CUTI SEKOLAH? JOM KE BANGI WONDERLAND

Cuti sekolah? Tak tahu nak ke mana? Jom ke Bangi Wonderland, ternyata ia tidak pernah mengecewakan! Sekali lagi, Mommy diberi peluang untuk ke sini berlibur bersama keluarga Mommy & #KBBA9. Alhamdulillah. Last pergi rasanya tahun 2018.

Tempat yang paling sesuai untuk anak-anak. Terutamanya ketika hujung minggu atau cuti sekolah. Lagipun dah lama tak dapat datang tempat macam ni sejak PKP dulu kan.

Bukan kanak-kanak je tau.. Dewasa pun sesuai. Haaa.. kenapa?

Baca : Boring di rumah, jom main game online.

PERMAINAN AIR DI BANGI WONDERLAND

Ini antara keseronokan yang ada.

BANGI WONDERLAND THEMEPARK & RESORT TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN (1)
BANGI WONDERLAND THEMEPARK & RESORT TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN (0)

Banyak betul permainan air @ fun rides kat sini.

  • Kids Adventure
  • Magic Funnel
  • Anaconda Trail
  • The Fall
  • Green Pearl
  • Wonder Loop
  • Spiralax
  • Body Slide
  • Pirates Bay
  • Water Cannon
  • Boomeriang
  • Insane Racer
  • Meander River
  • Pirates Spa

SENTIASA MENARIK PERHATIAN ANAK-ANAK MOMMY

Port wajib bagi anak-anak Mommy semestinya adalah Pirates Bay dan Kids Adventure.

Di Kids Adventure. Budak-budak yang minat naik slide, wajib mandi manda di sini. Dewasa pun boleh naik slide ni tau.. Kalau di Pirates Bay tu, dengar je siren, terus semua fokus ke situ. Sebab? Haaa.. ada ombak besar tau..

Keluasan dan kedalaman tidak terlalu bahaya buat anak-anak. Yang penting, kita kena lah pantau juga kan?

Yang sukakan cabaran, boleh ke sini. Tapi ada had ketinggian. Anak-anak kecil memang tak boleh la naik Insane Racer & Magic Funnel ini. Kelakar bila tengok Hannah naik Insane Racer ni. Tersangkut tengah-tengah. Tak tahu lah air dah berkurangan atau Hannah yang ringan sangat.

Water Cannon, Mommy memang ngeri mainan-mainan air ni. Jadi, Mommy biarkan Daddy dan anak-anak sahajalah yang enjoy.

Anak-anak memang all out all day walaupun hujan ada beberapa kali turun masa tu. Mujurlah tak lebat sangat. Namun kesannya, ada yang demam. Huhu.

Untuk loker, float dan cabana, boleh disewa juga di sana.

BERAPA HARGA TIKET BANGI WONDERLAND?

Harga tiket ni, kalau korang follow instagram Official Bangi Wonderland, kadang-kadang ada promosi tiket masuk Bangi Wonderland yang murah dari biasa tau.

harga tiket bangi wonderland.1
CUTI SEKOLAH? JOM KE BANGI WONDERLAND.3

INFO BANGI WONDERLAND

Untuk makluman, Bangi Wonderland ini dibuka pada :

  • Isnin – Jumaat : 11 pagi – 6 petang
  • Sabtu – Ahad / Cuti Sekolah / Cuti Awam : 10 pagi – 6 petang
  • Selasa TUTUP, kecuali ketika Cuti Sekolah / Cuti Awam.

Korang juga boleh rujuk media sosial mereka di :

Alamat : Bangi Wonderland Theme Park & resort, No 2 Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue.

STAY AND PLAY

Untuk korang yang mungkin datang dari jauh, jangan risau. Ada tawaran untuk Stay and Play di Le’Venue Hotel dan semestinya termasuk harga tiket ke Bangi Wonderland.

Jarak dari hotel ke waterpark cuma 5 minit (berjalan kaki).

Bangi Wonderland Water Park(2 Days Entry) + Le’ Venue Hotel(1 Night)

WEEKDAYS Package RM288 / 4 persons nett

  • Check-in on Wednesday, Thursday & Sunday only.
  • Deluxe Family Room.

WEEKEND Package RM338 / 4 persons nett

  • Check-in on Friday, Saturday, School & Public Holidays only.
  • Deluxe Family Room.

Untuk tempahan, layari laman web mereka di https://levenuehotel.com/.

Jom bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *