JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2018 | Esok, hari pertama kita akan berpuasa. Korang dah ready ke Resipi Untuk Sahur & Berbuka? Sambil-sambil tu, boleh la rancang untuk kunci jam loceng. Hehe.. Esok dah mula sahur tau!
Khas untuk penduduk negeri Selangor khususnya, nah Mommy kongsi Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2018.


Untuk negeri-negeri lain, boleh rujuk laman web JAKIM atau e-solat.gov.my
NIAT PUASA
Niat puasa adalah di hati. Lafaz untuk berpuasa di mulut bukanlah niat. Ia hanya sekadar lafaz sahaja. Masyarakat Islam di Malaysia biasa berlafaz dalam bahasa Arab.
Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
- نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
- Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
- نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
- Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Untuk anak-anak yang baru nak mula belajar berpuasa, boleh tunjuk video comel ini untuk mereka. Pasti mudah untuk mereka ingat. (Psst.. Dewasa yang dah lupa pun, tak salah tonton sekali)
Selamat Berpuasa!