BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (7)

“PERGHHH SEDAP.. JOM LOBSTER” – BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA’S | Puasa.. tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dah habis ganti puasa ke belum tu? Cepat.. masih ada masa lagi..

Kalau sebelum ni korang pernah baca tempat-tempat menarik untuk berbuka puasa sekitar Selangor dan KL, rata-ratanya berkonsepkan makan di hotel. Dan makanannya pula adalah menu kampung, moden, steak dan macam-macam lagi.

Nah.. kali ni Mommy nak kongsi dengan korang, menu Lobster sebagai menu berbuka puasa korang, Ramadhan ini. Ada kelainan lah sikit ye? Kat mana tu? Jom cuba menu Lobster di Grandmama’s cawangan Pavilion KL dan Intermark Mall.

Kali ini, Mommy ke Grandmama’s cawangan Pavilion KL untuk merasai kesedapan menu Lobster sempena Ramadhan nanti.

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (11)

SET “PERGHHH SEDAP… JOM LOBSTER DI GRANDMAMA’S”

Pelbagai menu yang disediakan di Grandmama’s bulan puasa nanti. Dan menu utamanya sudah tentulah LOBSTER!! Korang boleh cuba 2 set utama yang disediakan. Set A sesuai untuk 2-3 orang manakala Set B pula untuk lebih ramai iaitu untuk 4 – 5 orang.

Dan setiap set hidangan, korang boleh pilih antara Lobster Curry Hot Pot atau Lobster Masak Merah, di samping seleksi Sedap Dishes untuk melengkapkan hidangan.

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S
Harga seperti tertera mengikut set

Lobster Curry Hot Pot

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (7)

Fuh.. Inilah salah satu menu utama dalam set-set tu ye. Lobster Curry Hot Pot atau Kari Lobster ini memang rasanya superb sangat! Serius weh.. Kuah dia, isi dia, makan masa panas-panas. Aduhai. Teringat-ingat sampai hari ini. Isi dia memang besar ok! Terharu juga la dapat makan Lobster. Hahahahaha..

Tips : Hidangan Lobster seeloknya dimakan panas-panas. Memang yummy!

Mujurlah ada banyak lauk tau. Kalau tidak, sah Mommy minta nasi lagi. Hahahahaha..

Lobster Masak Merah

Ok.. Menu Lobster yang korang boleh pilih selain Lobster Curry Hot Pot dalam set A atau B di atas tu adalah Lobster Masak Merah ini. Huwaaa. Sedapnya.. cuma agak manis bagi Mommy. Oh orang Kedah memang suka pedas-pedas giler kot. Tapi Mommy yakin, kalau Daddy makan ni, sure kepala udang tu pun dia buat cam jigsaw. Semua dia gigit. Heee

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (4)

SEDAP Dishes

Untuk set di atas, korang boleh pilih menu Sedap Dishes ini. Bagi set A, korang boleh pilih 3 Sedap Dishes. Manakala untuk Set B, korang boleh pilih 5 Sedap Dishes, mengikut kategori.

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (23)

Dapatlah Mommy rasa antara Sedap Dishes yang disediakan..

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (8)
Assam Pedas Fish Fillet
BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (13)
Braised Beancurd with Minced Meat ni boleh tahan sedap.
BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (14)
Sayur Kailan
BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (2)
Telur Dadar

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (9)

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (10)
Ayam Rempah

Contoh Set A & B

KUIH MUIH PUN ADA..

Set Hidangan Perghhh Sedap! Jom Lobster.. (A & B) ini akan dihidangkan bersama kuih muih, kurma, keropok dan sambal belacan tau.. Tak perlu dah nak order “bang, nak sambal belacan!”… Hahaha..

Lagi lajulah Mommy makan sebab ada keropok ikan tu. Heeee..

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (23)

Kuih muih akan sentiasa ditukar setiap hari. Betul-betul rasa macam makan kat rumah nih..

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (16)

ANY ADD-ONS, SIR?

Ya sudah tentu ada.. Hehe..

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (5)
Udang!!! Susah betul lah. Mommy dengan keturunan udang ni, memang tak boleh tahan!
BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (22)
Ikan Siakap ni sedap sangat!

MINUMAN

Mommy sarankan korang rasa Coconut Ice Blended ini. Super sedap ok! Mommy siap request another glass. Heeee..

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (1)
Likat Padat Sedap.. Fuhhh

Selain Coconut Ice Blended ini, Bandung Sagu pun turut berada dalam pilihan minuman yang patut korang cuba. Jangan lupa pesan Lai Chee Kang. Ermm dapnya..

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (3)

SUASANA GRANDMAMA’S PAVILION KL

Nak datang ke Grandmama’s Pavilion senang jer.. Naik MRT sehingga Bukit Bintang, keluar pintu D, jalan terus jer.. Terletak di Tingkat 6, Pavilion, kawasan restoran Grandmama ini ada 2 side. Satu side tertutup, dan satu lagi terbuka. Dan yang paling mengujakan Mommy, restorannya memang sentiasa full house. Wah. Mommy yakin, mesti sedap.

Orang KL ni kalau bab sedap, dia memang tak kisah bab harga dan tempat. Semua pelosok mereka sanggup pergi. Oh Mommy pun sejenis begitu. Heeee. Layanan staff pantas ketika itu. Jangan lupa senyum tau.. 🙂

Jom tengok suasana Grandmama’s Pavilion KL

PROMOSI INI HANYA DI GRANDMAMA’S Pavilion KL & Intermark Mall

GRANDMAMA’S (Pavilion KL)

  • Alamat : Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion KL, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
  • Tel: 03-2143 9333
  • Email: grandmamapkl@gmail.com

GRANDMAMA’S (Intermark Mall)

  • Alamat : Lot G-12, Intermark Mall, 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
  • Tel: 03-2181 2839
  • Email: gmm.intermark@grandmamas.com.my

Promosi ini berlangsung dari 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018 tau.. JANGAN LUPA ikuti Facebook Grandmama’s Malaysia dan Instagram @grandmamasmsia untuk sebarang maklumat lanjut, okey? Terima kasih Grandmama’s jemput kami 🙂

BERBUKA PUASA DENGAN LOBSTER DI GRANDMAMA'S (15)

error: Content is protected !!