perkampungan hang tuah

TEMPAT MENARIK DI MELAKA 2021 – PERKAMPUNGAN HANG TUAH

Views: 152
Read Time:2 Minute, 28 Second

TEMPAT MENARIK DI MELAKA 2021 – PERKAMPUNGAN HANG TUAH | Part 2 – Sambungan dari Part 1, Mommy nak share satu tempat menarik yang menarik untuk dilawati.

PERKAMPUNGAN HANG TUAH / MUZIUM HANG TUAH

Jujurnya Mommy memang tak tahu kewujudan perkampungan ini. Mungkin juga lack of research tempat menarik di Melaka selama ini. Jadi, kali ini terasa nak research kejap dan terjumpa lah Perkampungan Hang Tuah ini.

Perkampungan Hang Tuah yang turut dipanggil Hang Tuah Equine Centre ini terletak di Kampung Duyong, Melaka. Dan rupanya, macam-macam aktiviti boleh dibuat di sini.

Mungkin masa Mommy pergi tu, mereka baru sahaja ‘aktif’ semula selepas lama MCO kan?

TIKET MASUK PERKAMPUNGAN HANG TUAH

Seperti yang korang tengok gambar ni, harga tiket masuk ke sini :

Warganegara

  • Dewasa RM5
  • Pelajar / Kanak-kanak RM3
  • OKU FREE

Pelancong asing

  • Dewasa RM10
  • Kanak-kanak RM5

Tempat ini dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang.

TIPS : Nasihat Mommy, bawa lah kipas kecil, topi atau payung jika korang ke sini.

MUZIUM HANG TUAH

Jom masuk muzium terlebih dahulu. Kalau masuk ke sini, kita boleh baca semua sejarah Hang Tuah Lima Bersaudara. Siap ada lukisan yang cantik-cantik tau.

Suasana memang tenang, selesa, kemas dan luas. Dan anak-anak pasti teruja jika kita mengajak mereka untuk membaca sejarah lama di sini.

PERKAMPUNGAN HANG TUAH

Sejurus keluar dari muzium, Mommy sekeluarga melawat sekitar perkampungan ini.

Dalam perkampungan ini terdapat rumah-rumah Melayu Melaka dan setiap satunya diberi nama sempena nama sahabat seperjuangan Hang Tuah.

Tetapi ketika Mommy di sini, Mommy tak pasti samada rumah-rumah ini boleh dimasuki. Ada beberapa kawasan yang masih dinaiktaraf.

Tapi, dari pembacaan Mommy, banyak juga aktiviti yang boleh dibuat di sini seperti menunggang kuda, bersilat dan sebagainya. Mungkin Mommy bukan ‘on the right timing’ kot. Mungkin juga sebab dah lama ditutup dek MCO.

Di dalam kawasan ini juga terdapat artifak sejarah perkembangan Melaka. Banyak yang korang boleh tengok di sini cuma Mommy rasa kawasannya yang jauh dari town, mungkin tak ramai yang tahu dan datang ke sini. Sebenarnya perkampungan ini hanya mengambil masa 20 minit dari Bandar Hilir. Namun tidak banyak tarikan lain di kawasan ini selain Perigi Hang Tuah berdekatan.

PERIGI HANG TUAH

Jika dah datang ke perkampungan Hang Tuah ini, haruslah menjejakkan kaki ke Telaga Hang Tuah pula. Ianya terletak berdekatan dengan perkampungan ini. Just a way drive gitu.

Menurut sejarah, perigi ini digali oleh Hang Tuah untuk kegunaan sendiri. Dan telaga ini hanya kecil dan lama-kelamaan ia menjadi besar dan dalam. Perigi ini juga dikatakan tidak pernah kering airnya walaupun Melaka dilanda kemarau.

Mommy harap tempat begini sentiasa terjaga sebab ini adalah salah satu tarikan pelancongan di Melaka.

NAK STAY DI MELAKA?

Jika korang berminat untuk menginap di Melaka, Mommy cadangkan korang ke Bayou Lagoon Resort. Selain tempat yang strategik, korang boleh gembirakan anak-anak dengan adanya waterpark di sana.

Dan yang paling untung, korang tak perlu cari orang lain. Cari je Mommy.

Mommy kan ejen Homestay #JUNIKASTAY di Bayou Lagoon Resort. DM je Mommy ya (http://ybshehan.wasap.my)

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
100%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

5 thoughts on “TEMPAT MENARIK DI MELAKA 2021 – PERKAMPUNGAN HANG TUAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *