Fri. Oct 4th, 2024

DOA AMALAN ANAK-ANAK MOMMY SEBELUM TIDUR

DOA AMALAN SEBELUM TIDUR | Sebelum tidur selalunya Mommy amalkan membaca beberapa surah bersama anak-anak Mommy. Sejak dari Hannah kecil dan belum tahu bercakap, apatah lagi menghafal, Mommy dah sentiasa baca bersamanya.

Sedia maklum bahawa Hannah mula bercakap pun bila usia beliau 2 tahun lebih (kalau ikut tahun lahir, usia 3 tahun), tapi dia dah terbiasa mendengar dan ikut Mommy membaca slow2.

DOA TIDUR

Sebelum tu, Mommy dedahkan dengan video bacaan doa sebelum tidur. Jadi, Mommy ajak dia bernasyid sebelum tidur. Dengan cara itu beliau sudah mula menghafal.

DOA AMALAN SEBELUM TIDUR

MENGUCAP  DUA KALIMAH SYAHADAH

Sejurus selepas doa tidur dibaca, 2 kalimah syahadah pula dibaca. Cara Mommy mengajar Hannah menghafal ialah dengan cara membaca suku kata.

DOA AMALAN SEBELUM TIDUR

Jika doa sebelum tidur dibaca hasil dari lagu nasyid video doa sebelum tidur, kaedah membaca doa2 seterusnya seperti belajar suku kata.

ALFATIHAH

Selepas selesai mengucap, kami sama-sama membaca surah al-fatihah. Starting memang ajar cara suku  kata juga. Tapi sekarang memang dah ok dah.

DOA AMALAN SEBELUM TIDUR

3 QUL

Tamat surah alfatihah, kami membaca sama-sama 3 Qul iaitu surah al-ikhlas, al falaq dan an-nass. Mula-mula dahulu surah al ikhlas paling mudah di hafal, kemudian surah an-nass. Ada sedikit ‘kesusahan’ ketika menghafal surah al-falaq. Namun berkat kesabaran, akhirnya sekarang semua boleh.

DOA AMALAN SEBELUM TIDUR

AYAT KURSI

Terbaru, bulan 10 ni nampak Hannah baru boleh mula menghafal ayatul kursi pula. Jadi, macam biasa, latih slow-slow2. Salah, ulang semula.

DOA AMALAN SEBELUM TIDUR

Maksudnya, setiap malam memang wajib doa-doa di atas. Banyak kan? Tapi itu lah yang diamalkan sejak baby lagi.

Ada satu lagi tambahan doa yang Hannah selalu baca sebelum tidur.

Doa dhuha!

Hihihihihi. Hasil belajar di tadika Little Caliph la tu.

Dan untuk pengetahuan semua, sepanjang ajar Hannah menghafal ini, rupanya si kecik tu, Ariq Emir turut sama menghafal. Sekarang, 2 tahun 11 bulan, dia dah boleh ikut doa tidur, mengucap dan alfatihah secara suku kata. Alhamdulillah ya Allah!!

p/s : mungkin kawan2 biasa terdengar video di Instagram Mommy yang selalu memperdengarkan bacaan surah2 ini oleh Hannah di waktu malam. Tq tau yang sudi folo ig Mommy tu.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

2 thoughts on “DOA AMALAN ANAK-ANAK MOMMY SEBELUM TIDUR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!