Kali kedua di bulan puasa ini, Mommy bawa family untuk berbuka di hotel. Alhamdulillah. Rezeki jadi blogger #KBBA9. Rezeki mencurah-curah. Kali ini, Mommy dijemput pihak Tourism Selangor & Four Points by Sheraton Puchong untuk menikmati juadah berbuka puasa dengan temanya ‘Warisan Sajian Juadah‘ di The Eatery, Four Points by Sheraton Puchong baru-baru ini.
BUFFET RAMADHAN DI FOUR POINTS BY SHERATON PUCHONG
Kalau orang tanya Mommy best atau tidak untuk Buffet Ramadhan kali ini, Mommy tak teragak-agak untuk menjawab SUPER BEST! Nak tahu kenapa?
1. TERLALU BANYAK PILIHAN MAKANAN YANG DISEDIAKAN
Nampak pic mula-mula tadi? Tu beratur lauk-pauk dan nasi kan? Itu baru sikit jer tu.. Yup. Ada banyak seleksi makanan dari dalam restoran sehinggalah stall di luar restoran. Dari pelbagai manisan, buah-buahan, makanan tradisional, barat dan macam-macam lagi. Nah Mommy tunjuk apa yang ada yer..





Nasi Ayam & Satay, pilihan Hannah, Laksa & Mee pula pilihan Mommy & Ariq. Yang bestnya, satay pun ada macam-macam jenis tau. Rusa, Ayam, Daging.. Fuhh.. Laksa pun sama.. Macam-macam jenis. Nasi Ayam pun, bukan satu jenis ayam je tau. Macam-macam gak. Korang kena datang dan rasa sendiri. Semua sedap bagi Mommy! Bukan propa ok!
2. BUAH-BUAHAN, KUIH MUIH TRADISIONAL PUN BANYAK!
Jarang Mommy jumpa kuih muih yang terlalu banyak sebegini. Ditambah pula buah-buahan tempatan seperti Nangka, Rambutan. Fuhhh..


Haaaa ko tengok. Bahulu ada. Kuih Batang Buruk ada.. Ayayaiiii..


3. DESSERT PUN LUMAYAN
Haaa kau.. Dessert pun best-best! Sini mau tunjuk sama kau..

Variasi bubur yang memikat hati.
4. PASTINYA KAMBING GOLEK JADI PILIHAN UTAMA
Kalau sebut Buffet Ramadhan, Kambing Golek kalau takde, tak sah ye? Kecuali kat Menate, ada Rusa Golek. Heee.. Kalau pergi awal, Mommy sarankan korang beratur di sini dulu. Sedap weh..
Dicurahkan sos lada hitam bersamanya.. Yummy!
5. RUANGAN KHAS UNTUK KANAK-KANAK
Ada ruangan di bawah escalator restoran tersebut. Escalator dimatikan ketika Mommy di sana. Mungkin ianya agak bahaya jika ON kan? Mana lah tahu, kita sibuk makan, anak pun ‘sibuk’ nak ke sana. Heee..
Lepak sambil main Lego, atau tonton CD.
PAKEJ BUFFET RAMADHAN DI FOUR POINTS BY SHERATON PUCHONG
Untuk pakej Buffet Ramadhan di sini, harga berbeza mengikut 3 tarikh utama iaitu Awal, Pertengahan & Akhir Ramadhan.
Jadi sekarang ni, masih di Pertengahan Ramadhan. Harga adalah RM128 untuk dewasa, RM64 untuk kanak-kanak. Untuk tempahan, boleh hubungi talian 03-58918855 atau emel eatery.puchong@fourpoints.com atau lawati laman web www.fourpoints.com/puchong.
Jangan lupa untuk ikuti tawaran-tawaran menarik dari Four Points by Sheraton Puchong di laman Facebook Four Points Puchong dan instagram @fourpointspuchong.
PENDAPAT MOMMY
“Worth every penny”. Dan sesuai untuk TEKAK mommy ye.. Selera kan berbeza, but Daddy pun setuju yang makanan di sini memang sedap. Surau pun ada disediakan cuma nampak gaya seperti surau sementara. Makanan superb, environment cantik, cuma bila ramai tu, memang rasa macam sempit sikit la. Expect perkara itu sebab ianya memang normal.. Mommy bagi 4 bintang..
p/s : Rindu pula Hotel Four Points Sheraton by Agra, India.. Makanan kat situ pun sedap weh!
Selamat Berpuasa gaissss..