THE SHEEP SANCTUARY CAMERON HIGHLAND JADI TEMPAT PILIHAN KALI INI

LIFESTYLE TRAVEL

Tahun lepas, April 2019, kami ke Cameron Highland berempat. Antara tempat menarik yang kami lawati adalah :

  1. Cameron Valley Tea House, Tringkap (jalan dari Simpang Pulai)
  2. Cameron Lavender Garden
  3. 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)
  4. BOH Tea Garden Sg Palas
  5. Kea Farm Market & Kea Garden
  6. Cactus Point
  7. Cameron Valley Tea House (jalan dari Tapah)

Untuk selanjutnya, korang boleh baca entri tu di sini : Tempat Menarik di Cameron Highland 2019.

TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND 2020 YANG MOMMY SINGGAH

Tahun ini, 2020, Mommy sarankan korang tambah tempat untuk melawat lagi dengan entri terbaru Mommy ini.

Ikutkan Cameron Highland ini memang banyak tempat menarik tapi antara mahu ke tidak untuk singgah. Faktor utama adalah mungkin tiket mahal, atau malas nak singgah sebab penat dengan jalan jem, etc.

Mommy sendiri pun rasanya belum habis lagi teroka Cameron Highland ini.

THE SHEEP SANCTUARY

Kelainan yang kami cari untuk trip ke Cameron Highland kali ini. Kami ke The Sheep Sanctuary yang terletak di Kea Farm. Perjalanan dari penginapan kami ke sini mengambil masa agak lama disebabkan trafik yang perlahan.

Ahhh rindu pula ketika berada di Agrodome, Rotorua New Zealand. Perasaan pertama kali bagi di Agrodome dulu masih terimbau. Jadi, kali ini pun masih sama.

Mula-mula geli sebab terasa bibir dan air liurnya melekat di tapak tangan kita.

Nak bagi anak-anak tengok dari dekat, tapi kemain jauh dua-dua tu lari. Cuak agaknya.

Ada juga arnab di situ. Yang ini anak-anak berani dekat 🐇 

Ladangnya tidak lah terlalu besar, namun cukup untuk anak-anak alami kelainan apabila dapat menyentuh dan memberi makan kepada biri-biri tersebut.

Tiket masuk dewasa adalah RM8. Kanak-kanak pula RM5. Free makanan untuk 🐑.

Bersebelahan The Sheep Sanctuary ini, ada kedai makan Ayahman Patin Pahang. Lauk pauknya sedap juga.

Di sebelah Ayahman pula, ada juga kedai yang menjual kaktus. Di sini juga Mommy beli kaktus besar dan rare. Kaktus kecil di sini berharga RM10 untuk 4 pasu.

Alamat : The Sheep Sanctuary, Kea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang.

CAMERON VALLEY TEA HOUSE 2 (TS2)

Datang lagi ke sini. Anak-anak pun suka.

Harga tiket dah naik dari RM2 jadi RM3 seorang untuk dewasa. Kanak-kanak free je. Turun bawah sekadar bergambar.

Tetapi, naik atas semula, korang boleh nikmati kek, aiskrim, waffle, scone di sini.

Musim PKP ni, semua tempat perlu patuh SOP. Jadi, korang kena beratur untuk masuk ke TS2 ini. Samada ke kafe atau turun ke ladang.

Selesai makan, sebelum balik, Mommy singgah ke kedai cenderahati. Agaknya dah jadi habit Daddy, dia akan cari teh termahal kat situ untuk cuba.

Mommy pula, cari sebarang item yang boleh dijadikan props #photobyybshehan. Dapat la satu set teko yang comel. Hehe.

Alamat : Cameron Valley Tea House 2, 34.5 Mile Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang.

👖: Palazzo Batik by Noras super selesa Nora’s Noraziyan

OPAH STRAWBERRIES & JAMS

Tahun lepas, Mommy memilih ke 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry), dan tahun ini, Mommy ke Opah Strawberries & Jams pula.

Masih ingin menikmati Nasi Lemak Strawberry yang sedap. Cuma bezanya kali ini, nasi lemaknya tidak berwarna pink. Rasa pula memang sedap. Berlemak elok. Kalau nak repeat, yes, Mommy akan ke sini lagi.

Selain nasi lemak, Mommy turut cuba scone dan pie, serta teh ais vanilla.

Kalau nak bawa anak-anak petik strawberi, korang boleh ke kedai Opah Farm juga di sebelah kedai makan ini.

Alamat : Opah Strawberries & Jams, No 30, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. 39000 Cameron Highlands.

BIG RED STRAWBERRY FARM

Kalau tahun lepas, Mommy ke Cactus Point, tapi tahun ini Mommy nak ke Cactus Valley. Tapi memandangkan jam dah menunjukkan lewat petang, kami cuma ke Big Red Strawberry Farm yang cuma bersebelahan Cactus Valley.

Kenapa?

Sebab masuk PERCUMA dan boleh SHOPPING KAKTUS MURAH!

Dan Cactus Valley ada entrance fee kalau tak salah Mommy. Rugilah kalau masuk sekejap sangat.

Jadi kami cuma ‘shopping’ di Big Red Strawberry Farm dan juga mencuba aiskrim sedap di sini.

Puas hati rasanya bila Mommy dapat borong 36 pasu kecil kaktus di sini. Banyak kan? Hehehehe..

Harga? RM12 untuk 6 pasu kecil. Ada je saiz-saiz lain tapi projek Mommy cuma memerlukan pasu kecil.

Alamat : Big Red Strawberry Farm, 39000 Brinchang, Pahang.

FRESH FLOWERS MURAH

Kalau korang dah nak balik ke KL, melalui jalan Tapah, singgah sebentar di deretan kedai tepi jalan, bertentangan Fragrance Nursery. 2 minit jer dari Brinchang.

Di situ, ada satu kedai yang menjual fresh flowers yang murah. Ada rose, daisy, baby breath dan macam-macam lagi.

Mau rambang mata bila tengok harga apabila 3 jambak bunga hanya dijual dengan harga RM20. Murah betul berbanding di Kea Farm.

Jangan lupa cari je kedai No 7, milik Mdm Saras 0175871554. Baik hati sangat owner ni bila dia hadiahkan sejambak rose pink kat Mommy. Agaknya dia tengok Mommy rambang mata kot.

And to my sweet husband yang tetiba beli sejambak ros merah, thank you so much.

Total dah jadi 5 jambak tiba-tiba (termasuk baby breath dan lavender). Haha.

Semuanya Mommy dah keringkan sekarang. Elok kejadian. Tipsnya, gantung terbalik at least lepas hari ketiga korang dapat fresh flowers, biarkan sampai kering. Kemudian spray dengan hair spray yang super strong untuk preserve bunga tersebut. Ini hasilnya.

Alamat : Kedai No 7 (Map : https://maps.google.com/?q=4.501313,101.400002)

APARTMENT WHITE ROSE

Tempat seterusnya mestilah penginapan. Hahahaha.. Ok, fine. Tapi, Mommy masukkan juga sebagai tempat menarik untuk menginap di Cameron Highland.

Apartment ini besar juga untuk keluarga yang ramai datang menginap sini. Cuma air panas je tidak berfungsi di salah satu toilet di bilik yang kami inap ini. Mujurlah satu lagi ok. Kalau tak, confirm tak mandi. Sejuk giler!

Dan peralatan untuk memasak seperti dapur, korang kena sewa di situ. Huhu.

Mujurlah mentua Mommy bawa segalanya. Pinggan mangkuk pun bawa. Kalau bercuti dengan mentua ni, bab makanan yang dia utamakan dulu. Janji dia dapat masak untuk semua anak cucu.

Apartment ini cantik dari luar. Untuk ke bilik, perlu menaiki tangga. Mujurlah bilik kami no 1. Tak la susah untuk warga tua naik turun.

Apartment ini juga dekat untuk ke Kampung Taman Sedia yang ada pelbagai tarikan di situ. Ladang strawberi yang banyak, tempat makan yang best tetapi bersedialah untuk hadap jem kalau nak ke destinasi lain.

Daddy pun ambil kesempatan untuk jogging di waktu pagi sekitar kawasan ini kerana cuacanya yang best!

Alamat : White Rose Apartment, Kg Taman Sedia, Mukim, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang.

+++

Rasanya ini sahaja kot yang kami sempat pergi kali ini. Sebolehnya, elak lah untuk pergi time cuti sekolah atau hujung minggu. Otherwise, korang kena bina tahap kesabaran tertinggi kalau terpaksa hadap trafik yang maha perlahan.

Apa-apa pun, really enjoy this trip. Terima kasih mama, ayah, adik-adik ipar, husband dan anak-anak sekalian. Ada juga trip famili tahun ini. Alamak. Trip famili ke Krabi Disember 2019 terlupa update. Hahahaha.

(Visited 424 times, 3 visits today)

12 thoughts on “THE SHEEP SANCTUARY CAMERON HIGHLAND JADI TEMPAT PILIHAN KALI INI”

    1. Alarh seronoknya dapat pergi ke cameron highland. Lama tak pergi. Rasanya dah tigs tahun. Kalau tak, tiap tahun naik. Hehehehe. Seronok juga kan kak she dapat ke sheep santuaary. Tak pernah lagi ke sana. Boleh lah next vacay hehe

  1. Bestnya pi Cameron Highlands. Dah lama tak pi sana. Kawan saya duduk sana update trafik sesak setiap minggu. Tak berkesempatan nak ke sana lagi. Mabuk jalan bukit-bukit tu.

  2. Rindunya nak pergi Cameron! Yaya dok berzikir kat telinga Shawn nak pergi nak pergi haha sampai bila-bila pun tak jemu pergi Cameron. Lepas ni nak pergi tengok sheep pulak la mesti Dahlia suka kitorang tak pernah ke situ lagi

  3. Menarik itinerary especially yang Sheep Sanctuary sebab tak pernah lawat lagi sebelum ni. Thanks for sharing this ya, definitely akan masukkan activity ni dalam itinerary saya for my next Cameron Highlands trip 🙂

  4. kita pun baru je pergi Cameron Raya haji hari tu. tapi pergi selepas Raya, ingatkan tak ramai orang, ehhh ramai jugak. kalau nak ke Cameron, kena cuti 2, 3 hr jugak. banyak tempat menarik

  5. Seronoknya pergi holiday dengan family… kami pun dah lama sangat tak ke Cameron Highlands… banyak tempat menarik kat sana kan… memang tak cukup kalau 2 hari 1 malam… at least 3 hari 2 malam or 4 hari 3 malam baru syiok kannnn… okay, nak kumpul tabung holiday sekarang… hehehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *