Fri. Oct 4th, 2024

HAIR CUT : PENGALAMAN PERTAMA ARIQ EMIR

Salam

Sabtu lepas, 29082015 mencatat satu kenangan buat Ariq Emir. 1st hair cut. 1st time bukan Mommy yang potong. 1st time pergi salon tanpa Daddy. Cuma Mommy dan kakak.

Sebelum tu Mommy cuma bawa dorang jalan-jalan je. Biasalah weekend tanpa Daddy, boring sangat kt rumah. Sunyiiiiii je rasa. Hmmm

Maka anak2 bertuah Mommy ni memang terer ‘pow‘ Mommy. Nak ini. AE lately macam dah berani. Mommy la ajar. Sejak ketiadaan Daddy. AE sedikit independent dan berani. Good boy!!

Kakak macam biasa la, baik punya ajar adik macam-macam kalau main bendalah gini.

Mommy sebenarnya dah nak balik sebab AE dah start cranky. Mengantuk. Memang masa dia dah.. Tapi, Mommy kuatkan hati nak ke Kwik Cut tu juga.
Masuk je Kwik Cut Aeon Keramat tu, Mommy tengok tak ramai orang sangat. AE dah start berbunyi. Hihi..
Umpan dengan susu dulu.. ok la sekejap..

Ni rambut asal. Mommy dah pernah potong sekali sebelum ni. Dah taknak potong sebab nak smart sket this time. Sorila adik ye. Mommy bawa ke Kwik Cut je. Kakak hari tu pegi APT HAIR SALON. Tapi kan adik, sini lagi laju Mommy rasa. In term of buat kerja. Kakak hari tu sampai Mommy boring tunggu. Hahaha. Slow je.

Harga? Kurang RM5 je dari kakak dik. Adik walaupun nampak cam kedai biasa, RM18 gak dik oi.. Kalau Mommy nak saving, bawak ke mamak je. Tapi Mommy gerun pegi mamak. Kang dia patahkan leher adik. Hahaha. Ok Mommy over.

Masa ni ok lagi. Tak pelik lagi..

Dah start rasa lain macam. Mommy info that chinese guy, ini 1st time. Dia cakap ooo.. ye ke. Kita kasi laju. Memang super laju lah dia potong..

Kelakar la kakak masa ni. Mommy suruh snap jap. Dia pun jadi gelabah sampai tak jumpa camera kat fon Mommy tu. Sebab dengar adik dah meraung. Hahaha. Terjumpa apps Cymera. Ok la tu kakak. Leh jugak snap ni ha. Good job sayang.


(credit lensahannahdamia.blogspot.com)

Hasilnya amat menggembirakan. Nampak la lelaki sikit. Ekekeke




Ni dah hilang sabar sebab Mommy asyik snap gambar dia. Hii

Balik rumah baru nak sporting sikit.

Alhamdulillah.
 
Daddy tak jangka Mommy boleh handle semua ni alone. Hahaha. Mommy kan Super Mommy. Lupa ka???
Tihihii..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!