CUBA MBH CARBON SNOW TREATMENT DI MBH MEDISPA BANGI – ATASI MASALAH KULIT KUSAM

Views: 63
Read Time:4 Minute, 6 Second

MBH CARBON SNOW TREATMENT | Dah lama Mommy rasa isu parut di pipi kesan jerawat lama ni, sedikit merimaskan. Ditambah pula isu skintag yang kembali naik di wajah Mommy. Sebagai wanita, korang sendiri pun faham la kan? Sambil makeup tu, sambil rasa ada je tak kena. Kulit pun macam makin ketara nampak kusam, mungkin faktor penuaan juga kan? Sobs!

Terlebih dahulu, Mommy nak tanya korang ada masalah wajah seperti di bawah ni tak?

  1. masalah kulit kusam dan berminyak
  2. masalah parut merah atau gelap
  3. masalah pigmentasi
  4. masalah pori terbuka
  5. masalah tona kulit tak sekata

Jika YA, MBH Carbon Snow Treatment adalah rawatan paling sesuai untuk wajah korang. Dan inilah rawatan yang disarankan untuk Mommy ketika Mommy kunjungi MBH Medispa Bangi baru-baru ini.

CUBA MBH CARBON SNOW TREATMENT DI MBH MEDISPA BANGI - ATASI MASALAH KULIT KUSAM

KONSULTANSI BERSAMA MBH THERAPIST

Sejurus tiba di MBH Medispa Bangi, Mommy perlu mengisi borang maklumat diri. Kemudian, Mommy dibawa ke bilik konsultansi untuk diperiksa kondisi kulit wajah Mommy terlebih dahulu.

Ternyata, selepas melihat lapisan kulit dalam, Mommy mempunyai masalah pigmentasi dan banyak betul whitehead dan blackhead. Atas faktor umur, kolagen memang ternyata berkurangan dan segala penjagaan kulit wajah yang Mommy telah lakukan selama ini kurang mencukupi untuk atasi isu kulit kusam juga.

MBH CARBON SNOW TREATMENT

Jadi, rawatan MBH Carbon Snow disarankan untuk masalah kulit kusam ini. Sebenarnya untung bila pilih rawatan ini tau. Sebab ia bukan sekadar rawatan semata-mata, ia akan disertakan dengan facial sekali. Untung kan? Boleh la buang segala whitehead & blackhead di wajah ini.

Apa kebaikan rawatan MBH Carbon Snow ini?

  1. Membantu memudarkan masalah parut merah dan gelap
  2. Membantu memudarkan pigmentasi
  3. Membantu mengecilkan liang pori
  4. Membantu menghilangkan tona kulit tidak sekata
  5. Tiada downtime selepas rawatan
  6. Kesan pencerahan serta-merta selepas rawatan
  7. Tidak menyakitkan sepanjang rawatan dan selepas rawatan

Wah.. tak sabar jadinya bila Mommy diterangkan kelebihan MBH Carbon Snow Treatment ini.

Sebelum proses MBH Carbon Snow dimulakan, proses-proses dibawah akan dibuat terlebih dahulu :

  • Semua solekan di wajah Mommy dibersihkan terlebih dahulu menggunakan makeup removal.
  • Cucian di wajah dimulakan dengan menggunakan produk MBH Facial Cleanser.
  • Kemudian, scrub disapu ke seluruh wajah menggunakan produk MBH Skin Exfoliator. Scrub ini tak terasa kasar di wajah tau. Jadi, memang tidak merengsakan kulit Mommy.
  • Proses urutan muka dibuat sepanjang mencuci dan scrub disapu di wajah. Sejujurnya Mommy suka urutan ini dibuat sebab boleh rasakan segala stress dan kegusaran hilang. Tenang rasa di hati.
  • Kemudian proses pengewapan dibuat untuk membuka liang pori.
  • Proses vakum khas dibuat untuk melancarkan peredaran darah.
  • Proses membuang whitehead dan blackhead. Boleh tahan perit juga lah masa ni sebab Mommy pun dah lama sangat tak pergi sebarang facial.
  • Kemudian, carbon mask disapu ke seluruh permukaan wajah dengan sekata sebelum proses laser dilakukan.
  • Proses laser Carbon Snow dilakukan di permukaan wajah. Mommy ingatkan biasa-biasa sahaja, tapi boleh tahan pedih sekejap di kawasan-kawasan tertentu seperti pipi. Mungkin kawasan tersebut agak nipis dan sensitif bagi Mommy. Tapi tak lama pun rasa pedih tu.
  • Untuk sejukkan kembali wajah Mommy, mask diletakkan untuk kecilkan liang pori dan seterusnya ke proses LED Phototheraphy (hijau).
  • Sapuan MBH Double Effect Brightening Essence menggunakan mesin oksigen untuk membantu penyerapan essence ke dalam kulit. Ia dilakukan sebagai langkah kedua terakhir sebelum disapu MBH Soothing Lotion, MBH Skin Hydrator dan MBH UV Sunscreen.

Lengkap semua rawatan Mommy yang kesemuanya menggunakan produk MBH Medispa sendiri.

CUBA MBH CARBON SNOW TREATMENT DI MBH MEDISPA BANGI - ATASI MASALAH KULIT KUSAM

Kalau korang nak beli semua produk mereka pun dialu-alukan. Harga pula tidaklah terlalu membebankan.

@myapilot Baru-baru ini aku buat treatment MBH Carbon Snow di MBH Medispa Bangi ( MBH Medispa – Bangi) untuk isu tona kulit tak sekata, kulit kusam, pigmentation & pori terbuka. Puas hati juga dengan hasilnya. Kulit jadi cerah. Parut kurang ketara. Servis mantap giler! Puas hati sangat dengan layanan Cik Siti & Cik Sabrina 🥰 Terima Kasih tau. Tak sabar nak tunggu 2nd & 3rd treatment nanti ❤️ #mbhmedispabangi #mbhmedispa #carbonsnowtreatment #kbba9 #shehanzstudiodotcom @CEO OF SKIN ♬ Aesthetic – Tollan Kim

MBH MEDISPA BANGI

CUBA MBH CARBON SNOW TREATMENT DI MBH MEDISPA BANGI - ATASI MASALAH KULIT KUSAM

MBH Medispa Bangi yang terletak di Taman Kajang Putra, Kajang, jadi pilihan Mommy untuk rawatan wajah kali ini. Pusat rawatan ini terletak di tingkat 2, jadi memandangkan Mommy yang dah lama tak bersenam, mengah la juga memanjat tangga. Haha.

Namun, penat Mommy disambut baik dengan staff yang terus bagi sebotol air buat lepaskan lelah. Wahhh.. Terbaik laa. Spa ini juga kemas dan bersih buat mata ini sejuk mata memandang.

Layanan yang diberikan memang layak diberi pujian dan Mommy harap perkara ini konsisten sampai bila-bila. Selepas rawatan, Mommy dihidangkan secawan teh o panas. Wah! Mommy tengah bayangkan kalau ada teh herba sekali. Eh demand pula. Hahaha.

KESAN SEMINGGU SELEPAS RAWATAN

Apa yang Mommy boleh katakan adalah memang betul tiada downtime selepas rawatan, tidak ada sebarang kesakitan yang perlu ditanggung dan paling penting, parut di pipi Mommy jelas ketara semakin pudar. Ini baru rawatan pertama yang Mommy terima.

CUBA MBH CARBON SNOW TREATMENT DI MBH MEDISPA BANGI - ATASI MASALAH KULIT KUSAM

Tak sabar nak tunggu rawatan seterusnya.

MAKLUMAT LANJUT

Segala info dan maklumat lanjut mengenai rawatan dan facial, korang boleh ikuti facebook MBH Medispa Bangi dan Instagram MBH Medispa Bangi.

Alamat : MBH Medispa Bangi, 11-2, Jalan Putra 6, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Hotline no : 011-32363754

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *