BEAUTY, LIFESTYLE

PENGALAMAN BUAT RAWATAN MICRODERMABRASION DAN HIFU DI KLINIK DR BAZILAH, BANGI

Memiliki kulit cantik dan bersih dari sebarang cela, semestinya impian setiap wanita. Kalau bulan lepas Mommy dah buat rawatan PRP, bulan ini Mommy nak cuba buat rawatan lain pula.

Fokus Mommy lebih kepada ‘maintenance’ untuk wajah Mommy. Buat macam-macam treatment, jangan pula lupa untuk buat rawatan facial. Pencuci muka sahaja tidak cukup bagi Mommy.

Dan based on recommendation dari dua tiga orang sahabat, termasuk review yang Mommy baca, Mommy memilih Klinik Dr Bazilah yang terletak di Bangi.

KONSULTANSI DENGAN DOKTOR

Masih memikirkan rawatan apa yang sesuai untuk wajah Mommy, Mommy dapatkan konsultansi bersama Dr Bazilah sendiri.

Dan selepas meneliti wajah Mommy, Dr Bazilah mencadangkan untuk mencuba rawatan Microdermabrasion dan juga HIFU.

Fuh.. waktu Mommy menulis ni pun, Mommy tengah urut pipi. Ecewah. Teruja pula nak cerita kat korang.

PROSES RAWATAN MICRODERMABRASION

Rawatan dimulakan dengan deep cleansing. Segala makeup dan kotoran perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.

Selepas muka Mommy dicuci sebersihnya, barulah proses rawatan Microdermabrasion dimulakan.

Rawatan Microdermabrasion atau juga dikenali sebagai Diamond Peel yang menggunakan kristal mikro ini akan buang segala sel-sel kulit mati (exfoliate), mengecilkan pori dan menghasilkan ruang sel-sel yang lebih sihat kepada kulit kita.

Segala whitehead dan blackhead dikeluarkan melalui proses microdermabrasion ini. Kemudian, muka kita akan melalui proses scrubber pula. Kikis dan korek habis-habis gais. Puas rasa!

Tetapi, kalau ada jerawat yang baru nak masak, jangan picit tau. Letak krim je nanti.

Kalau korang urut-urut kat hidung tu, kalau rasa kasar tu, eloklah buat treatment sebegini. Lepas tu korang akan rasa perbezaan. Licin weh!

*iphone memang tiada filter beauty ya. so ini adalah kulit yang sebenar.

PROSES RAWATAN HIFU

HIFU treatment (High Intensity Focused Ultrasound) pula adalah rawatan yang menggunakan teknologi ultrasound untuk pertumbuhan kolagen dan menegangkan kulit wajah.

Untuk treatment ini, Dr Bazilah sendiri yang buat. Sambil merawat, segala info dijelaskan oleh doktor secara terperinci. Dan ia sangat sesuai untuk Mommy yang dah ada “double chin” nih. Kiranya nak “V-Shape” lah gitu. Hihi.

Rawatan dimulakan dengan HIFU treatment di bahagian dagu Mommy. Rawatan ini sebenarnya bukan di dagu sahaja tau. Satu muka pun boleh.

Kelebihan rawatan ini adalah ia tidak menggunakan sebarang jarum suntikan ye, merupakan alternatif selain pembedahan dan tiada down-time.

Selain itu, ia juga boleh membantu menaikkan pipi (kaedah lifting) dan melembutkan kulit kita.

Kemudian diikuti dengan kaedah lifting untuk menaikkan pipi dan kulit kita yang mungkin kendur.

Langkah seterusnya iaitu co-theraphy. Sejuk gais. Co-theraphy ini menggunakan aloevera untuk ‘soothing’ semula kulit Mommy selepas buat semua rawatan hari ini.

Kemudian Mommy dipakaikan sheet mask selama 10 minit dan sunblock sebelum rawatan ini tamat.

PENDAPAT MOMMY

Untuk rawatan Microdermabrasion, Mommy terasa kelainan di wajah kerana rawatan ini berjaya buat kulit Mommy rasa licin dan lebih lembut. Namun, tips penjagaan asas lain tetap wajib dibuat untuk kesan yang lebih lama. Terutamanya pemakaian sunblock di wajah.

Rawatan susulan sebaiknya dibuat untuk kesan lebih efektif. Itu yang Mommy boleh rumuskan bagi rawatan seperti HIFU. Tiada rasa sakit pun, jadi jangan risau.

Kalau korang nak tahu harga rawatan, Mommy sarankan korang DM jer IG Klinik Dr Bazilah dan nyatakan skin concern korang. Atau korang boleh datang sendiri ke klinik dan dapatkan konsultansi tepat dan jelas dari doktor secara bersemuka.

KLINIK DR BAZILAH, BANGI

Sebenarnya ada banyak rawatan yang ditawarkan di Klinik Dr Bazilah ini. Antaranya rawatan untuk pelbagai masalah kulit, aesthetic, lazer, hair removal, HIFU, skin pigmentation, dark circle, dan macam-macam lagi. Korang boleh tengok semua servis mereka di sini.

Btw, Mommy suka interior klinik ini. Kemas dan patuh SOP. Dan yang paling suka adalah warna cat klinik ini. Tenang. Jadi, nak masuk jumpa doktor pun tak panik, kan?

Kalau korang nak ke sini, Waze sahaja “Klinik Dr Bazilah”, terus sampai. Mudah je ke sini. Parking pun banyak.

Dan inshaa Allah, Klinik Dr Bazilah akan membuka cawangan di Seksyen 13, Shah Alam pada Januari 2021.

So, next treatment, apa pula ya? Cantik demi suami, apa salahnya? Hihi.