ABX Express kini dikenali sebagai KEX Express | Bertapak di Malaysia sejak 1984, ABX Express, penyedia perkhidmatan kurier telah mengumumkan penjenamaan semula yang kini dikenali sebagai KEX Express. Tahniah Mommy ucapkan kepada syarikat penghantaran ekspres ini yang kini makin berkembang hebat dan bertambah perkhidmatannya selama 38 tahun di Malaysia.

PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA

Mommy berbangga kerana dapat turut sama meraikan Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula ABX Express kepada KEX Express di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, bersama team Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) yang lain baru-baru ini.

PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA

KEX Express merupakan syarikat penghantaran ekspres global dengan lebih 700 service touchpoints di seluruh negara, dengan lebih 3,000 kakitangan yang menyediakan keperluan penghantaran ekspres kepada rakyat Malaysia.

Pada masa ini, KEX Express mempunyai rangkaian liputan paling meluas dalam industri penghantaran ekspres di Malaysia Timur.

Penjenamaan semula ini sebenarnya adalah kemuncak kepada peranan yang dimainkan di bawah Kerry Logistics Network (KLN), syarikat logistik antarabangsa terbesar di Asia dan tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong.

Gabungan ini membenarkan KEX Express memiliki akses cepat kepada rangkaian global KLN yang luas dan penawaran ekspres antarabangsa khususnya ke China dan negara-negara di Asia.

KEX Express kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ekpres antarabangsa ke lebih 225 negara dari Malaysia. Jadi, pemilik akaun kredit sedia ada dan juga pelanggan baru boleh datang ke mana-mana cawangan untuk menggunakan perkhidmatan ini.

PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA
Mr Alex Ng, CEO Kerry Express

“Menggabungkan pengalaman perkhidmatan kurier ekspres kepada rakyat Malaysia sejak 1984 dan rangkaian luas KLN Group, matlamat kami ialah untuk menjadi rakan logistik yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres yang lancar dan mudah untuk syarikat perniagaan dan keperluan penghantaran peribadi ke destinasi tempatan dan antarabangsa” –  Richard Lui, Pengurus Besar Kanan KEX Express Malaysia.

PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA
Mr Richard Lui, Senior GM KEX Express Malaysia


KEX EXPRESS TUMPU TIGA BIDANG UTAMA SEBAGAI KOMITMEN UNTUK RAKYAT MALAYSIA

1. PEMBAYARAN DIGITAL UNTUK TUNAI SEMASA PENGHANTARAN (COD) DAN FREIGHT ON DELIVERY (FOD)

  • KEX Express menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai bagi penhantaran tempatan.
  • KEX Express merupakan perintis yang menyediakan pilihan sebegini.
  • COD Digital – membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk buat bayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai apabila menerima bungkusan pos.
  • FOD Digital – membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk buat bayaran kos penghantaran menggunakan pembayaran tanpa tunai apabila bungkusan pos tiba.
  • Tiada quantity minimum untuk jumlah bungkusan pos bagi yang memilih perkhidmatan ini.
PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA

2. PUSAT PENJUAL (SELLER CENTRE)

  • Platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual.
  • Mengintegrasikan portal beli belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express (contohnya keperluan seperti tempahan, pengambilan bungkusan, cetakan label, pertanyaan kos dsb).
  • Membolehkan pengalaman dalam talian ke luar talian (O2O) lebih lancar.

3. MENGOPTIMUMKAN LALUAN PERJALANAN (ROUTE OPTIMISATION)

  • KEX Express dalam proses mengomptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivery route system) menggunakan algoritma dan data besar.
  • Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan.
  • Memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan.
  • Menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat waktu kepada pelanggan KEX Express.
PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA

LOGO KEX EXPRESS

PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA

Langkah penjenamaan semula juga menyaksikan ABX Express berkembang menjadi KEX Express, dengan logonya digunakan dalam semua bahan termasuk papan tanda di semua kedai di seluruh negara dan lebih 2,500 trak penghantaran di seluruh negara.

PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA

PROMOSI KEX EXPRESS

Sempena pengumuman penjenamaan semula ini, KEX Express menawarkan diskaun promosi untuk pelbagai destinasi popular tempatan dan antarabangsa.

Penghantaran dalam negeri

  • Hantar barangan dari Malaysia Timur dan Malaysia Barat, bermula dari RM4.99 sahaja untuk pelanggan kali pertama. Lawati mana-mana tempat hantar KEX Express berhampiran anda. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Penghantaran antarabangsa

  • Nikmati kadar menarik ke China, Singapura, Taiwan, Macau, Hong Kong dan banyak lagi destinasi antarabangsa. Lawati KEX Express terdekat anda, atau dapatkan butiran lanjut di my.kex-express.com.

Jadi, jom lah mula gunakan perkhidmatan mereka hari ini.

PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut mengenai KEX Express, jom follow social media mereka di :

Laman Web : my.kex-express.com

Facebook: @kexexpressmy

Instagram : @kexexpressmy

Tiktok : @kexexpressmy

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan buat KEX Express.

6 thoughts on “PENJENAMAAN SEMULA ABX EXPRESS KEPADA KEX EXPRESS DI MALAYSIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!