LIFESTYLE

BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Pendaftaran akan dibuka bermula pada 15 Februari 2021. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang http://anis.yawas.my

Pemberian manfaat secara one-off dengan had maksima sehingga RM5,000 bagi satu keluarga.

Terdapat 4 jenis bantuan bagi program ANIS iatu bantuan makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan , ubat-ubatan dan juga pendidikan iatu terapi atau kelas khas bagi anak OKU.

PENGENALAN BANTUAN ANIS

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.

YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

SYARAT DAN KELAYAKAN

Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan).

Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor.

Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah.

Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU).

Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.

CARA PERMOHONAN

Pemohon boleh memohon secara atas talian (http://anis.yawas.my/k_anis/anis/online.php)

Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

Permohonan boleh dihantar kepada :

   i. Emel daftaranis@gmail.com 

   ii. Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran

   iii. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor

DOKUMEN DIPERLUKAN

Salinan kad pengenalan pemohon.

Salinan kad pengenalan pasangan.

Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU

Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).

Salinan kad pengenalan anak istimewa

Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)

Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor

Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)

Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)

 Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my