“HADIAH HARIJADI TERTANGGUH RUPANYA! INGATKAN DAH LUPA” Itu kata2 Mommy selepas dikejutkan Daddy sabtu lepas.

Kami ke Times Square untuk cari persiapan raya. Nak cari apa2 yang patut la sebab Times Square selalunya jual barang2 boleh tahan murah juga la.

hadiah-harijadi-tertangguh-shehanzstudio

Asalnya nak naik train je. Tapi memikirkan yang Ariq masih memerlukan stroller (suka buat lembik lutut, mana nak larat dukung), maka, kami parking je di Sg Wang. Kalau nak ke Times Square ni, memang tak suka sangat naik kereta sendiri. Prefer public transport sebab senang. Parking kereta area ni selalunya mencekik. Hmm. Apakan daya. Tren kat situ susah sket kalau bawak stroller. Nak kena angkat2. Daddy memang taknak.

Bila sampai je, pusing2 dulu, kemudian daddy bawa ke bahagian bawah Times Square. Dibawanya Mommy masuk ke kedai emas! Uik? Untuk apa ni?

“YOUR BIRTHDAY GIFT. HARI TU KAN BUSY. TAK SEMPAT KELUAR CARI HADIAH”

Ye la. Dari birthday Mommy, 1 Jun hari tu, setiap hujung minggu memang jadual kami pack. Sebab tu kot daddy pendam hasrat sampai hari ni. Serius. Mommy tak jangka langsung. Daddy suruh pilih cincin emas! Sebab tahu dah, cincin je yang Mommy pakai. Lain2, tak minat. Heee..

Pilih2 design, ada je cincin yang bentuk crown Mommy viral baru ni di FB. Tetapi, hati tak betul2 suka.

Sehinggalah Mommy tunjuk design ni. Hii. Mesti Daddy telan air liur kan. Ngeee. Dah orang offer, kita pilih yang paling cun di hati la.

Tadaaa..

hadiah-harijadi-tertangguh-shehanzstudio

Nampak tak? Jari tengah tu. Sebab jari manis dah ada cincin dah. Huu.

hadiah-harijadi-tertangguh-shehanzstudio1

Lepas tu terus mood jadi lain macam. Happy je. Ya je sepanjang masa. Boleh. Ok. Ya. Cantik. On je. Jawapan positif lah sepanjang shopping. Miahaha. Dasarrrr!!

Apa pun, terima kasih Daddy. Daddy tak pentingkan diri. Ingat anak bini. Sobs.. Terima kasih sangat2 terima Mommy yang tak sempurna ni. Terima kasih sangat2. Mommy ingat Daddy dah lupa bab hadiah segala ni. Baru nak merajuk sebulan. Hee.

hadiah-harijadi-tertangguh-shehanzstudio-001
ahkak sebelah kiri tu happy je. duit masuk meh.. hehe

hadiah-harijadi-tertangguh-shehanzstudio-001

Seronok aih.. Harga? Uhuhu. Alhamdulillah.

hadiah-harijadi-tertangguh-shehanzstudio-006 hadiah-harijadi-tertangguh-shehanzstudio-006 hadiah-harijadi-tertangguh-shehanzstudio-006 hadiah-harijadi-tertangguh-shehanzstudio-006

Akhir kata, rantai bila? Eh. Ok2. Tak pakai. Haha.

error: Content is protected !!