Ahaaa.. Mommy yakin, ramai yang masih struggle nak potty train anak. Marilah Mommy kongsi tips mudah yang baru Mommy dapat ni. Terima kasih Reena & Team Parent yang sudi kongsi tips ni. Mencabar nak potty training si Ariq ni. Masalah kencing dah takde sekarang. Masalah buang air besar je sekarang ni.
TIPS LATIH ANAK KE TANDAS : TRAINING 3 HARI. PRAKTIKAL SEMINGGU
Kita bermula dengan fasa training/latihan selama 3 hari. Di galakkan waktu 3 hari ini tidak keluar ke mana-mana atau travel.
Ada banyak cara untuk start didik anak free-diapers. Kami kongsikan cara paling cepat untuk anak faham konsep kencing berak di tandas (tetapi agak penat dan perlukan kesabaran). Sangat sesuai untuk mak ayah yang bekerja.
Cara ini kita buat SEPENUHNYA TAK PAKAI LAMPIN SEPANJANG MASA, WAKTU SIANG DAN MALAM DAN WAKTU TIDUR, supaya anak lebih mudah faham yang dia dah tak pakai lampin serta bagi anak tidak confuse. Sekejap pakai, sekejap tak pakai..konfius tau! Dan boleh lambatkan proses anak nak free diapers.
SEBELUM TUUU.. Boleh gulung semua karpet dan tikar di rumah. Sediakan/beli plastik vinyl (mcm alas meja tu) untuk alas tempat tidurnya. Boleh juga beli cadar waterproof.. 🙂
1) TRAINING HARI PERTAMA
Bawa anak ke tandas setiap 15 minit. Minta mereka duduk mecangkung atau duduk di potty mereka jika menggunakan potty. Minta mereka kencing dan tunggu 4-5 minit. Anak kebiasaannya belum faham isyarat badan mereka bila mahu kencing atau berak. Proses ini akan bantu mereka untuk faham.
Jika anak ada kencing/berak, maklumkan ini adalah kencing/berak. Puji mereka bila mereka Berjaya kencing/berak. Jika anak tak kencing atau berak, maklumkan “Ok. Adik tak dapat nak kencing lagi ya, takpe, next time kita kencing.”
Kemudian, basuh kemaluan mereka, basuh tangan mereka dan basuh kaki mereka. Ulang semua steps ini setiap kali bawa mereka ke tandas.
Untuk malam, sebelum tidur bawa mereka ke tandas dan minta mereka kencing. Buat step seperti di atas.
Kejutkan mereka MAKSIMUM 2 kali untuk kencing di tengah malam/awal pagi. Lama- lama anda akan perasan anak akan pandai untuk tak kencing waktu tidur malam, sama seperti kita yang dewasa.
Untuk elak stress bagi pihak ibu ayah, please expect anak akan terkucil di dalam rumah (bukan dalam toilet), mereka dalam tempoh training tau..tak nak marah-marah mereka.. sian mereka kalau kena marah..stress tau! Kita yang perlu sabar.. nak didik anak kan?
Semakin banyak anak ‘accident’ (terkucil/terberak merata2), semakin anak belajar faham bahasa badan mereka (bila nak kencing/berak)
Semakin banyak anak ‘accident’ (terkucil/terberak merata2), semakin anak belajar estimate bila mereka akan kencing atau berak
Setiap kali anak ‘accident’, maklumkan, ini adik kencing ni,,ini adik berak ni.. adik lepas ni kencing/berak di tandas..
Sepanjang training ini banyakkan introduce tentang KENCING, BERAK, TANDAS, MENCANGKUNG, BASUH TANGAN dan KAKI SEBELUM KE LUAR TANDAS.
Tidak perlu kurangkan air mereka minum seharian. Biarkan ianya menjadi senormal mungkin, mereka perlu belajar dalam real situation.
2) TRAINING HARI KEDUA
Bawa anak ke tandas untuk kencing atau berak setiap 30 minit. Ulang seperti hari pertama.
3) TRAINING HARI KETIGA
Bawa anak ke tandas untuk kencing atau berak setiap sejam. Ulang seperti hari pertama.
Hari ketiga kebiasaannya anak dah mula tunjuk hint yang mereka sudah slow slow faham bahasa badan mereka. Kadar accident dah makin kurang dan mereka mulai maklumkan/beri isyarat yang mereka nak kencing/berak.
4) PRAKTIKAL 1 -2 MINGGU
Kita sudah tak bawa mereka ke tandas secara rutin. Boleh juga bawa mereka ke tandas bila rasa sudah lama mereka tidak kecing/berak. Tetapi lebih baik bagi mereka masa untuk belajar maklumkan kepada kita bila mereka nak kencing/ berak.
Please bear in mind, anak lebih mudah untuk belajar faham tentang kencing berbanding berak kerana proses kencing lebih banyak kali mereka tempuh dalam sehari berbanding berak.
Please bear in mind juga, anak lebih mudah untuk free-diaper waktu siang berbanding malam, kerana sewaktu tidur mereka terkadang tak perasan isyarat badan mereka bila mahu kencing.
PENDAPAT MOMMY
Beza sangat masa Mommy potty train Hannah dengan Ariq ni. Anak gadis Mommy tu cepat sikit ikut arahan. Anak teruna Mommy ni mungkin sebab dia delay in speech, jadi kadang susah nak trace apa dia nak sebenarnya. Cuma kejayaan berak kat tandas (yang berlaku kadang-kadang tu) merupakan kejayaan yang perlu diraikan. Haha. Susah woo. Itu pun nasib Mommy sedar. Sebab kalau nak berak, dia akan cepat-cepat lari ke tempat sunyi (bilik tidur), dan duduk diam2. Dah la takde pampers pun. Kalau sedar, cepat-cepat angkat ke tandas. Ariq dah 5 tahun. Ermm..
Mommy tunggu adik bagitau sendiri kat Mommy yang adik nak berak tau. Please. We can do this!
Tips yang berguna.. Boleh cuba pada anak ke 3 saya.. TQ..
Yeah.. marilah berusaha
Yes ariq boleh buat go ariq go!
Hihi.. mudah2an.. mencabar sgt utk mommy
bagus lah shehan… insyallah ariq will b fine… insyallah…
Inshaa Allah. Amin..
kalau saya memang dapat 3 hari. ada caranya, insyaAllah ariq boleh juga
Wah.. apa tips nya
good sharing kak. nak jugak ajar sebab si abang nak masuk 4 tahun, si gegirl 3 tahun. tapi si gegirl tu tak pandai cakap lagi.si abang pulak pernah sekali dua ajar lepas tu dia cakap,”mommy abang malas lah. penat lah pegi toilet. abang nak pakai pampers lah”
-__-
well, nak try tips akak ni. tapi kena kesabaran lah lagi lagi bila accident tu >,<