GAME-ONLINE-PERCUMA-DI-SOLITAIRE.ORG

GAME ONLINE PERCUMA DI SOLITAIRE.ORG

Solitaire.org – game online percuma | Kadang-kadang bila dah buntu sangat nak mula menulis entri dalam blog, Mommy guna masa untuk main game online sekejap. Game yang tak pernah Mommy bosan dari zaman dulu sehingga kini adalah Solitaire.

Korang pernah main Solitaire?

Tahu tak Solitaire.org bukan sahaja ada game Solitaire jenis classic, namun ada macam-macam lagi jenis permainan kad ini.

MAIN GAME ONLINE PERCUMA DI SOLITAIRE.ORG TANPA PERLU DOWNLOAD APPS

solitaire.org

Yang menariknya, kita tak perlu muatturun sebarang aplikasi untuk permainan kad dan minda di sini.

Contents

Permainan video kad Solitaire Dalam Talian Percuma

Macam yang Mommy cerita tadi, ada banyak jenis selain Solitaire Classic disediakan di sini. Antaranya adalah :

  • Classic
  • Klondike
  • Spider
  • Pyramid
  • Tripeaks
  • Golf

Bukan ini sahaja tau, ada banyak lagi pilihan untuk kad permainan Solitaire ini.

PILIHAN GAME SOLITAIRE MOMMY

Antara semua di atas, Mommy paling suka Spider Solitaire. Bagi Mommy, ini paling senang dan tidak terlalu buat Mommy tertekan. Hahaha. Nak main game, untuk tenangkan fikiran kan?

Cara bermain pula hanya susun dari K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, A dan ia akan automatik tersimpan. Seronok dan memang ralit sekejap bila bermain. Hehe.

PELBAGAI PILIHAN KAD DAN PERMAINAN MINDA DI SINI

Selain game Solitaire, ada pelbagai pilihan permainan kad dan minda di sini iaitu :

  • Card
  • Mahjong
  • Hidden Object
  • Match 3
  • Logic Puzzles
  • Word

Haa.. ada banyak tu kalau betul-betul nak cuba. Even setiap satu jenis pun, dipecahkan lagi. Fuh..

Contohnya dalam kategori Match 3, ada game Zuma Ball dan Zuma Legend gaissss.. Best giler game ini. Legend habis rasanya. Jangan bagitau Mommy korang tak pernah cuba main game ini yang agak terkenal suatu ketika dulu.

Manakala dalam kategori Logic Puzzles pula ada game Mine Sweeper dan Tetra Blocks yang betul-betul menggamit memori Mommy. Best!

Jangan lupa cuba ya.

1 Comment

  1. suka main game zumaaaaa heheheh zaman study berjam-jam depan pc sambil layan karok hahhaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *