Thu. May 12th, 2022
Views: 47
Read Time:2 Minute, 39 Second

Tahun demi tahun dari Covid 19 bermula di negara kita, memang kami amat pentingkan SOP. Risau tu ada cuma takdelah beria sangat sampai overthinking dan paranoid. Kiranya sentiasa di fasa berjaga-jaga semampu boleh.

Memang elak la segala jenis gathering selagi boleh. Namun, selagi kita di luar, risiko tu tetap ada. Jaga lah macam mana sekalipun, kalau virus ni nak ‘hinggap’ juga, memang dah tak boleh lari dah.

Persediaan raya masa tu memang belum ada. Jadi, sebelum Daddy demam tu, kami ada la ke Bangi untuk cari baju raya semua. Namun malamnya tu, badan Daddy dah semacam. Tekak perit dan suhu pun naik. Jadi, dari malam tu lagi memang dah standby kalau-kalau ada something worst berlaku.

Sahur esoknya tu terus Daddy test dan confirm! Memang +ve covid. (24 April 2022). Masa ni memang dah sebut kat Daddy. Raya KL ke kita semua tahun ni?

Bermula lah fasa kuarantin dan Mommy terpaksa tidur luar je la sebab toilet apa semua dalam master bedroom. Kami sekeluarga masa tu buat test juga. Namun semua -ve.

Mommy terpaksa keluar cari semua barang keperluan dapur dan ubatan. Makanan pun banyak yang order sahaja.

Namun, 3 hari kemudian, 27 April 2022, Hannah pula tetiba demam panas. Ahhh sudah!! Muntah-muntah dah jadi kemestian pula masa tu. Mya pun kena cucuk vaksin dan demam sedikit hari ni. Kami ingat masih ok la masa tu sebab Ariq memang totally fine. Namun, tengah malam tu, baru suhu Ariq mendadak naik. Berhimpunlah semua di depan ruang tamu. Daddy masih kuarantin di bilik.

Esoknya ujian covid dilakukan lagi dan anak-anak -ve. Namun, Mommy sangkut! Huwaaaaa.. Cuma lega lah sikit sebab Daddy dah getting better dan boleh keluar dari bilik.

Anak-anak start sihat selepas 2 hari melepek. Dan masa ni, Mommy pula kaw-kaw teruk. Batuk, selsema, demam dan paling teruk adalah sakit kepala. Air lemon cengkih, air halia semuanya non stop Mommy minum.

Terima kasih buat Kak Sue Izza yang hantar makanan dan ubatan menggunakan Lalamove. Kak Mahani yang hantar Diffenz sesubuh hari. Rakan-rakan pejabat Daddy pun hantar buah-buahan dan minuman khas untuk batuk. Jiran-jiran yang bagi test kit banyak betul buat kami for free. Dan semestinya keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa doakan Mommy. Terima kasih sangat-sangat.

Hari ke 5 baru Mommy -ve namun, Mommy teruskan kuarantin sampai 7 hari. Even raya tu pun dikira dalam kuarantin lah tu.

Pakai baju raya, snap gambar, sambung tidur lepas tu. Hahaha. Mujurlah deria rasa Mommy tak hilang. Selera tu ada alhamdulillah. Cuma tak makan banyak sangat la. Deria bau je yang hilang, memang sengsara juga la sebenarnya.

Thanks to Daddy sebab dia habis kuarantin hari Sabtu dan ada masa hari Ahad sahaja untuk tolong cari baju raya untuk Mommy. Tetiba Malaysia raya Hari Isnin. Memang Raya Terkejut betul.

Badan pun masih lemau dan fragile, memang tak berani la nak balik kampung dan hadap jem yang super worst tu. Sabarlah sekejap. Nanti baru balik kampung.

Batuk Mommy pun dah getting better dan Mommy tak skip makan Diffenz dan air serbuk Halia. Serasi agaknya. Alhamdulillah. Tak sia-sia ada stok. Korang kalau nak amalkan Diffenz dan serbuk Halia juga, boleh beli dengan Mommy (http://ybshehan.wasap.my)

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

2 thoughts on “AKHIRNYA TERMASUK DALAM GOLONGAN POSITIF COVID

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!