Kalau gaya di hari raya 2016 bertema caca merba warnanya, gaya di hari raya tahun 2017 Mommy decide nak sedondon. Kami pilih warna merah mak ngah selepas jumpa baju di Bangi Sentral. Hahaha.. Bukan rancang dari awal pun warna tu, asal jumpa baju je sebenarnya. Masa tu baru decide. Haha..

Beraya di rumah mak abah kali ni, kami pulang lebih awal untuk lepak rumah mentua dahulu.. Mujur juga Mommy dah tak kerja, Daddy pun minta cuti awal, senang sikit nak balik awal.

Perjalanan pulang dari hari rabu (21.7.2017), sejurus selepas pick up Hannah dari sekolah, sangat lancar. Tiada jem langsung. Alhamdulillah..

Ngam-ngam sampai rumah mentua masa dah hampir nak berbuka puasa. Alhamdulillah.. Paling best, dijamu cucur udang kuah kacang oleh mentua. Feveret kot!!!

Raya Pertama

Raya Pertama disambut rumah mak abah Mommy. Jarak dengan rumah mentua tak jauh pun. Dalam 15 minit gitu je. Best view kali ni. Sawah padi yang sangat cantik.

gaya di hari raya 2017 (21)

Anak-anak banyak drama plak. Sorang puteri lilin, sorang lagi tak boleh lama-lama nak posing, maka…..

gaya di hari raya 2017

Haaa apa lagi, Mommy Daddy hangpa la bercinta sat. Kan kan?

Rupanya bila dah stabil emosi, dah makan semua, baru sporting sikit masing-masing. Dah boleh jadi model dah masing-masing. Hahahaha.

gaya di hari raya 2017 (20)

Budak 2 orang ni masing-masing ada hashtag memasing tau. Kalau Hannah, dengan #hannahdamiaposing. Memang dari kecik suka sangat posing. Terpengaruh dengan rancangan tv #antm kot. Hahaha..

posing ngan Mommy seround..

gaya di hari raya 2017 (11)
Cantik tak baju kami? Kebaya dari @sheqeen_co. Shawl dari @naelofarhijab. Shawl Hannah dari Mydin sebelah rumah. Hee.

gaya di hari raya 2017 (18)

Kalau Ariq pula, #ariqemirposingtaktengokkamera. Hahaha.. Sebab.. dia tak suka tengok kamera. #anakdarisyurga Mommy ni memang macam-macam. Hahaha..

gaya di hari raya 2017 (9)

Seharian berjalan. Dari SP ke Alor Setar. Malam balik rumah mentua pula. Hee.. Untung la dekat kan?

Raya kali ni kami cuma beli 1 pasang je baju raya. Banyak persiapan nak kena buat untuk Daddy ke Mekah tak lama lagi (inshaa Allah Khamis ini ketika Mommy tulis entri ini). Mohon korang juga doakan buat suami Mommy. Semoga selamat perjalanan, semoga tabah buat kerja di sana dan selamat menjalani ibadah Umrah dan Haji lagi inshaa Allah. Bye bamaji mylove..

Selamat Hari Raya korang. Maaf Zahir dan Batin. Terima kasih selalu singgah blog Mommy ya. Love u.

error: Content is protected !!