu bapa ada cabaran tersendiri… Huda doakan Ariq menjadi anak yang pintar, jika diuji bab berkata-kata mungkin di beri kelebihan bab lain, dan mana tau, Ariq ni menjadi asbab utama Mommy ke syurga kelak.. Amin… tabah dan tenang dengan ujian Allah. Setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan. Itu janji Allah.

  11. Mommy antara insan yg terpilih. Sabar dan kuatkan keazaman utk Lil Hero. Inshaa Allah. Pahit akan manis jua akhirnya.

  12. Assalamualaikum. Sy baru baca perkongsian sis. Anak sy sebijik anak sis. Dah byk kali tadikanya kata anak sy ne susah nak diajar. Tadi ambil dr tadika pun teachernya suruh cari sekolah lain yg boleh fokus kat anak je. Kami tak mampu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!