Fri. May 13th, 2022
Views: 16
Read Time:1 Minute, 58 Second

Bulan puasa ini masuk bulan ke 3 Hannah ikuti tuisyen online di Fly High Education Centre (rebrand dari nama #FlyHighTrainingCentre) ini. Dan sehingga kini, Mommy respek dengan komitmen pusat tuisyen ini dan guru-guru yang terlibat.

Nak tahu kenapa?

Reminder tentang kelas tuisyen diberikan setiap awal pagi dan juga sebelum kelas. Link Zoom Meeting untuk setiap kelas juga turut diberikan untuk memudahkan ibubapa pantau pelajar.

Setiap bahan untuk subjek turut diberikan setiap kelas melalui Telegram dan pelajar lebih bersedia sebelum kelas bermula.

Dan jika pelajar tidak dapat mengikuti kelas tersebut, rakaman subjek akan diberikan. Jadi, anak-anak tidaklah ketinggalan kan?

TERLALU AWAL KE UNTUK TUISYEN?

Tidak. Dari sekarang perlu bersedia. Apatah lagi Hannah memasuki Darjah 6 tahun ini. Dah 2 tahun tidak dapat bersemuka di kelas, pasti ada banyak yang perlu Hannah kejar. Jadi, Mommy nak pastikan Hannah sentiasa bersedia.

Syukurlah tiada lagi penggiliran kelas untuk Tahun 6. Sebab hanya kita ibu bapa boleh tahu kemampuan anak bila belajar secara PDPR ini.

Mommy tengok cikgu-cikgu yang mengajar pandai tackle student untuk sentiasa aktif dalam kelas. Sebab Mommy sentiasa dengar Hannah respon. Dalam bulan puasa ni, lagi lah mencabar. Kelas di siang hari, malam tuisyen pula. Mencabar tau. Mata pun layu je. Tapi, alhamdulillah Hannah ok.

Setiap kelas biasanya dimulakan dengan kuiz. Hannah paling excited bila dapat buat paling pantas dalam kuiz-kuiz tersebut.

PUSAT TUISYEN DI BAWAH SATU BUMBUNG

Kalau anda ikuti Facebook dan Telegram mereka, memang banyak sangat kelas-kelas dan bengkel yang disediakan oleh Fly High Education Centre ini. Bukan sekadar untuk sekolah rendah, malah tumpuan turut diberikan untuk pelajar yang mengambil KAFA di sekolah agama dan juga pelajar di sekolah menengah. Jangan tak tahu, pra sekolah pun ada tau.

Yang pasti, yuran mereka adalah mesra poket.

Kelebihan FLY HIGH EDUCATION CENTRE

  • Barisan tenaga pengajar KPM yang cemerlang
  • Program yang menyeluruh meliputi semua mata pelajaran
  • Menepati silibus KPM dan pentaksiran bilik darjah
  • Guru dan tutor berpengalaman dan berkelayakan
  • Sesuai dengan kehendak semasa (PDPA – Pengajaran Dan Pembelajaran Alternatif)
  • Pembelajaran norma baharu kepada pendidikan luar bilik darjah (Aplikasi On Line)

Ini antara kelas dan bengkel yang ditawarkan sepanjang April ini.

TERBUKA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Jom sama-sama dengan Hannah belajar di Fly High Training Centre bersama barisan tenaga pengajar KPM yang cemerlang.

Sebarang Pertanyaan & Penyertaan Boleh WhatsApp no dibawah

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!