Fri. May 13th, 2022
BARANG KEPERLUAN KUCING YANG PERLU DIBELI.15
Views: 55
Read Time:7 Minute, 59 Second

Beli barang kucing mudah ke? Apatah lagi buat Mommy yang pertama kali bela kucing. Banyak kena research dan bertanya. Tak pernah terdetik langsung nak bela kucing sebenarnya. Malah, Mommy amat geli dan penakut dari kecil lagi kalau ternampak kucing. Dan banyak kali juga la tersepak kucing sebab terkejut. Haha. Maafkan Mommy yang tak sengaja.

BARANG KEPERLUAN KUCING YANG PERLU DIBELI.15

Semua perkara ini terjadi selepas Mommy balik ke kampung selama 2 minggu akhir tahun lepas. Dah lama sangat tak balik kampung, jadi Mommy spent time untuk balik lebih lama semasa cuti sekolah.

Dan ketika inilah, ada seekor kucing yang berjaya membuka hati Mommy. Kucing yang dinamakan Tam oleh mak dan abah, buat Mommy mula rasa lembut hati dan terima kenyataan yang sebenarnya kucing adalah makhluk Allah yang manja.

ADOPT BABY MYA

Alhamdulillah, rezeki Mommy bila Daddy inform yang rakan sepejabat nak bagi anak kucing yang bakal dilahirkan kepada kami. Pada mulanya, kami rancang untuk adopt once putus susu. Tapi, baru 1 bulan Mya dilahirkan, kami dah adopt.

Puncanya tak tahan bila hari-hari Ariq Emir asyik tanya soalan sama, bila nak ambil kucing. Letih weh! Kami standby sahajalah barang siap-siap just in case.

Dan benar, memang awal kami terpaksa pisahkan Mya dengan ibunya.

Mya lahir 30.12.2021. Kami adopt pada 6.2.2022. Persiapan boleh dikatakan lengkap, termasuk susu kambing untuk gantikan susu ibu Mya.

Oh ya. Sebelum nama Mya diberi, memang ada macam-macam cadangan nama sehingga mengambil masa selama sehari. Haha. Akhirnya pada 7.2.2022 Mommy tergerak hati menggunakan nama Mya. Yes, macam nama glemer Mommy juga kan. Myapilot! Alhamdulillah Daddy approved!

Ibu Mya dari baka Bengal, Ayah Mya pula dari baka Maine Coon.

BARANG KEPERLUAN KUCING YANG PERLU DIBELI

Ada beberapa item yang Mommy senaraikan hasil perbincangan bersama ‘mak ayah kucing’ yang lebih berpengalaman dalam group² Tele & Wasap Mommy. Termasuk kakak² Mommy yang dah lama membela kucing.

Terima kasih sebab bantu Mommy dari awal sebelum adopt sampai sekarang. Tanya lah apa sahaja, mesti ada jawapan.

Mommy listkan di sini antara barang yang wajib ada. Jom beli barang kucing!

Sangkar kucing

Untuk pertama kali adopt kucing, ramai sarankan Mommy untuk kurung terlebih dahulu selama 3 hari atau 1 minggu untuk anak kucing ini belajar biasakan diri untuk kencing berak di tempat yang disediakan. No choice. Hati kena kental walaupun dia berbunyi.

Ada la beberapa kali Mya terlepas kencing di luar kawasan kerana tidak suka Tofu, sebelum Mommy tukar ke pasir. Hmm.

Lama juga Mommy biarkan dia tidur di dalam cage especially waktu malam. Dan Mommy hanya benarkan Mya bebas dari cage sepenuhnya pada 8.3.2022. Tempat pilihan Mya untuk tidur waktu malam adalah kerusi belajar kakak Hannah.

Mommy sarankan korang ambil saiz lebih besar dari yang Mommy beli ini. Beli 3 tingkat ke. Better. Kucing cepat membesar.

Susu kambing dan botol susu

Untuk kisah kali pertama adopt baby kucing yang masih menyusu, ini memang solution terbaik. Beli saja botol susu dan susu kambing di Pet Store. Jangan segan nak bertanya jenis mana yang sesuai. Inshaa Allah mereka akan membantu.

