DEMAM TANPA ANTIBIOTIK

Mommy dan antibiotik ni macam musuh sikit. Anak-anak demam dan batuk pun, Mommy tak suka doktor yang mudah kasi antibiotik.

Cukuplah ubat demam.

Memandangkan sekarang anak2 Mommy dah berusia 3 dan 5 tahun, Mommy consider untuk bagi ubat batuk yang diberi doktor. Sebab batuk kalau berkahak, memang prosedur STEAM & PERCUSSION paling berkesan. Tapi kalau macam batuk kering teruk sangat2, kena juga la Mommy bagi ubat batuk yang diberi doktor.

Sekarang, Mommy lebih percaya kepada keberkesanan VCO (minyak kelapa dara) walaupun ia mungkin mengambil masa Jangan risau, tambahkan kuantiti vco ketika sakit. Inshaa Allah membantu.

(Untuk pembelian : Whatsapp Mommy : 0123498262)

Hari Rabu lepas, Hannah Damia tetiba demam. Daddy kena jaga.

Hari Khamis, iaitu semalam, Ariq pula demam. Berjangkit?

Nah.. Mommy kena jaga dua-dua sekali semalam.

Tak hairan pun. Fasa bulan menunjukkan First Quarter. Jadi parasit jahat tu memang seronok kacau time-time ni. Tak hairanlah masa ni ramai anak2 yang jatuh sakit.

Apakah Antibiotik?

  • Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.
  • Antibiotik TIDAK BERKESAN terhadap jangkitan virus seperti demam biasa, selesema dan bronkitis akut iaitu sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru.
  • Penggunaan antibiotik secara tidak tepat atau berlebihan akan menyebabkan kerintangan antibiotik.

Cuba lihat point kedua. Demam biasa tak perlukan antibiotik. Tapi kenapa masih ada klinik yang suka beri antibiotik walau hanya cuma demam biasa? Kadang-kadang tak faham jadinya.

Tak salah minum antibiotik, andai ia betul-betul diperlukan. Berbincanglah dengan doktor.

Bila antibiotik diperlukan?

  • Prinsip-prinsip am untuk mempreskrib antibiotik:
    • Hanya mempreskrib antibiotik untuk jangkitan bakteria sekiranya:
    • Terdapat risiko komplikasi yang tinggi
    • Jangkitan masih tidak sembuh.
    • Terdapat gejala yang teruk dan signifikan.
  • Menggunakan antibiotik barisan pertama terlebih dahulu
  • Simpan antibiotik berspektrum luas untuk jangkitan bakteria yang diindikasikan sahaja.

Beberapa pilihan kaedah rawatan yang boleh diamalkan tanpa antibiotik

Semua selesema dan jangkitan virus

  • Minum banyak cecair (seperti air dan sup)
  • Duduk di rumah dan berehat

Hidung tersumbat

  • Gunakan bilik yang ada alat pelembab udara (Mommy ada 2 jenis humidifier – Cleenaire dan Duobreeze Little Bean)
  • Titiskan atau semburkan air garam dihidung
  • Ubatan – Decongestant: membuka saluran hidung (Mommy guna STERIMAR)

Hidung berair

  • Gunakan tisu lembab
  • Antihistamine: mengeringkan lelehan cecair hidung atau hingus

Batuk tanpa kahak

  • Gunakan bilik yang ada alat pelembab udara (humidifier)
  • Berkumur dengan air garam yang suam
  • Ubatan – Penahan batuk: membantu menghentikan batuk

Batuk berkahak

  • Minum air dengan lebih banyak
  • STEAM & PERCUSSION
  • Ubatan – Ekspektoran: menipiskan kahak, menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan semasa batuk

Sakit tekak

  • Berkumur dengan air garam yang suam
  • Elakkan asap
  • Minum teh
  • Ubatan – Lozeng tekak – melegakan tekak (Jangan diberi pada kanak-kanak berumur kurang daripada 10 tahun)

Gatal, mata berair / bersin

  • Elakkan daripada mengambil benda atau makanan yang anda alah atau menyebabkan kerengsaan
  • Ubatan – Antihistamine: mengeringkan dan melegakan gatal pada mata

Demam / sakit otot

  • Tuam dengan ais atau air sejuk pada dahi
  • Tuam dengan tuala atau pek panas pada tempat yang sakit
  • Berehat dikatil
  • Ubatan – Analgesik: pelega kesakitan (paracetamol)

Sakit telinga

  • Tuam dengan tuala atau pek panas pada telinga yang sakit
  • Ubatan – Analgesik: pelega kesakitan (paracetamol)

SUMBER : MYHEALTH

error: Content is protected !!