Thu. May 12th, 2022
GERFLUX - CARA PANTAS ATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN
Views: 48
Read Time:3 Minute, 27 Second
GERFLUX - CARA PANTAS ATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN

GERFLUX ATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN | Dalam badan banyak angin? Perut rasa sebu, kembung, kentut pun tak puas! Nak buang air besar pun susah! Selalu sembelit.

Bila dah rasa masalah penghadaman macam ni, mula la kurang selera makan. Selalu rasa mual dan loya.

Haaa.. siapa pernah rasa masalah-masalah ini? Hmmm.. Seksa kan?

Adakah itu semua tanda GASTRIK? Atau GERD?

Apa pula beza GERD dengan GASTRIK? Haaa macam sama tapi bukan.

APA ITU GASTRIK?

Bulan puasa ini memang kerap kan dengar orang cakap tak boleh puasa sebab Gastrik. Tahukah anda apa itu Gastrik?

Gastrik (gastritis) adalah keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Istilah ‘gastrik’ yang digunakan bagi merujuk kepada sakit perut ini sebenarnya adalah kurang tepat.

Hal ini kerana ‘gastrik’ bermaksud ‘perut’ dalam bahasa perubatan. Istilah yang betul ialah ‘gastritis.

Namun begitu, disebabkan penggunaannya yang meluas di Malaysia, para doktor juga turut menggunakan istilah ini bagi memudahkan pemahaman pesakit.

Gastrik dan sakit dada adalah berkait oleh sebab kedudukan perut yang dekat dengan bahagian dada. Penyakit ini boleh didiagnos melalui sejarah ianya berlaku, disamping mendapat bukti sokongan daripada ujian makmal dan pengimejan sekiranya perlu.

Simptom GASTRIK

  • Pedih dalam perut
  • Cepat kenyang walaupun hanya makan dengan sedikit
  • Loya
  • Kembung
  • Hilang selera makan
  • Najis hitam/berdarah (gastrik kronik)
  • Muntah (gastrik kronik)

APA PULA GERD?

Jika gastrik tadi terjadi akibat radang di bahagian lapisan perut, GERD pula lebih kepada radang di bahagian esophagus atau salur makan.

GERD pula terjadi apabila asid refluks berlaku dengan kerap  atau lebih 2 kali dalam seminggu sehingga menyebabkan asid menghakis lapisan salur makan.

Simptom GERD

  • Radang atau pedih ulu hati
  • Sakit dada
  • Sukar menelan
  • Batuk kronik
  • Suara lebih kasar
  • Mual
  • Muntah
  • Pening
  • Perut kembung atau berangin
  • Sesak nafas terutama ketika berbaring
  • Sendawa kuat yang berlebihan
  • Kerisauan yang berlebihan (anxiety)

Nampak macam tidak ada kesan yang berat tetapi sebenarnya ia sangat mempengaruhi rutin harian dan mutu kehidupan.

Jangan nafikan hak anda untuk dapatkan rawatan doktor terlebih dahulu. Sebab anda tidak tahu jika simptom-simptom di atas adalah petanda penyakit yang lebih bahaya.

Hilang nikmat tau kalau tak dijaga dari sekarang. Dibuatnya perlu berpantang makanan itu ini. Sedih! Bila dah sakit macam ini, memang mengganggu urusan harian. Jagalah pemakanan anda.

LAIN : BACA CARA HILANGKAN EYEBAG DENGAN BAHAN DAPUR

GERFLUX ATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN

Jangan risau. Mommy sarankan anda cuba Gerflux, produk yang mempunyai herba istimewa untuk atasi isu angin dalam badan ini.

Bolehkah Gerflux bantu atasi masalah-masalah di atas? Ini bergantung kepada bahan yang digunakan dalam supplemen atau makanan tambahan yang diambil.

Bahan utama dalam GERFLUX adalah rumusan esktrak Black Garlic yang dibawa khas dari Jepun. Kenapa Black Garlic bagus?

  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Nyah toksin dalam badan
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengawal gula dalam darah untuk pesakit Diabetes

Dan ramuan lain turut mempunyai kelebihan tersendiri dalam menangani masalah angin dalam badan, penghadaman dan masalah pencernaan ini.

KELEBIHAN GERFLUX DAN CARA PENGAMBILAN

Antara kelebihan Gerflux jika anda ambil sekarang adalah :

  • Melegakan ketidakhadaman
  • Melegakan kembung perut
  • Melegakan Gastrik & Gerd
  • Melegakan sakit kepala & migrain
  • Melawaskan proses pembuangan

GERFLUX mudah sangat disediakan kerana anda boleh pilih untuk kemam atau bancuh dengan air sebanyak 30ml.

Packaging juga memudahkan pengguna sebab ia berbentuk sachet kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Termasuk jika berbuka puasa di luar. Mudah kan?

Mommy prefer pengambilan secara bancuhan kerana ekstrak orennya lebih terasa bila minum bersama air. Sedap!! Namun, disarankan sekali sekala cubalah kemam kerana kesannya lebih cepat dan ketara berbanding bancuh.

GERFLUX mendapat kelulusan KKM namun tidak perlu berdaftar dengan PBKD kerana dikategorikan makanan tambahan dalam pengkelasan produk, jadi anda tidak perlu risau.

GERFLUX boleh diambil dari seawal usia 14 tahun namun tidak sesuai untuk pesakit kronik.

TESTIMONI PENGGUNA GERFLUX

Kalau kita shopping kat mana-mana pun, mesti nak baca testimoni dulu kan? Gerflux pun dah banyak review dan testimoni tentang keberkesanannya tau.

Mommy sendiri pun sebagai pengguna memang puas hati sangat sebab perut dah tak sebu walaupun makan banyak. Jadi, tiada masalah la bulan puasa ni. Sistem penghadaman pun dah getting better. Harapnya lepas ni isu buncit tiada la. Hahaha.

KAT MANA NAK BELI GERFLUX?

Untuk lebih maklumat lanjut, anda boleh rujuk Facebook dan Instagram Gerflux Official. Link pembelian terus juga Mommy sertakan di bawah.

Facebook : GerFlux Official

Instagram : GerFlux Official

Belian Terus : https://bizapp.la/infogerflux

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
100%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

6 thoughts on “GERFLUX – CARA PANTAS ATASI MASALAH ANGIN DALAM BADAN, PENGHADAMAN DAN MASALAH PENCERNAAN

  1. Oo baru tahu tentang Gerflux. Menarik jugak sebab bila baca khasiat tu cam teruja lak nak try. Mana tau lepas try badan jadi ringan ke. Sedap sikit nak buat koje

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!