CONNECT LAPTOP KE MONITOR DENGAN LEBIH MUDAH

CONNECT LAPTOP KE MONITOR DENGAN LEBIH MUDAH

CONNECT LAPTOP KE MONITOR DENGAN LEBIH MUDAH

Ada laptop tetapi tak cukup besar? Nak beli PC, makan ruang pula nanti. Serabut pula dengan CPU. Lepas tu, bajet pun kurang.

Perkara ni dah berbulan terlintas dalam kepala Mommy.

Dah lama sebenarnya teringin nak iMac, tapi hoiiii.. kerasnya harga. Memang tunggu Apple sponsor la kot. Hahahaha..

Jadi, Mommy minta la pendapat Daddy, boleh atau tidak, nak monitor besar tapi tak nak CPU.

Korang tahu kan CPU tu apa? Ala yang ada mother board, graphic card segala bagai. Bagi Mommy, cukup lah Mommy beli set tu untuk Hannah. Sebab dia tiada laptop, dan dia suka main game selain studi masa PKP yang menggunakan PC sepenuhnya.

Then, Daddy cakap boleh je beli monitor besar. Dia akan jadi extended display kepada Macbook Air Mommy.

Wah! Wah!

Teruja dah ni..

Contents

CARI MONITOR HARGA BAWAH RM1000 TETAPI NAK SAIZ BESAR DAN REFRESH RATE TINGGI

Demand ya. Lagi satu nak warna putih. Yang Mommy berkenan sangat-sangat masa tu, harga dekat 1.5k. Kalau la tak beli jamban kucing auto tu. Ehhh.

Memikirkan Mommy hanya nak monitor, tak mau set-set lain, jadi buat apa nak mahal-mahal sangat. Ececeh.. Tapi Mommy still tak boleh move on dengan warna white pink tu. Nak tengok?

Nah.. Boleh tengok kat shopee juga.

Tapi kan, sikit je nampak pink dia (sedapkan hati sendiri)

Kemudian Mommy teruskan research lagi dengan kata kunci white monitor. Dah jumpa yang murah dah ni. Putih pula tu.

Harga baru RM399. Tapi refresh rate 75hz. Ok dah tu. Bukan gamers pun. Macam ni rupa.. Boleh usha sini.

Cantik je kan? Ini 24 inci. So just nice la.. Tapi just plain monitor la.

Lepas tu jumpa jenis lain pula. Silver. Tapi curved. Murah pula tu. Haih. Tergugat lagi iman. Harga dia below RM400 juga. Refresh rate 75hz. Curved ni bagus kalau nak buat kerja sambil layan movie. Tak la juling sangat kalau wide. Haha. Saiz pula tak besar sangat. 24 inci juga. Boleh tengok sini.

Tapi, kurang meyakinkan Mommy sebab review tak banyak. Brand pun Mommy tak pernah dengar. Huhu.. Nak cari curved yang lain, lebih bajet pula.

Gais.. Bajet ni totally from blog income. Gigih tau. Alhamdulillah.

AKHIRNYA.. LG MONITOR ULTRAWIDE JADI PILIHAN

Yes! Sekali Mommy terpandang LG 29WQ600 keluaran tahun 2022 ini. Ultrawide saiz 29 inci. Fuh! Terus jatuh cinta pandang pertama. Refresh rate dia 100hz gais. Ok sangat la dengan harga dia cuma RM839!

Boleh beli LG 29WQ600 di Shopee.

Mommy tengok kat kedai ni banyak review yang bagus. Seller pun bagus melayan walaupun dah tengah malam.

ULTRAWIDE.. Ini memang Mommy teruja betul dan dia boleh guna secara menegak juga.

Tengok ni, sambil menaip, sambil layan Kdrama tau. Hahaha. Boleh juga main game Solitaire puas sikit.

CONNECT LAPTOP KE MONITOR DENGAN LEBIH MUDAH

Alaa.. lupa pulak. Pergi screenshot saja. Hihi..

PERKENALKAN LG 29WQ600 ULTRAWIDE MONITOR

Oh masa ni, monitor riser belum sampai. Hmm.. Order sekali monitor, monitor sampai dulu. Hee. So letak je la atas rak putih lama.

CONNECT LAPTOP KE MONITOR DENGAN LEBIH MUDAH

Lepas wooder monitor riser tu sampai, terus pasang. Laki balik kerja, terkejut bila masa beli. Haha

Tetapi percayalah, kedudukan ini tidak kekal. Mommy just letak-letak je dulu tu. Tengah tunggu Dedi nak ketuk dinding, tak tahu bila free. Hmmm.

Ok sebelum tu nak say bye-bye setup lama with pink frame tu. Rindu pulak.

CARA CONNECT LAPTOP KE MONITOR DENGAN LEBIH MUDAH

Terus la Mommy buat research cara connect macbook ke monitor dengan mudah kat Tiktok. Ya, Tiktok pun banyak sangat ilmu yang ada. Mommy cari macam mana nak sambung Macbook kepada monitor. Rupanya mudah sahaja.

Janji ada HDMI cable atau VGA dan Type C Adapter sebab Macbook Air mommy tu ada 2 USB C ports.

Kemudian boleh la ke bahagian System Settings – Displays – jadikan Macbook sebagai Extended Display, dan monitor pula sebagai Main Display.

Ya mudah bangettt!

CONNECT LAPTOP KE MONITOR DENGAN LEBIH MUDAH

Lepas tu kalau kita nak letak laptop sebelah kanan monitor, just drag sahaja 2 imej di atas tu. Ubah LG Ultrawide tu sebelah kiri. Macam tu jer mudahnya.

Nak dijadikan cerita, hari monitor ni sampai, Mommy terlupa yang Mommy belum ada Type C Adapter yang nak sambungkan HDMI Cable ke Laptop.

Dah la sama hari isu sorang artis tu akhirnya dedah yang dia nikah kat Thailand. Suami kena hati-hati dalam menjaga hati isteri masa ni. Merajuk la sekejap. Rasa sedih tak boleh nak rasmi malam tu juga.

Sekali, Daddy balik dari kerja, Daddy buat surprise bawa balik Adapter yang baru beli. Hiii. Tqq dedi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *