KITCHEN CABINET PUTIH – AKHIRNYA DAPUR IMPIAN SIAP!

KITCHEN CABINET PUTIH – AKHIRNYA DAPUR IMPIAN SIAP!

Alhamdulillah. Selepas bersabar selama 3 tahun di rumah sendiri ini, impian untuk miliki dapur yang lebih kemas dan cantik di mata Mommy akhirnya tercapai.

Ikutkan Mommy teringin buat dari awal tahun lagi. Tapi, ada je benda terbantut masa tu. Jadi, Mommy plan deco rumah terlebih dahulu. Antaranya kawasan ruang tamu, mini library dan tandas.

Tapi kawasan tu, orang datang rumah je la kot boleh tengok. Haha.

Ok nak cerita pasal Kitchen Cabinet ini. Mommy dah lama tengok google dan pinterest, segala contoh-contoh dapur yang menarik. Dan pelbagai tema juga lah Mommy simpan.

SURVEY KITCHEN CABINET

Mommy sejenis nak cepat dan agak malas untuk survey banyak tempat. Sebelum memulakan operasi ke kedai kitchen cabinet, Mommy ada bertanyakan jiran-jiran tentang beberapa syarikat dan kos-kos yang bakal terlibat.

Dan antara syarikat yang disebut adalah INTECH KITCHEN dan UNITY KITCHEN. Ini agak dekat la dengan rumah Mommy.

27/05/2020

Memulakan langkah pertama untuk ke syarikat kitchen cabinet iaitu INTECH Kitchen. Selepas melihat beberapa contoh di show room dan dapat bajet serta 1st sketch, kami agak puas hati dengan servis yang diberikan.

Penat juga la sales melayan pertanyaan Mommy. Hahah.. Well, biar rigid sikit, janji dapat apa yang Mommy nak. Syukur Daddy pun banyak sokong dan tak ketinggalan beri pendapat. Quotation pertama diberikan namun mereka tetap perlu datang ke rumah untuk mengukur dan bagi quot yang lebih tepat. Kalau korang nak cari sales bagus, cari je Ms Carmen. Memang awesome!

28/05/2020

Cubaan ke syarikat kedua iaitu UNITY Kitchen. Ini ada juga beberapa review yang bagus tentang hasil kerja syarikat ini. Cuma, bila impian Mommy direalisasikan di atas kertas (lukisan & kos terlibat), Mommy agak tersentak dengan kos. Belum beli barang-barang lain lagi. Ok, Mommy pass la. Tak layak. Haha.

SURVEY BUILT-IN DAPUR DAN OVEN

Wet Kitchen akan berada di luar (yard), Mommy memilih untuk membeli dapur jenis built-in. Selepas beberapa kali studi dan mencari pendapat orang ramai, Mommy dapati, dapur stainless steel mungkin pilihan yang tepat. Mommy tak perlu risau tentang pecah/meletup. Inshaa Allah.

28/05/2020

Selepas ke Unity Kitchen, Mommy Daddy ke IOI City Mall dan pusing semua kedai elektrik di sana. Ada sahaja yang tidak berkenan atau diduga dengan kehabisan stok. Tak mengapa, kita cari lagi. Mujurlah masing-masing jenis tak kisah nak survey merata-rata. Tq Daddy driver berkaliber dan paling rajin ke sana ke sini, walaupun Mommy dah letih. Haha.

29/05/2020

Keluar lagi mencari. Percaya atau tidak, sepanjang keluar ini, kami agak rigid dengan SOP untuk elak virus Corona yang melanda ni. Setiap apa yang dipegang, Mommy akan segera pakai hand sanitizer. Dan habit ini masih ada sampai sekarang.

Anak-anak, kami tinggalkan di rumah. Terpaksa. Tawakkal. Lebih baik di rumah. Lagipun masa tu, anak-anak memang tak boleh pergi mana-mana pun kan?

Selepas singgah beberapa kedai di Kajang, Semenyih dan Bangi, akhirnya tergerak hati untuk ke ONE LIVING SDN BHD, di Seri Kembangan. Puas hati sebab segalanya di sini. Cuma, macam dapur tu, Mommy rasa kat Shopee murah sket kot.

Kami beli dapur Rubine Stainless Steel dan oven built-in Rubine 70liter, dan TERRRbeli juga Washing Machine dan Dryer Electrolux. Paling seronok, semuanya akan dihantar pada 1 Jun, iaitu di hari jadi Mommy. Mesin basuh yang lama Mommy letgo, walaupun masih berfungsi. Syukur tak perlu sidai baju atau ke dobi lagi. Haha.

KEPUTUSAN AKHIR DAN DEPOSIT

Nampak gayanya, kami tiada pilihan lain (sebab dah malas mencari), kami setuju dengan INTECH Kitchen.

31/05/2020

2nd sketch kali ini. Dan Mommy tambah L shape di bahagian atas dry kitchen. Dan dalam masa yang sama, Mommy bayar deposit. Ini baru melayakkan Mommy untuk dapat proper 3D Design. Lagi jelas mata memandang.

DELIVERY WASHER, DRYER DAN BELI JUBIN BACKSPLASH

Hari yang ditunggu. Tiba jua. Sebelum datangnya mereka semua ini, dapur lama Mommy sudah siap diubah ke ruang tamu. Bermula lah sesi rumah sepah tahap gaban. Huhu.

01/06/2020

Happy Birthday to Mommy! Yeay! Hadiah yang Mommy dapat hari ni adalah dapur, oven, mesin basuh dan dryer. Hahaha. Oh ada lagi. Terima kasih Daddy hadiahkan Apple Watch. Ngeee.. Tulis je la sini buat kenangan.

Dan hari ini juga, Mommy survey jubin untuk backsplash. Tempat pilihan Mommy adalah di Chye Hing Tiling di Jalan Reko. Ini pun hasil info dari jiran-jiran. Terus kami ke sana dan beli yang diimpi.

Mommy memang plan untuk pasang backsplash menggunakan jubin. Jadinya, jubin sedia ada perlu dipecah/hack. Untuk wet dan dry kitchen, aggaran 28 keping tiles berukuran 2:1 diperlukan. Ikutkan Mommy nak corak-corak rare, tapi kebanyakannya saiz 1:1, di mana kos upah hack & pasang nanti akan bertambah. Terbantut niat. Cari apa yang ada sahaja lah.

Dan pada tarikh ini juga, Mommy dapat 3D design untuk dapur. Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya hati Mommy. Huhu.

PROSES WIRING, PLUMBING, BACKSPLASH DAN CONCRETE TABLE TOP DI YARD

Bermulah lah operasi rumah berhabuk, perlu beli makanan dan minuman dari luar ketika semua proses ini dijalankan. Penat woo. Tiada sinki, tiada dapur, tiada Cuckoo. Mommy sampai tahap kena ke klinik sebab masalah lutut (knee cap inflammation), sebab asyik bangun duduk untuk buat kerja rumah termasuk basuh pinggan mangkuk di tandas. Semuanya di tandas gais.

02/06/2020

Wiring. Semua plugpoint yang penting ditambah. Ada yang diubah dari kedudukan asal. Dan berita gembira yang Mommy dapat hari ini juga adalah ada promosi diskaun RM1000 untuk total kos kitchen cabinet ini. Yes. Jimat gais! Terus Mommy beli robot vakum mop yang sangat-sangat membantu Mommy sekarang, dari kos jimat tu. Ok la kan.

Lihat review robot vakum mop Mommy : Mi-Robot Vacuum Mop

04/06/2020

Plumbing pula. Jadi paip ke sinki perlu ditebuk lebih bawah. Syukur lah semua kerja so far agak teliti dan kemas. Mommy ada menggunakan servis dia juga untuk tebuk dan repair bahagian paip di kawasan mesin basuh. Murah juga la dia caj. (Mommy terlupa nak tanya nama dia, but Mommy ada la save no fon dia as #plumberdapurYB. Haha) Kot la korang nak tanya Mommy no fon dia nanti. Senang nak cari. Hihi.

09/06/2020

Bayaran deposit kepada pihak Management rumah Mommy sebanyak RM1k kerana kerja table top nanti melibatkan konkrit. Syukurlah tiada apa-apa masalah dan semua deposit dikembalikan apabila semua kerja selesai.

