DIA BUKAN PILIHAN - BAB 1

DIA BUKAN PILIHAN – BAB 1

Views: 49
Read Time:3 Minute, 58 Second

Buk!

“Adoi.. apa ni?”

Jasmin membuka penutup mata yang diikat ketika bermain permainan aci sembunyi. Mungkin ada yang tidak faham kenapa ia dipanggil aci sembunyi. Namun inilah permainan di kampung ketika itu.

Yang mencari, cuma diletakkan penutup mata, yang lain cuba-cuba lari dari si pencari.

Bezanya kali ini, Jasmin minta semua berada di sekelilingnya, tanpa perlu lari ke tempat lain.

“Ibu!! Sakit!! Kepala Jasmin berdarah”

Keadaan menjadi kecoh seketika. Masing-masih menyalahkan sesama sendiri ketika itu, kerana janji sepatutnya akan menjaga Jasmin dari bahaya sekelilingnya.

“Tu.. Liza yang sengaja letak kayu tu.” Jerit si Aina.

“Oi..mana ada. Aku tak letak pun. Nenekkkk!! Tengok la Aina ni tuduh-tuduh orang” Liza meraung memanggil neneknya.

Jasmin yang berdarah kepalanya masih menangis. “Ibu! Ibu!” Teriakan makin kuat.

Nenek Tini meluru laju ke arah mereka yang sedang kecoh-kecoh itu. Semuanya adalah cucunya sendiri namun semua maklum Nenek Tini memang pilih kasih.

Hanya keluarga Liza sahaja yang betul dan sentiasa benar di matanya.

“Kenapa Liza? Kenapa Liza menangis ni? Haa.. kamu semua, apa kamu buat kat Liza?” Jerkah nenek.

“Nenek.. kepala kakak Jasmin berdarah tu. Si Liza ni biarkan kayu depan kakak Jasmin tadi. Kakak Jasmin terlanggar dan terhantuk kepalanya” Terang si Azim, adik Jasmin yang hanya berdiam dari tadi.

“Alah!! Sikit sangat darah tu. Manja lebih.” bisik si nenek. Liza turut mencebik muka tanda puas hati disokong nenek.

Ibu Jasmin yang dari tadi sibuk di dapur, terus keluar mendapatkan anaknya, Jasmin.

“Ya Allah Jasmin. Teruk luka kamu ni. Jom ajak ayah ke klinik!” Ibu Jasmin mula menggelabah melihat darah yang banyak.

“Tak payah! Kau letak je ubat kat kepala dia tu. Buat bazir duit anak aku je nak bawa ke klinik bagai, Jannah oi!” Nenek Tini mendengus.

Jasmin dan ibunya melangkah lemah masuk ke rumah. Sudahlah sakit, dihalang pula untuk ke klinik. Si ayah, belum pulang dari kerja, sentiasa dihasut yang bukan-bukan oleh si nenek.

“Ibu pasti, bila ayah balik nanti, Jasmin yang akan disalahkan kerana tidak berhati-hati.” bisik Puan Jannah seorang diri, sambil menyapu minyak gamat di kepala anaknya, Jasmin.

Dunia ini kejam.

Masih banyak yang busuk hati. Entah apa lagi yang perlu dibuat, untuk Nenek terima Puan Jannah.

Nenek tersenyum sinis dari jauh. “Puas hati aku! Menyampah betul aku tengok anak-beranak tu. Kenapalah anak aku pilih si Jannah tu.”

“Mak.. Jom makan. Jannah dah siapkan makan. Kejap lagi abang Adam balik.” Puan Jannah memanggil Nenek Tini di dalam biliknya.

“Kau makan je la dengan anak-anak kau tu. Aku tak selera!” bisik si nenek keras, namun masih didengari.

****
“Bang.. Jom makan. Jannah dah siap masak.” ajak Puan Jannah.

“Ya. Baiklah. Emak mana?” soal Encik Adam bila melihat emaknya tiada di meja makan.

“Mak kata tak selera. Jomlah kita makan dulu. Kesian anak-anak lapar tunggu abang” Puan Jannah cuba mengajak lagi selepas lihat anak-anaknya dah meragam kelaparan.

“Awak tolong buat 1 hidangan kat mak. Abang hantar ke bilik emak.” sambung Encik Adam.

Puan Jannah cuma menurut permintaan suaminya. Lagipu, mereka semua dah kenal dengan Nenek Tini yang sentiasa pura-pura tak selera, tetapi hidangan tetap habis licin!

“Baiklah abang..”

“Ayah! Ayah! Esok Azim dengan kakak Jasmin nak ke bandar beli alat tulis. Boleh ayah bawa kami?” soal Azim dengan perlahan.

“Boleh. Nanti Ayah bawa kamu ya. Eh.. Jasmin! Kenapa kepala tu?” Ayah kehairanan melihat kepala Jasmin yang berbalut kain perca.

“Oh.. tadi dia terjatuh. Jannah dah letak ubat dah”

“Haaaa.. boleh pun letak ubat! Tak payah nak membazir ke klinik. Bukannya murah kalau pergi klinik pun”. Semua tersentak.

Bila masa Nenek Tini datang? Namun mereka cuma mampu berdiam selepas masing-masing punya jawapan. Nenek Tini memang kerap pasang telinga ketika mereka berbual.

“Inilah masalahnya bila duduk dengan mertua. Tiada privasi.” Puan Jannah mengomel sendirian namun dia hanya mampu bersabar.

“Adam. Anak-anak kau tu perlu beli barang lagi ke? Bukan ke aku tengok kau dah beli kat mereka bulan lepas?” soal Nenek Tini ketika Encik Adam datang ke bilik untuk melihat emaknya.

“Ya mak. Katanya ada lagi barang kena beli. Ada projek sekolah rasanya.” Jawab Encik Adam, lembut.

“Tu mesti ibunya yang hasut. Suruh kau membazir. Mana duit untuk aku bulan ni? Kau dah habiskan semua untuk dorang ke?” soal Nenek Tini, keras.

“Tak mak. Tapi bulan ni, Adam tak dapat bagi banyak. Adam kena bayar insuran kereta. Dan yuran tuisyen Jasmin juga”

“Ooo.. kau dah belajar kedekut dengan aku ke Adam? Pergilah keluar. Kau dengan bini kau, sama je. Menyakitkan hati aku!” Nenek Tini mendengus dalam nada merajuk.

Encik Adam serba salah. Otaknya makin kusut.

Banyak komitmen bulan ini. Apa yang dia boleh buat?

“Abang..” tersentak Encik Adam apabila tangannya dipegang Puan Jannah.

Bersambung.

p/s : Cerita pendek ini adalah rekaan penulis YB Shehan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

2 thoughts on “DIA BUKAN PILIHAN – BAB 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *