KERETA SAGA FLX TAK HIDUP. APA ITU IMMOBILIZER

KERETA SAGA FLX TAK HIDUP? APA KENA MENGENA DENGAN REMOTE KERETA?

KERETA SAGA FLX TAK HIDUP? APA KENA MENGENA DENGAN REMOTE KERETA?

Perkara ni sebenarnya Mommy nak cerita tahun lepas lagi. Masa kejadian tu, rasa berkobar-kobar nak cerita. Tapi tu lah. Trauma tu masih ada. Haha. Kejadian itu berlaku pada 17 Sept 2022.

Pengalaman pertama kali juga la gunakan tow masa ni untuk saga FLX ni. Dengan keadaan duduk kat parking bawah tanah, company tow tak terima la, macam-macam.

Nak dijadikan cerita, Mommy & Daddy masa tu ke Damansara sebab Daddy ada event bowling company. Memandangkan event tu pagi, jadi rancangannya by tengah hari tu dah boleh balik rumah la. Sebelum balik tu, singgah sekejap ke Ikea sebab dekat jer. Nak beli 1 – 2 barang jer.

KERETA SAGA FLX TAK HIDUP. APA ITU IMMOBILIZER

START ENJIN KERETA TAPI TIADA RESPON

Keluar cepat-cepat sebab fikir anak-anak belum lunch dan terus ke parking bawah tanah tu macam biasa. Daddy tekan remote kereta masa tu. Tapi try start enjin, tiada respon.

Kosong. Tiada bunyi ketakketak ke apa. Bukan masalah bateri. Kalau masalah bateri, kami dah tahu tanda-tanda masa tu.

Ini tidak. Kereta ni tak boleh dihidupkan langsung. LUMPUH!

Panik sekejap tapi keep calm.

Keep trying dan masa tu Daddy ada tunjuk yang remote kereta dah loose. Mungkin sebab kadang-kadang jatuh. Ini pentingnya kenapa remote kereta tak boleh jatuh selalu ya. Tak tahu kenapa macam tak ingat langsung nak cari silicon ke apa untuk jadi cover remote tu. Bila dah jadi macam ni, baru la terasa menyesal. Seal dengan selotep jer haha.

Gambar ni sebenarnya diambil selepas dibuka. Sebelum ni loose sikit jer. But still risk untuk cip immobilizer jatuh.

Segala youtube dan website kami buka. Masa ni memang betul yang blog masih relevan sepanjang masa. Ilmu banyak dikongsi di blog dan youtube. Daddy pun check segala possibility macam kes kereta semput dulu. Test relay apa semua. Tapi langsung tak tahu kemungkinan pasal immobilizer ni.

Baca : Cara repair kereta semput

PANGGIL TOWING LEPAS KERETA TAK HIDUP

Hubungi pihak insuran kereta masa tu (E****), asalnya towing tak nak masuk dalam Ikea tu. Kami dah berpanasan bawah tu dah berejam, sampai ke petang, dia buat hal bagitau jauh dan tak nak masuk parking tu. Kononnya tak muat. Haihhh.

Call lagi, yang Mommy ni dah start nak menaip & tagged kat facebook dah, nasib baik dia cakap dalam usaha mencari towing car yang lebih kecil. Haaa.. macam tu la. Effort ada. Tak kan nak biar termangu-mangu kami kat sini. Sampai bila?

Nasib baik tow datang, kalau tak, tukar insuran! Itu pun dah lewat petang dah. Kesian anak-anak di rumah. Mujur jiran prihatin, siap hantar nasi ayam untuk lunch. Syukur sangat masa tu.

Enjoy la sekejap while kena towing tu. Rasa macam ada driver pula. Enjoy dengan keadaan kereta terangkat. Haha.

Penting untuk tahu : Rupanya kali pertama claim untuk towing je percuma. 200km pertama tu percuma. Tak kisah la kalau tak sampai 200km pun, sekali tu jer percuma. Kereta, dengar sini! Jangan buat hal dah.

Terus dibawa ke ‘klinik’ feveret kami macam masa kereta semput dulu tu.

APA ITU IMMOBILIZER

Immobilizer adalah sistem elektronik yang menghalang enjin berfungsi. Sebab itu ia berhenti atau tidak dapat dimulakan. Tujuan peranti ini adalah untuk melumpuhkan unit kuasa dan digunakan sebagai elemen tambahan sistem anti-kecurian.

KERETA SAGA FLX TAK HIDUP. APA ITU IMMOBILIZER

Ahh.. no wonderlah kereta saga flx ku tak hidup dan tak boleh start langsung.

Kereta ni akan dapat ‘arahan’ dari immobilizer ni lah samada melalui cip dalam remote kereta, kad kunci, gabungan karektor di control panel atau cop jari.

Dalam kes kereta proton saga FLX kami ni, melalui cip remote kereta tu.

Jadi dalam kes ini, cip tu tertanggal, tercicir dari ruang kunci kereta. Loose kan. Jadi, jaga lah kunci kereta anda elok-elok. Nak buat kunci semula pun, bajet belum ada. Huhu sajalah.

Terima kasih mekanik feveretku sebab tak caj apa-apa pun. Dapat tahu pasal cip immobilizer ni pun sebab dia dah cuba bypass immobilizer dan akhirnya dapat detect pasal cip tu.

1 Comment

  1. kalau kena kat rumah ok lagi kan… ni kat tempat awam, mmg stress. Tapi mujur lah kat parking dalam bangunan, redup sikit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *