7 PERKARA BERKAITAN KUARANTIN

7 PERKARA BERKAITAN KUARANTIN

HEALTH LIFESTYLE

Terbaca info yang bagi Mommy agak penting dari twitter Dr Suhazeli Abdullah ini.

Jadi Mommy kongsikan di sini bagi mereka yang tiada Twitter.

7 Perkara Berkaitan dengan Kuarantin

Apa yang perlu diketahui apabila anda diarahkan menjalani kuarantin?

Berikut adalah 7 perkara yang wajib anda tahu mengenai perintah kuarantin.

  1. Anda akan dimaklumkan bahawa status anda adalah “Individu dalam Siasatan” (Person Under Investigation – PUI).
  2. Anda akan diletakkan di bawah pengawasan samada kuarantin di rumah atau di Pusat Kuarantin yang telah digazetkan. Arahan penempatan kuarantin ini adalah dari pihak berkuasa kesihatan negeri (CPRC). Atas kebijaksanaan pihak berkuasa menentukan penempatan kuarantin anda.
  3. Tempoh kuarantin adalah 14 hari. Ini kerana tempoh pengeraman (incubation period) virus COVID-19 dianggarkan 14 hari. Bila-bila masa anda berkemungkinan positif ujian jika virus itu sudah berada pada badan.
  4. Dalam tempoh ini anda akan dipantau (HSO) oleh pegawai dari pejabat kesihatan mengenai status kesihatan setiap hari (Home Assessment Tool akan dikeluarkan). Jika bergejala, anda akan dimasukkan ke hospital.
  5. Tunggu keputusan ujian swab kerongkong yang telah dibuat tadi. Jika positif, anda akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika negatif, anda diminta terus menjalani kuarantin kendiri sehingga cukup 14 hari.
  6. Gelang Tangan akan dikenakan bagi individu yang balik dari luar negara. Ianya juga tertakluk kepada arahan dari masa ke semasa oleh pihak berkuasa kesihatan mengenai sesuatu kluster wabak.

Anda wajib fahami betul-betul perkataan kuarantin.

Tidak boleh / hadkan berhubung secara fizikal dengan orang ramai. Jika terpaksa bertemu, pastiakan ikuti SOP.

Tidak boleh berhubung secara fizikal dengan sanak saudara, keluarga mahupun sahabat handai.

Tidak boleh ehem ehem dengan isteri / suami. Mukadimah ehem ehem pun nehi-nehi.

Kena duduk di bilik yang asing dari ahli keluarga lain.

Tidak menggunakan Aircond sistem berpusat.

Menggunakan tandas berasingan dan alatan peribadi berasingan.

Makanan pun dihantar secara jarak jauh.

Amalkan SOP semua ahli keluarga dan diri sendiri.

Memang terseksa seolah-olah kena pulau.

Jika ada ahli keluarga yang lanjut usia >65 tahun, kanak-kanak usia <2 tahun, wanita hamil dan individu berpenyakit kronik seperti kencing manis: sayugia asingkan mereka di tempat lain.

Jika bergejala, terus hubungi kami dengan segera.

Jangan ke klinik, pasukan kami akan ke rumah anda.

Dr Suhazeli Abdullah
8.10.2020
Tengkawang
Twitter : Suhazeli

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA ANDA DILETAK DI BAWAH PEMANTAUAN DI RUMAH?

MOGA MEMBANTU!

(Visited 51 times, 1 visits today)

1 thought on “7 PERKARA BERKAITAN KUARANTIN”

  1. Rasanya ramai yang tak betul betul faham bila self quarantine kat rumah tu dengan ahli keluarga sendiri pun tak leh bergaul macam biasa. Lain lah kalau semua yang dok serumah tu semuanya tak keluaq pi mana mana kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *