LIFESTYLE

KEDAI CERMIN MATA MURAH DAN VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA KL

Setiap tahun, Daddy akan buat spek baru. Tahun lepas, dia ada buat spek berdekatan dengan rumah. Dan harganya memang mahal untuk FRAME sahaja (branded katanya).

Plus, tak dapat nak pergi ke mana-mana sebab kes Covid lah. 2020 memang stay at home sahaja. Terpaksalah!

Tetapi, tahun ni Mommy dah suruh Daddy get ready untuk buat spek baru di kedai yang pernah kami buat sebelum ni, di Sungei Wang Plaza. Lebih murah. Nak branded pun boleh, dijamin murah dari biasa.

Kalau korang nak cari kedai spek di KL, Mommy sarankan korang ke kedai ini.

EYE PRO VISION, SUNGEI WANG KL

Berada di tingkat Ground Floor, korang boleh cari Lot G111. Paling penting, korang masuk je, cari Mr William. Kalau ada, korang berada di kedai yang betul. Totally recommended by Mommy!

Cara nak ke sini pun mudah. Samada naik kereta, parking di basement Sg Wang juga, atau naik MRT. Sangat mudah! Musim begini, sebaiknya naik kereta lah. Parking pun bukannya susah.

PELBAGAI PILIHAN DENGAN HARGA SERENDAH RM65

Yes. Memang banyak pilihan bingkai di sini. Sampai rambang mata jadinya.

Banyak kan? Design semuanya up-to-date dan funky belaka. Korang pilih je nak jenis mana. Dari sekecil ngam-ngam saiz mata korang, sehinggalah penuh kelopak mata haaa. Siap boleh cover eyebag mata korang, kalau nak.

Selain design yang cantik, sesetengah spek juga tahan lasak. Kalau korang dah tak tahu mana yang nak pilih, korang boleh tanya jer kat Mr William. Sesuaikan dengan gaya lifestyle masing-masing.

May be an image of 1 person and glasses

PATUTLAH VIRAL!

Harganya memang murah. Bermula RM65 sahaja gais! Untuk bingkai dan cermin multicoated. Harga ini apply kepada semua jenis ‘power’ sehingga 400. Wah.. Boleh tukar spek tiap-tiap bulan kot?

ALPHA BLUE 420 LENS

Daddy pernah buat spek di sini 3 tahun lepas, dan pilihan kami semestinya dengan kanta Alpha Blue 420.

Apa kelebihan Alpha Blue 420 Lens ini?

  1. Kalis calar
  2. Tahan lasak
  3. Kalis air
  4. Tidak mudah pecah
  5. Tiada silau langsung
  6. 100% menghalang sinar biru dan ultra ungu menembusi kaca mata korang
  7. Harga berpatutan dan mampu milik

Ia sesuai untuk siapa?

  1. Silau malam
  2. Selalu menggunakan smartphone, laptop, komputer
  3. Perlukan 100% perlindungan daripada sinar biru dan ultra ungu (UV420)

BERAPA HARGA KESELURUHAN?

Masih mampu milik gais. Harga yang seperti Mommy cakap awal-awal tadi kan RM65. Korang perlu tambah RM60 sahaja menjadikan total hanya RM125 untuk memiliki spek yang berkanta Alpha Blue 420 ini. Harga ini masih maintain dari Mommy pertama kali datang 3 tahun lepas. Bagus kan?

Mommy rasa macam kena buat untuk Mommy juga la. Kerap sangat silau sekarang. Dah la 24 jam hadap laptop dan fon!

NAK BUAT SPEK, DATANG KE EYE PRO VISION SG WANG INI

Kalau orang tanya Mommy, memang ini sahaja tempat yang Mommy sarankan. Kalau korang pergi, jangan lupa cari Mr William (016-3771304) dulu tau. Takut salah kedai pulak kang.

Ini alamatnya : EYE PRO VISION , G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR

Jom tukar spek!