Tofu Cat Litter

Ramai guna brand ini, tapi Mommy terpaksa simpan sahaja dulu memandangkan Mya tak suka Tofu. Sekarang Mommy gunakan jenis pasir dan tidak meninggalkan bau busuk dalam rumah. Cuma bezanya Tofu boleh direct flush, sedangkan pasir tidak. Perlu buang secara manual ke dalam tong sampah. Huhu.

YANG PENTING, MENYERAP BAU!

Litter Box

Mommy beli 2 jenis. Satu yang besar, dan satu lagi saiz x-small (). Buat masa sekarang, Mommy gunakan yang saiz kecil ini. Tapi, percayalah. Agak besar. Haha. Tapi cepat je Mya biasakan diri.

Cari lah yang siap percuma scoop. Lebih untung.

Eva Mat pula digunakan sebagai pelapik untuk elak sebarang pasir bersepah di lantai.

Bekas Makanan

Ramai bagi pendapat untuk gunakan bekas ceramic. Untuk permulaan, Mommy cuma beli bekas plastik terlebih dahulu. Dan Mommy akan isi secara manual, sebab kebanyakan bekas makanan jenis refill mudah masuk angin.

Makanan

Untuk makanan, since Mya masih baby, Mommy beli kibbles Royal Canin Mother & BabyCat dahulu. Bila dah berusia 4 bulan ke atas, boleh la bertukar ke RC Kitten.

BARANG-KEPERLUAN-KUCING-YANG-PERLU-DIBELI

2 kali seminggu, Mommy hidangkan wetfood buat Mya. Actually risau juga masa mula-mula bagi wetfood ni. Kebetulan masa Mommy balik kampung awal bulan 3 baru ni, Mommy jamu wetfood.

Kesian dia. Tetiba cirit birit. Staff Pet Shop agak mungkin wetfood pilihan Mommy mempunyai goat milk tu adalah punca. Next time jangan ambil ada campuran susu.

Terus Mommy tukar brand Sheba pula.

Beg Kucing / Carrier

Pada Mommy, kedua-duanya perlu ada mengikut keadaan. Carrier sangat berguna ketika Mommy travel jauh baru-baru ini, ke Kedah dan PD. Mya pun tenang dan selesa dalam kereta yang bergerak.

Mainan Kucing

Rezeki Mya bila ada seorang sahabat Mommy, kak Smurf hadiahkan Mya mainan Infinity Pink ni. Comel sangat. Ralit Mya main sampai letih. Mommy ada juga beli beberapa mainan di Mr Diy, pilihan Hannah & Ariq.

Cat Tree

Sesetengah orang fikir Cat Tree ini membazir. Namun, bagi Mommy, kalau dia boleh mencakar, melompat dah bermain di sini, why not?

Mommy beli di pet store bersebelahan Klinik Vet Kitty di TTDI Groove Kajang. Harga RM155 gitu. Murah pada Mommy.

BELI BARANG KUCING

Mya siap tidur di sini dengan penuh gaya sekali.

Urine Off

Once Mya tercicir kencing di luar litter box, Mommy nyatakan kegusaran ini kepada jiran Mommy. Jiran Mommy cadangkan untuk beli Urine Off untuk hilangkan marking tempat mereka terkucil tu. Mujurlah wangi, kemain banyak tempat Mommy spray termasuk sofa dan celah-celah dinding.

Nak kata mujarab tu, bukan 100% la. Tapi boleh la cuba. So far, dah tak terkucil merata dah.

BELI BARANG KUCING

Ear Oil

Untuk yang tak tahu, kadang-kadang kucing ni suka menggaru di muka. Perasan tak? Boleh check dalam telinga, kadang-kadang ada ear mite yang mengganggu kucing dan memang jelas seperti kotoran telinga. Mommy gunakan ear oil ini untuk 3 hari straight buat kali pertama, dan jika berterusan, boleh la letak seminggu sekali.

