BEAUTY, LIFESTYLE

MONZO BEAUTE SKINCARE HYDRO SERIES – MY FIRST IMPRESSION

Mommy dah cuba eksperimen kenali jenis kulit baru-baru ini, dan Mommy dapati yang kulit wajah Mommy jenis kering! Dan nak atasi masalah kulit kering ini, selain produk, pemakanan pun kena jaga. Air kosong pun perlu minum!

Terbaru, Mommy ada mencuba 4 jenis produk daripada rangkaian Monzo Beaute Skincare. My 1st impression tentang packaging produk ini adalah cantik dan unik! Terutamanya moisturizer. Korang tunggu Mommy tunjuk nanti.

MONZO BEAUTE SKINCARE HYDRO SERIES

Ada 4 jenis produk dalam Hydro Series ini iaitu :

  1. Hydro Brightening Cleanser
  2. Dermal Aqua Skin Toner
  3. Bio Micro Rejuvenating Essence
  4. Ultra Moist Renewal Gel

Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit. Jom baca pendapat Mommy untuk setiap jenis produk Monzo Beaute Skincare Hydro Series ini.

HYDRO BRIGHTENING CLEANSER

Produk pertama yang Mommy cuba adalah Cleanser ini. Dari segi packaging, ia menawarkan 100ml sebotol. Jadi, boleh tahan sebulan lebih untuk penggunaan setiap hari.

Hydro Brightening Cleanser adalah pembersih berbuih serba guna yang membersihkan jauh ke dalam liang kulit dan meningkatkan penyerapan kelembapan agar kulit tetap lembut dan terhidrat.

Diformulasikan dengan campuran kompleks bermanfaat kulit yang kuat yang menenangkan kulit sambil menghilangkan kekotoran tanpa mengganggu keseimbangan kelembapan semula jadi kulit.

Ia menyegarkan, menghidupkan semula dan menjadikan kulit seimbang untuk jenis kulit berminyak, normal dan kombinasi.

Cara guna

Letakkan sedikit cleanser di tapak tangan. Gosok sehingga berbuih. Urut perlahan ke wajah dengan gerakan bulat dan bilas dengan air dengan bersih.

Pendapat Mommy

Pertama kali Mommy cuba, Mommy terbau seakan sirih. Best pula. Selesa bila menggunakannya. Tiada sebarang iritasi selepas penggunaan cleanser ini.

DERMAL AQUA SKIN TONER

Produk kedua yang Mommy cuba adalah Toner ini. Dari segi packaging, ia menawarkan 100ml sebotol. Sama saiz dengan Cleanser. Boleh tahan lama juga.

Bertindak sebagai langkah kedua dalam mencuci wajah. Dermal Aqua Skin Toner yang diformulasikan khas untuk semua jenis kulit ini boleh menghilangkan kotoran di wajah, sekaligus menstabilkan, mengekalkan dan menetapkan kelembapan kulit dan tahap pH, sambil meningkatkan tahap kelembapan kulit, menjadikan kulit terasa lembut, segar dan terhidrat.

Cara guna

Letakkan sedikit toner di atas kapas dan tekapkan sehingga meresap ke seluruh wajah dan leher selepas mencuci muka.

Pendapat Mommy

Antara perkara yang menakutkan Mommy adalah kesan penggunaan toner yang biasanya akan buat kulit muka Mommy rasa panas. Tetapi berbeza dengan produk ini. Ia menyejukkan, berbau wangi dan selesa menggunakannya.

BIO MICRO REJUVENATING ESSENCE

Produk ketiga yang Mommy cuba adalah Essence ini. Dari segi packaging, ia menawarkan 30ml sebotol. Bio Micro Rejuvenanting Essence ini bertujuan memberikan penghidratan segera dan mendalam untuk kulit yang berseri dan bersinar.

Essence pelbagai fungsi ini dapat membantu meningkatkan sel kulit, merangsang pengeluaran kolagen, meminimumkan garis halus, memperbaiki pori-pori, meringankan pigmentasi yang tidak diingini, menegangkan kulit, mengurangkan keradangan dan kemerahan kulit.

Cara guna

Selepas menggunakan pencuci dan toner, letakkan beberapa titisan essence ke tapak tangan. Tekapkan perlahan-lahan ke bahagian pipi, dahi dan dagu hingga diserap sepenuhnya.

Pendapat Mommy

Sepanjang penggunaan Mommy, essence ini banyak membantu kulit Mommy lebih lembap dari biasa. Mommy sangat jarang menggunakan essence namun kali ini, bila Mommy cuba dan amalkan selama 2 minggu, memang nampak beza. Produk wajib ada dalam rutin penjagaan kulit kita.

ULTRA MOIST RENEWAL GEL

Produk keempat yang Mommy cuba adalah Ultra Moist Renewal Gel ini. Dari segi packaging, ia menawarkan 30gm sebotol. Pelembap ini unik bagi Mommy.

Gel pelembap harian yang sangat menghidrat, meratakan warna kulit dan meningkatkan kecerahan kulit.

Ia mengekalkan kelembapan kulit dengan mencegah kehilangan kelembapan. Dengan teknologi terkini titisan air dalam minyak, Ultra Moist Renewal Gel ini mampu mengunci kelembapan, menjadikan kulit kita bersinar dengan membentuk pelindung pada kulit luar.

Ia sangat ringan dan tidak melekit, menjadikan kulit licin dan lembut serta kekal terhidrat dan kelihatan berseri.

Cara guna

Untuk langkah terakhir ini, sapu pelembap ini ke muka dan leher hingga titisan air muncul selepas beberapa saat. Sapu sehingga meresap ke kulit sepenuhnya.

Pendapat Mommy

Mommy paling suka pelembap ini. Tekstur yang berbentuk krim ini menghasilkan titisan air apabila disapu ke wajah kita. Ia berikan kesan kelembapan kepada kulit kita sepanjang hari.

Maklumat lanjut

Untuk pembelian dan maklumat lanjut, korang boleh layari laman tertera: