PENGALAMAN BUAT RAWATAN PRP DI DR CHONG CLINIC, SHAH ALAM 11

PENGALAMAN BUAT RAWATAN PRP DI DR CHONG CLINIC, SHAH ALAM

BEAUTY LIFESTYLE

Agak lama Mommy tak ke mana-mana klinik aesthetic untuk buat sebarang rawatan wajah. Kulit Mommy yang dahulunya jenis kombinasi, kini lebih terarah kepada jenis kulit kering.

Mungkin faktor umur, stress dan juga pemakanan. Walaupun Mommy ada pelbagai jenis set penjagaan kulit, tetapi Mommy rasa Mommy tetap perlukan rawatan lain.

Jadi, baru-baru ini, Mommy ke Dr Chong Clinic yang berada di Shah Alam. Klinik ini tak susah pun kalau nak datang, parking pun senang je. Dan ianya dibuka jam 10 pagi.

Sebenarnya ada banyak pilihan rawatan yang ditawar di Dr Chong Clinic ini, antaranya adalah:

  • Permanent hair removal
  • Hair PRP
  • PRP for face
  • PRP for knee, ankle, elbow or shoulder
  • Carbon laser
  • Whitening laser
  • Clatuu slimming
  • Shockwave (z-wave)
  • Pico laser
  • Co2 Fractional Laser
  • Dual Yellow Laser
  • Chemical Peel

Terlebih dahulu, Mommy tengok dulu bagaimana semua rawatan ini dibuat di Instagram mereka. Dan akhirnya, Mommy memilih untuk buat Rawatan PRP di wajah.

KONSULTANSI DENGAN DOKTOR BERTAULIAH

Sebelum kita teruskan rawatan, sesi konsultansi dengan doktor bertauliah perlu dilalui. Konsultansi adalah percuma ya.

Masalah kulit Mommy yang paling ketara adalah maskne. Cepat betul jerawat halus tumbuh di kawasan mask yang Mommy pakai.

Kulit ketara banyak parut akibat jerawat tersebut dan kulit pun kusam dan tak sekata.

Menurut Doktor, rawatan pilihan Mommy iaitu teknik Platelet Rich Plasma (PRP) memang tepat kerana dengan rawatan ini, ia boleh bantu atasi masalah parut, isu liang pori terbuka luas, lingkaran gelap bawah mata, jeragat dan banyak lagi. Yang penting, kulit pun akan makin glow 😍😍

Jangan tak tahu, PRP pun boleh rawat masalah kesihatan lain seperti isu hair loss, knee pain dan macam-macam lagi. Tapi Mommy fokus kat muka je dulu.

Dan tolong ceritakan juga kepada doktor andai korang ada sebarang masalah kesihatan terutamanya mengenai darah, andai korang memilih rawatan seperti Mommy.

PROSES RAWATAN PRP

Untuk permulaan, darah Mommy diambil sebanyak 20 ml, dan akan diproses untuk pengambilan darah kuning (plasma) sahaja.

Kemudian, Mommy dibawa ke bilik rawatan dan wajah Mommy dicuci sebersih-bersihnya. Ini rupa sebelum dicuci.

Selepas dicuci, wajah Mommy diletakkan numb cream untuk memudahkan proses PRP nanti. Takdelah sakit over kalau letak numb cream ini. Tetapi bergantung juga kepada individu. Macam Mommy, agak sakit juga. Huhu.

Kemudian wajah Mommy yang disapu krim kebas ini dibalut dengan plastik untuk kesan lebih efektif.

Selepas 30 minit, proses PRP bermula. Rawatan PRP antara rawatan yang paling selamat kerana menggunakan darah (stemcell di dalam darah) kita sendiri.

Ini kerana di dalam darah terdapat StemCell yang sangat tinggi kandungan protein, collagen, Growth Factor yang mampu untuk membaiki struktur kulit muka yang bermasalah.

Darah yang keluar tu sebenarnya disebabkan jarum yang mencucuk wajah Mommy. Bukan disuntik darah merah yer. Proses ini sekejap jer. Leher Mommy pun turut disuntik.

Dah selesai.

Boleh nampak ke kesan-kesan jarum? Tak sangat pun. Sewaktu proses tu, memang la nampak macam bintat kena gigit semut. Tapi semua tu akan hilang dalam tempoh yang singkat.

TAHAN LAMA KE RAWATAN INI?

Menurut doktor, bergantung dengan lifestyle kita juga. Kalau asyik stress, tidur lewat, makan tak seimbang, pastinya tak lama kesannya. Kalau jaga, kesan rawatan PKP ini akan bertahan lama. Nak lagi padu, kena repeat la kan?

Ralat : Mommy sebenarnya baru dimaklumkan yang rawatan PRP di wajah (tujuan kecantikan) ini tidak sesuai untuk Muslim. Tetapi jika untuk kesihatan, dibenarkan. Maafkan Mommy. Andai ada perbezaan pendapat daripada apa yang Mommy faham, sila maklumkan Mommy ya. Untuk rawatan lain, inshaa Allah tiada masalah.

ANDA BERMINAT?

Jangan risau. Dr Chong Clinic ada 4 cawangan tau. Korang boleh pilih je kat mana yang dekat dengan korang. SEBUT JE NAMA MOMMY – BLOGGER YBSHEHAN – Mana tahu dapat diskaun sikit ke. Hihihi.

➤ Dr Chong Clinic HQ (Kepong)
03-6179 3157 / 018-473 8818⁠
37G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur⁠⁠

➤ Dr Chong Clinic (TTDI)⁠
03-77336002 / 011-27288188⁠
14 & 16, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur⁠⁠

➤ Dr Chong Clinic (Shah Alam)⁠
03-5524 3083 / 018-471 0988⁠
F-G-33, Jalan Ikthisas 14/1, Vista Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor⁠⁠

➤ Dr Chong Clinic (Johor Bahru)⁠
07-559 6110 / 011-5636 6110⁠
49, Jalan NB2 2/2, Taman Nusa Bestari 2, 79150 Iskandar Puteri, Johor Bahru

General Customer Service Line (Appointment) : +6 018-2528088

Website: www.drchongclinic.com
Instagram : www.instagram.com/drchongclinic
Facebook : www.facebook.com/drchongclinic

(Visited 42 times, 2 visits today)

1 thought on “PENGALAMAN BUAT RAWATAN PRP DI DR CHONG CLINIC, SHAH ALAM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *