Tue. Jan 21st, 2025

JAGA POKOK KAKTUS #1MEJA1POKOK

1MEJA1POKOK | Assalamualaikum. Minggu lepas masa meeting, bos mommy sarankan “1 meja, 1 pokok”. Untuk bagi semangat KERAJINAN agaknya.

So, Mommy sahut cabaran.

KAKTUS

Mommy pegi beli kaktus2 nih kat nurseri area MRR2 tu. Tepi jalan je.

Haha. Ada orang kata, kaktus utk orang sibuk dan malas.

Eii. Sentap mak!! Mak memang la malas! Hahahahah.

So, dalam plan nak buat camnih..

Mommy ni bab planning mmg beria-ia. Itu yg kadang tu kos melampau.

Tapi, warna-warna nih memang Mommy tak jumpa. Kalau nak jugak, kena p Cameron Highland kot.

Mommy terbaca nih:

Umum mengetahui bahawa pokok kaktus biasanya berwarna hijau tetapi, anda boleh menemui kaktus yang berwarna kuning, putih, merah dan sebagainya. Bagaimanapun pokok kaktus ‘generasi baru’ itu sebenarnya tidak boleh hidup dengan sendirinya tanpa bantuan kaktus hijau. Kaktus berwarna selain hijau umpama parasit yang menumpang pada kaktus hijau untuk sumber makanan bagi meneruskan survival.

So, ok la Mommy beli hijau2an dulu. Jumpa satu je yang kaler pink tu.. Huuu. Cita2 sangat nak kalerful cam kat atas tu. Hikhik

Mommy beli pasu kaca nih.. & transfer all dlm tu..

CARA JAGA POKOK KAKTUS

So, tiba masa untuk tahu cara jaga pokok kaktus nih:

1. Jangan kerap siram. Seminggu sekali je. Untuk elak kelembapan melampau, then akhirnya akar busuk & mati. Eh melayang la duit Mommy. 1 pokok RM5 kat nurseri KL nih.

2. Cara siram ialah SPRAY sahaja kt tanah pokok tu. Atau boleh juga rendam di bahagian tapak sampai pasu rasa berat.

3. Baja 2 minggu sekali. Mommy beli baja kopi. So, boleh guna untuk pokok RJ Mommy gak. Hiii. X kerap sangat membaja pun xpe takut layu plak pokok kita.

4. Elakkan basahan atau kekeringan melampau. Kering melampau leh tau melalui pokok tu dah gelap2 terbakar. Ooo. itu maciamm ke.. Hahaha

5. Camne nak tau kaktus kita lembap? Hujung tu mcm lembik.

6. Say NO to Tanah Liat.

7. Kalau beli kaktus kat Cameron tu, kena biar dlu dalam 2 bulan, baru tuka pasu. Takut dia terkena kejutan budaya (iklim).

Ape? Ingat jaga kaktus ni untuk orang malas ke? Ubah sket pemikiran tu.

Sebab jaga kaktus perlukan kita untuk :

1. Prihatin tentang ciri2 jaga

2. Tak mudah putus asa dalam menjaganya

3. Kena komited dalam menjaganya

CHAIYOKK MOMMY!

Oh.. Ni RJ yg Mommy beli sekali dengan pokok kaktus. This time Mommy beli jenis bunga besar.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

15 thoughts on “JAGA POKOK KAKTUS #1MEJA1POKOK”
  1. Thank you very much for the tips. Saya baru je balik dr Cameron Highlands dan baru beli lima pasu kaktus. Harga satu pot rm3, dan 4 rm10 tapi tu harga mahal, sbb saya tgok dkt pasar ahad, beli 7 for rm10. Murah gile. Tapi yg mommy nak yg kaler kaler tu mahal sikit tapi mmg cantik sgt. Saya beli yg simple je. Nanti sampai rumah boleh saya praktikkan 🙂

  2. Nak tanya. I ada satu pkok cactus ni. Dkt bawah dia hijau elok je. Lepas tu tinggal sminggu. Tengok2 je dia tumbuh cpt sgt. Tp warna dia lain. Dekat bawah dia hijau pekat. Dekat atas hijau cerah tp still hijau. Knp ye? Dia nak mati ke?

      1. Alaaa ye ke nak mati 🙁 Tak lembik pun, busuk pun tak. Rasanya dah jaga dia elok2 kut. Nak bg dia sihat semula ada tips tak?

  3. kenapa cactus saya mcm berlubang? minggu lepas ada satu lubang sekarang dah jadi tiga lubang?

  4. Waaa , bgus la tips nii . Pokok kaktus saya dulu slalu mati , tpi lpas iku tips ni . alhamdulillah , subur jee

  5. assalamualaikum . saya nak tanya. tanah untuk pakai cactus tu kan. pakai tanah ap ? saya baca kata artikel yg lain.diorang pakai 50% tanah 50% pasir. pasir yg biasa tue ke ? kalau pasir tue sy tukar ke tanah kompos takpe ke ? sbb dulu saya ada tanam kaktus. but it died.. salah penjagaan kerap siram.. please reply asap..

  6. assalamualaikum kak. nie nak tanyalah. tanah ap sesuai untuk kaktus ek? sy baca kat artikel lain. diorang pakai 50% tanah 50% pasir.pasir tu, pasir biase tu ke ? kalau sy tukar pasir tu ke tanah kompos boleh ke? dulu sy ad tanam kaktus, tpi dh mati dh. penjagaan air tue over.nie dh start beli baru. please reply asap

    1. ada mix tanah hitam & perlite.. nak senang, pergi nursery, tanya tanah khas untuk kaktus. kaktus xle over water. nt akar lembik, bye2 lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!