10/06/2020 – 16/06/2020

Inspection untuk datang pasang backsplash dan juga table top di kawasan yard. Kerja bermula dari tarikh 11/06/2020 – 12/06/2020. Disambung semula pada 15 hingga 16/06/2020. Barulah siap table top dan backsplash di yard. Bayaran untuk kerja-kerja ini juga dibuat pada hari terakhir kerja siap iaitu pada 16/06/2020.

Material table top untuk yard adalah CONCRETE bercorak marble.

BELI SINKI DAN WATER TAP

Memandangkan stok di Intech Kitchen habis, kami perlu mencari sendiri sinki dan water tap.

18/06/2020

Asalnya nak double sink. Tetapi stok di kedai area Jalan Reko ini, yang sesuai dengan aras paip bawah sinki nanti, yang ada cuma single bowl. Cuma saiznya besar walaupun single.

Dan pada tarikh ini juga, Mommy dapat full quotation dari pihak Intech. Fuh. Berpeluh.

2ND PAYMENT KEPADA INTECH

Selepas deposit, bil 2nd payment pula datang. Haha.

20/06/2020

Mujurlah kedai dekat jer. Jadi, kami ke kedai untuk melunaskan bayaran kedua (progress payment). Masih ada separuh lagi perlu dilunaskan.

CABINET INSTALLATION

Selepas sebulan menunggu, tibalah masa untuk pemasangan almari/cabinet. Material yang Mommy gunakan adalah :

  • 4G untuk pintu/drawer di Dry Kitchen berwarna putih
  • Melamine untuk sliding door & spices rack di Wet Kitchen bertema kayu putih cream.
  • Melamine untuk panel bertema kayu putih

08/07/2020

Maka mereka pun datanglah memasang cabinet tersebut. Ingatkan ambil masa berhari-hari, rupanya dari jam 9.30 pagi, jam 4 petang dah siap semuanya. Laju. Kemas juga.

Dan hari yang sama, tukang yang buat counter top untuk dry kitchen pun datang untuk ukur dan terus tebuk lubang untuk sinki sekali. Kena bersabar lagi seminggu untuk kerja-kerja counter top pula.

PEMASANGAN COUNTER TOP DRY KITCHEN

Selepas bersabar selama seminggu lebih, akhirnya tiba jua masa yang ditunggu.

14/07/2020

Akhirnya kerja-kerja pemasangan akan berakhir tak lama lagi. Counter top dipasang pada hari ini.

Material untuk counter top dry kitchen adalah Quartz. Memandangkan warnanya tidak lah putih sangat, Mommy agak terkilan di sini. Dengan alasan ini, wajib juga la Mommy minta sedikit pengurangan. Ye la. Kita bayar mahal-mahal, impi macam-macam, tapi warna yang datang, agak creamy. Cuma, Mommy agak bernasib sebab masih matching dengan panel melamine yang dipasang sebelum ini. Putih krim. Jadilah. Pejam mata lah kejap.

Selesai counter top, tinggal masa untuk sinki sahaja.

15/07/2020

Sekali lagi plumber yang awal-awal datang, akan menjadi penutup tirai. Haha. Sinki dan water tap akan dipasang. Dan ada satu masalah ketika itu sebab Mommy request untuk pasang water tap khas untuk room temp air Cuckoo.

Plumber tu sanggup keluar dan belikan T joint. Syukur sangat-sangat. Kalau tak, suffer lagi lah Mommy tiada air untuk minum.

Akhirnya, tarikh ini boleh dikatakan selesai semuanya. Dan korang mesti agak Mommy ada catat nota kan? Of course la. Kang Mommy lupa tarikh-tarikh penting ini.

Untuk kos, Mommy minta maaf sebab ianya hal sulit. Andai korang berminat untuk buat, boleh pergi minta quotation, ok?

Maaflah Mommy malas nak letak gambar in progress, jadi Mommy letak yang dah siap ya. Sambil si robot tu buat kerja vakum dan mop.

Interframe pulak dia.

Dah tiba masa untuk mengemas pula. Tapi yang kelakarnya, siap jer dapur ni, Mommy travel ke Pahang.

Jadi, belum start mengemas.

Kalau korang nak pasang Cuckoo macam Mommy tu, just whatsapp je Mommy ok?

(Visited 587 times, 2 visits today)

9 thoughts on “KITCHEN CABINET PUTIH – AKHIRNYA DAPUR IMPIAN SIAP!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!