BELI BARANG KUCING

Syampoo

Mya berubah berat dengan cepat dalam tempoh sebulan. 8.3.2022 Mya dah 1.08kg. Umur Mya pula dah 2 bulan lebih. Jadi, Mya layak untuk mandi. Terus Mommy cari syampu di Pet Wonderland di Evo Mall Bangi.

Baunya wangi sangat. Suka la bau pomegranate ni. Rasa nak bagi mandi hari-hari. Risau juga pada mulanya. Sebab Mya tak pernah mandi. Mommy pastikan kuku dah kurang tajam, dan air suam digunakan untuk proses mandi manda ini. Boleh juga beli net/cage khas untuk elak kucing mencakar.

Barang-barang lain pun boleh ready sebab tak mahal pun memasing. Boleh cari di pet store / shopee. Rajin compare harga, anda akan untung.

Beli barang kucing ni tak perlu sekaligus. Boleh beli sikit-sikit ikut kemampuan.

KESIHATAN KUCING

Nak bela kucing, bukan sekadar bagi makan minum dan main sahaja dan beli barang kucing basic semata. Perkara ini memang Mommy Daddy kena fikir panjang sebelum decide untuk adopt kucing.

  • Vaksin
  • Pemandulan
  • Ubat cacing
  • Vitamin

Semua perkara di atas memang Mommy akan pastikan dibuat bila tiba waktu sesuai. Memandangkan baru-baru ini kami pernah ke klinik Vet Kitty’s Care, TTDI Groove Kajang, Mommy rasa memang akan menten di sini lah untuk semua kes.

PENGUDARAAN

Selain buka tingkap / sliding door, Mommy sarankan korang guna Penapis Udara D Model Cuckoo macam Mommy ni. Pengudaraan 360 darjah. Mommy sendiri jual tau. Call me. Penapis Udara kena masuk dalam senarai beli barang kucing kita.

BELI BARANG KUCING

Kebersihan dalam rumah pun penting. Mommy akan mop dan vakum setiap hari. Tak penat pun sebab guna robot vakum. Hehe. Mommy juga sentiasa sterilized udara dan kawasan kucing bermain.

KENAPA KUCING SUKA GIGIT?

Pertanyaan ini memang terdetik ketika Mommy cuba bermain-main dengan Tam di kampung. Tetapi gigitannya tidak lah menyakitkan malah lebih kepada cubaan bermanja. Dan perkara ini sebenarnya adalah normal apatah lagi Tam masih kecil ketika itu.

Daripada bacaan Mommy, kucing bijak dalam menggigit dan mencakar secara lembut kerana ini adalah cara mereka bermain dan mungkin cuba meminta perhatian kita. Namun, bosan, ketakutan, marah dan kesakitan juga mungkin menjadi salah satu faktor mereka menggigit.

Juga lapar! Ini terbukti. Hehe.

Berbeza dengan kucing dewasa yang kadangkala agak kasar mungkin kerana ini adalah respon terhadap ancaman atau mereka tahu dengan cara begitu mungkin kita akan berhenti ‘mengancam’ mereka. Contoh : cubaan memotong kuku. Hehehe..

Jadi, banyak guna tips yang Mommy baca untuk mengelakkan mereka dari terus menggigit kita. Salah satunya adalah dengan menawarkan mainan yang sesuai untuk digigit berbanding membiarkan tangan atau kaki kita digigit. Dan semestinya jangan berkasar dengan mereka. Guna tangan untuk membelai sahaja.

Erm.. apa lagi ya nak tulis? So far ini sahaja dulu kot. Ini pun dah panjang gila entry. Hihi.

THANK YOU DADDY, HANNAH, ARIQ SEBAB BAGI KERJASAMA DAN KASIH SAYANG KEPADA BABY MYA. Daddy, Love u so much. Beli macam-macam barang kucing untuk Mya.

BTW, siapa yang nak Mommy & Baby Mya review produk, boleh saja. Not free review tau. Haha. #MyaTheCatReview adalah official review kami.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!