BEAUTY, LIFESTYLE

CARA KENALI JENIS KULIT SENDIRI

Sekarang ni banyak betul ya produk baru yang keluar. Ada yang jadi trend untuk kita cuba, ada yang buat kita rasa MUST HAVE, sampai sebenarnya kita pun kurang pasti apa sebenarnya yang kita perlukan untuk penjagaan kulit wajah kita.

Jadi, kat sini Mommy nak kongsi dengan korang PERKARA PALING UTAMA DALAM MENJAGA KULIT WAJAH iaitu dengan cara Kenali kulit sendiri.

Kenali kulit sendiri

Tahukah anda, kita perlu tahu kenal dan memahami keadaan jenis kulit kita, sebelum membeli sebarang produk kecantikan?

Kegagalan mengenali jenis kulit kita terlebih dahulu agak berisiko terutamanya jika salah memilih produk. Ia boleh menjejaskan keseimbangan semulajadi kulit seperti kulit merengsa, jerawat dan sebagainya.

Jenis kulit yang paling biasa adalah kulit berminyak, berjerawat, kering, sensitif dan matang, jadi penting untuk kita kenali kulit kita kerana kadang-kadang kulit kita boleh menjadi lebih dari satu jenis.

Sejak bertambah umur ini, Mommy dapati kulit Mommy lebih kering daripada biasa. Sebelum ini, skincare pilihan Mommy adalah jenis combination. Tetapi kali ini Mommy perlu titikberatkan produk yang sesuai untuk kulit jenis kering (dry skin) ini.

Bagaimana cara nak kenali kulit sendiri?

Mommy pernah jumpa cara mudah untuk bereksperimen dalam mengenali kulit muka kita.

Eksperimen 1 : Kulit Kering (Dry Skin)

Cuba senyum, kerut dahi, muka. Ambil tisu dan lap muka. Kemudian ambil blotting paper dan lap T-zone (dahi, hidung, dagu). Jika waktu gerakkan muka rasa ketat, kemudian pada tisu ada kulit yang flaky tertinggal, minimum or zero oil pd paper, itulah dry skin.

Eksperimen 2 : Kulit Berminyak (Oily Skin)

Ambil 2 helai blotting paper. Helai pertama lapkan T-zone (dahi, hidung, dagu). Helai kedua lapkan pipi, tapi dahi, tepi dagu. Bandingkan kedua-dua helai. Jika minyak terperangkap sama banyak, penuh satu blotting paper, or tak cukup sehelai, itulah oily.

Eksperimen 3 : Kulit Kombinasi (Combination Skin)

Guna 2 helai blotting paper, lapkan sehelai pada T-zone dan sehelai lagi pada pipi. Bandingkan kedua-dua helai. Jika helaian pada pipi minimum minyak terperangkap dan T-zone lebih/sangat banyak, juga kalau ada flaky skin tertinggal pada tisu, itu combination.

Eksperimen 4 : Kulit Biasa (Normal Skin)

Jika jumlah minyak terperangkap pada blotting paper selepas anda lapkan muka sangat minimum atau tiada, muka tak rasa ketat, tiada flaky skin tertinggal pada tisu, maksudnya kulit anda normal.

Jadi, sekarang kita dah boleh bereksperimen dulu. Nak lebih tepat, korang boleh jumpa pakar kulit lah ye? Terus dia scan muka korang. Lebih tepat.

Selamat mencuba.