DIA BUKAN PILIHAN - BAB 2

DIA BUKAN PILIHAN – BAB 2

Views: 46
Read Time:2 Minute, 41 Second

“Jangan risau abang. Belanja rumah kita masih ada. Saya ada buat jualan sikit-sikit” Puan Jannah cuba memujuk suaminya.

“Maafkan abang, Jannah. Abang rasa bersalah kerana tidak mampu sediakan keperluan kita sebaiknya. Abang..” sambung Encik Adam.

“Jannah ok. Jom lah tidur. Abang belum rehat lagi dari balik tadi. Dah isyak?” Puan Jannah segera siapkan tempat tidur.

“Dah.” selimut ditarik sambil kepalanya masih ligat berfikir bagaimana hendak membeli kelengkapan sekolah anaknya esok.

Baca : Dia Bukan Pilihan – Bab 1

****

“Jom ayah! Azim nak pen marker juga tau. Azim takut lupa lah!!” Teruja si Azim sambil bersiap-siap sebelum keluar ke pekan bersama ayah dan kakaknya.

“Ibu, nak ikut tak?” Tanya Encik Adam lembut kepada isterinya.

“Kat rumah ni ada banyak lagi kerja kena buat. Siapa nak masak nasi nanti kalau semua keluar?” bentak Nenek Tini yang dari awal memasang telinga.

Encik Adam dan Puan Jannah hanya mampu memandang satu sama lain.

“Sabar.” Bisik Encik Adam selepas melihat wajah isterinya yang mula mencuka.

Inilah masalahnya rumah di kampung. Sudahlah tiada privasi, hidup pula bersama orang yang suka masuk campur hal orang lain. Puan Jannah hanya mampu memendam rasa.

“Takpe abang. Bawa anak-anak saja. Jannah kena basuh baju dan sediakan makan tengahari lagi. Abang makan kat luar dengan anak-anak ye?”

“Baiklah” Jawab Encik Adam sebelum melangkah keluar bilik.

****

“Ayah! Ayah! Kakak nak buku nota ni boleh? Kakak nak buat diari lah. Kakak minat menulis.” soal Jasmin sambil membelek-belek buku yang ada di kedai Popular.

“Boleh kakak. Ambillah. Yang lain dah cukup untuk projek sekolah?” soal Encik Adam.

“Cukup dah Ayah. Terima kasih ayah!” Jawab Azim dan Jasmin serentak.

“Macam tak cukup pula duit ini. Takpelah, biar mereka yang makan dahulu. Aku makan kat rumah sajalah” bisik Encik Adam perlahan.

“Ayah.. Ayah tak makan ke? Sedap la nasi ayam ni. Lama kita tak makan kat luar kan? Terima kasih Ayah.” Azim yang dari tadi asyik mengunyah cuma mengangguk-angguk apa yang diperkatakan kakaknya.

“Tak apa. Ayah seronok tengok kamu berdua makan. Nanti Ayah makan kat rumah sajalah. Mesti Ibu masak banyak hari ni. Takut pula membazir nanti” jawab Encik Adam sambil tersenyum.

****

“Perangai tak habis-habis nak menyusahkan orang.” Nenek Tini sedang bercakap seorang diri namun setiap perkataannya sengaja dikuatkan supaya Puan Jannah mendengar.

“Mak.. Mak nak makan? Jannah dah siapkan makan tengah hari. Ke mak nak makan dalam bilik? Jannah bawakan.” soal Puan Jannah lembut tanpa mempedulikan apa yang Nenek Tini bebelkan tadi.

“Tak payah. Aku tak selera. Korang anak beranak makan je lah nanti. Tu yang kat pekan tu, haaa.. makan kat luar kerap-kerap. Dengan aku, tak payah nak kisah. Kata takde duit kan? Aku tak selera.” bentak Nenek Tini.

“Hmmm.. emak cemburu agaknya.” Puan Jannah cuma mampu bermonolog sebelum mendengar suara suaminya memberi salam.

“Assalamualaikum. Kami dah balik! Ibu! Ibu! Azim dah beli barang sekolah tadi. Kakak pun” Puan Jannah menyambut mereka dengan senyuman manis.

“Bab membazir, no 1. Dengan aku berkira sangat!” bentak Nenek Tini dari dalam bilik.

Encik Adam dan Puan Jannah hanya mampu memandang satu sama lain.

“Sabar..” pujuk Encik Adam lembut kepada isterinya.

“Sampai bila abang?”

Bersambung.

p/s : Cerita pendek ini adalah rekaan penulis YB Shehan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *