Kecoh pula sekarang kes Beguk. Atau ada yang panggil bengkak cantik. Korang tertanya-tanya tak kenapa panggil bengkak cantik?

Mommy syak, sebab nak panggil beguk, bunyi macam pelik. Memandangkan ia bengkak, dan ia juga bengkak yang pelik, kesian pula kat orang yang kena tu, orang tua2 pujilah sikit cantik. Bengkak yang cantik a.k.a bengkak cantik yang juga Beguk. Itu Mommy je la yang syak. Kahkahkah..

APA ITU BEGUK?

awas-beguk-mumps-ia-berjangkit

  • Beguk yang dikenali dengan nama saintifiknya sebagai ‘Epi- demic parotitis’ merupakan sejenis penyakit berjangkit, yang disebabkan oleh sejenis virus (RNA Paramyxovirus).
  • Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.
  • Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.
  • Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
  • Juga dikenali sebagai bengkak cantik, atau mumps

TANDA-TANDA DAN GEJALA

Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti.

Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mulut kering dan hilang selera
  • Keletihan
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid

Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.

Adakah ia satu penyakit yang ringan (biasa)?

Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:

  • Encephalitis (Pembengkakan pada Otak)
  • Meningitis (Pembengkakan pada Lapisan Otak)
  • Panccreatitis (Pembengkakan pada Pankreas)
  • Orchitis (Lebam pada Testis) berlaku pada lelaki dewasa
  • Pekak
Baca Juga :  ULSER MULUT BAYI

CARA MERAWAT

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :

  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
  • Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
  • Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

CARA MENCEGAH

  • Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.
  • TERKINI : MMR diambil ketika berusia 9 bulan dan 12 bulan. Rujuk jadual imunisasi di bawah.
  • awas-beguk-mumps-ia-berjangkit

sumber MyHealth

PETUA LAMA

Mommy sebenarnya pernah kena bengkak cantik ini dulu. Kecil-kecil lagi rasanya. Jadi, petua orang tua-tua memang berkesan la masa tu. Caranya, ambil cuka dan campurkan dengan sedikit nila. Nila yang warna biru tu. Yang selalu orang guna untuk rendam baju putih supaya menjadi sedikit kebiru-biruan. Kemudian, ramuan campuran tadi disapukan di bahagian Beguk. Insya Allah cepat surut beguk / bengkak cantik tersebut.

Good luck!

error: Content is protected !!