Thu. May 12th, 2022
FLY HIGH TRAINING CENTRE KELAS TUISYEN ONLINE TAHUN 6 2022
Views: 31
Read Time:1 Minute, 52 Second

FLY HIGH TRAINING CENTRE – KELAS TUISYEN ONLINE FOKUS A TAHUN 6 ELITE 2022 | Dari tahun lepas Mommy dah tekad nak cari kelas tuisyen once Hannah masuk darjah 6. Dan kali ini nak cari tuisyen yang 100% fokus subjek teras.

Dan rezeki Mommy bila ada seseorang dalam team #KBBA9 memang orang penting pusat Tuisyen ini, malah KBBA9 boleh dikatakan selalu juga viralkan kelas tuisyen ini.

Dan beberapa sahabat Mommy yang juga team #KBBA9 turut daftarkan anak di pusat tuisyen di sini. Ini semua menguatkan semangat Mommy untuk cuba.

FLY HIGH TRAINING CENTRE

Pusat tuisyen yang Mommy maksudkan adalah Fly High Training Centre. Ramai ibu bapa yang dah daftarkan anak-anak ke sini secara online. Dan banyak sangat subjek yang ditawarkan bukan sahaja untuk sekolah rendah, KAFA, malah subjek untuk pelajar sekolah menengah pun ada.

Mommy hubungi Puan Fieda Ali bertanyakan tentang jadual tuisyen untuk pelajar yang bakal menduduki Tahun 6 pada tahun ini. Dan ini saranan Puan Fieda untuk Hannah.

FLY HIGH TRAINING CENTRE

Lagipun hanya 50 pelajar sahaja dalam kelas fokus ini. Mudah sikit cikgu bagi perhatian kan?

Tanpa fikir panjang, Mommy setuju untuk join program tuisyen ini memandangkan Hannah jarang ada apa-apa aktiviti waktu malam selepas waktu sekolah. Daripada membuang masa, lebih baik dia masuk kelas tuisyen online ni. Lagipun masa kelas cuma 1 jam atau 1 jam setengah sahaja.

PROGRAM FOKUS A TAHUN 6 ELITE 2022

Dan malam ini adalah malam pertama Hannah join Kelas Bahasa Inggeris bersama Teacher Manisah. Hannah nampak aktif menjawab persoalan Teacher.

Mommy harap sangat Hannah konsisten dan fokus betul-betul kali ini dalam pelajaran.

Cara paling tepat untuk elak Hannah kurang fokus : pasang kamera. Hahaha. Confirm dia memang tak gerak ke mana-mana. Mommy siap letak green screen untuk elakkan dari nampak sesuatu yang tak perlu ditunjukkan. Almaklumlah ramai penghuni rumah lalu lalang kan.

Mommy harap, peluang emas seperti ini digunakan oleh anak-anak sehabis baik dan kembali fokus dalam pelajaran. PKP dah banyak buat anak-anak ketinggalan dalam pelajaran. Jadi, mungkin ini jalan terbaik untuk naikkan semangat anak semula. Inshaa Allah.

Andai ada ibu bapa yang berminat untuk daftarkan anak di Fly High Training Centre ini, boleh la hubungi wakil di bawah :

Facebook : Flyhigh Training Centre

Jom join daftar sekali.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

3 thoughts on “FLY HIGH TRAINING CENTRE – KELAS TUISYEN ONLINE FOKUS A TAHUN 6 ELITE 2022

  1. Menarik betul green screen tu she, tak pernah terfikir dek akal buat macam tu. Bagus lah anak boleh tumpu dan fokus betul2 belajar. Good job hannah, you can do it!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!