HIKING BUKIT BOTAK – PENGALAMAN PERTAMA HDAE DAKI BUKIT

HIKING BUKIT BOTAK – PENGALAMAN PERTAMA HDAE DAKI BUKIT

Risau juga bila Daddy tetiba ajak Mommy dan anak-anak untuk daki Bukit Botak, Puncak Alam. Mampukah anak-anak mendaki Bukit Cerakah Trailhead tu?

Bila Mommy google, katanya ok untuk beginner, family dan kanak-kanak khususnya. Tapi, pengalaman kami baru-baru ini, Mommy akan berikan tips penting andai betul korang nak bawa anak-anak.

PERSEDIAAN UNTUK DIRI DAN ANAK-ANAK

Andai betul korang merancang untuk bawa anak-anak mendaki Bukit Botak ini, perancangan yang betul mesti dilakukan terlebih dahulu.

Ya, bukit itu mungkin EASY bagi sesetengah orang, tapi untuk mereka yang baru pertama kali, penerimaan mungkin berbeza. Barangkali, insaf? Siapa tahu, kan?

Apa persediaan kita?

1. Rehat secukupnya waktu malam sebelum pendakian. Pastikan mereka rehat dan tidur awal. Kang moody, langsung tak bagi kerjasama pula.

2. Sarapan simple kena juga. Karang sepanjang jalan mengadu lapar, kita juga pening. Jangan berat sangat, takut termuntah pula.

3. Kasut dan stokin yang sesuai untuk mendaki. Ini serius penting ya. Sebab ada walk trail di Bukit Cherakah tu, agak tinggi dan berbatu. Kami beli kasut hiking di Decathlon, berharga cuma RM35 sepasang.

4. Beli roti/coklat/air penambah tenaga. Juga lollipop in case asyik cakap banyak jer. Hahah

5. Bawa air kosong bersaiz mini (banyak botol lagi bagus). Yang pasti more than 5 bottles.

6. Bawa plaster dan ubat seperti minyak gamat/AO/EO untuk sebarang kecederaan kecil.

7. Baju yang kalis uv dan sesuai untuk aktiviti mendaki, pun Mommy beli kat Decathlon untuk mereka berdua ni. Lengkap dari atas sampai bawah from Decathlon.

8. So far tiada pacat dan sebagainya sebab jalan tak basah pun. Hihi

9. Ibu bapa kena hadap apa jua karenah dan risiko. Just relax dan layan je ok? Tiada siapa paksa pun nak bawa. So risiko kena la tanggung. Jangan marah-marah haaa..

BUKIT CERAKAH TRAILHEAD

Akhirnya pada hari Sabtu lepas (22 Ogos 2020), kami ke Bukit Botak. Kami mulakan perjalanan sejurus selepas tiba. Korang boleh google maps “Bukit Cerakah Trailhead” untuk sampai di sini.

Awal-awal lagi kemain memuncak lagi jalannya. Fuh, semput la juga sekejap. Rupanya sini yang bawa basikal pun ada. Ada trek untuk hikers dan bikers.

Kemudian, kami jumpa view menarik iaitu di bawah pencawang elektrik. Kebetulan ada bendera pula di situ. Ada la tu sesiapa wakafkan di situ. Hehe. Pinjam untuk bergambar ye. Terima kasih.

Perjalanan diteruskan. Anak-anak masih semangat.

Pendakian demi pendakian, mengajar anak-anak Mommy erti cabaran. Atur strategi mendaki dengan betul, kemahiran motor kasar dan macam-macam lagi yang belum pernah mereka lakukan.

Korang tahu apa yang Ariq lakukan sepanjang perjalanan awal ini? Minum air Gatorade Daddy dia. Hahaha.

Kemudian jumpa tempat menarik lagi untuk bergambar.

Daddy dah risau pace dia, tapi nampak gaya dia kena lupakan sebab datang dengan Mommy dan anak-anak yang pastinya akan slow downkan dia. Haha.

PORT FAMOUS

Finally jumpa juga port famous ini. Slow-slow Mommy panjat. Of course bahaya. Kalau tergelincir, tiadalah YB Shehan lagi di muka bumi ini. Mujur juga Mommy bukan sejenis gayat. Huhu.

Kemudian jalan lagi. Mommy lah paling slow sebab kepenatan. Agaknya dorang ni ada letak bateri extra dalam badan, atau mungkin faktor umur Mommy juga. Haha.

Mommy biarkan mereka jalan dulu dua beradik tu. Dalam keadaan begini, macam-macam idea lah yang muncul. Minecraft itu ini. Bukan Mommy faham pun dengan game budak jaman now!

Bagi chance juga bebudak ni rekod apa sahaja kat Go Pro tu.

KEMUNCAK BUKIT CERAKAH

Dan akhirnya tiba juga kami ke kemuncak Bukit Cerakah 214m selepas 1 jam 15 minit. Fuh. Kalau orang yang dah biasa, mungkin laju sikit la. Kami ni berhenti ambil gambar, tunggu turn ambil gambar pun satu hal dah. Ala, laju-laju pun bukan dapat hadiah. Lols. (Ok tak alasan?)

“Belum sampai lagi ye. Jauh lagi haa..” Tabah je la Mommy dengar sorang kakak yang baru turun, cakap macam tu kat kami. Down sekejap. Patutnya bagi lah harapan palsu sikit. Bagitau sikit je lagi ke? Ini jauhhhhh lagi. Tak pandai saiko langsung. Hahaha.

Penat kot! Mental tak koyak tapi semput je la. Dengan air yang terpaksa dijimatkan demi anak-anak. Haha. Percayalah, bawa la banyak air. Tapi ok juga jimat pun. Kang nak terkencing ke, susah pula.

Terjumpa pokok cantik ini. Apa lagi. Posing lagi la. Haha.

Selepas hampir 30 minit berjalan dan mendaki, tibalah kami ke kawasan Bukit Botak ini. Memang botak betul. Apa pun takde. Dan ada satu bukit yang jalannya ditutup. Bahaya barangkali.

Inilah keadaannya sejurus lepas korang keluar dari hutan, menuju ke kawasan Bukit Botak ini.

Berbatu-batu pink, kosong. Jangan lupa perhatikan pergerakan anak-anak. Kerana ada kawasan yang curam dan bahaya. Bukan sekadar bahaya untuk anak-anak, dewasa pun mau patah kaki kalau jatuh.

Melalui lereng-lereng batu untuk naik ke atas bukit yang ada. Dan di atas sana, anak-anak dah mula minta air dan makanan.

Sebab tu lah kita kena standby selalu.

Di bukit sebelah yang Mommy bergambar ini, hanya Daddy dan Hannah yang panjat. Mommy dah tak larat nak follow. Jaga Ariq dari bawah jer.

Salute kepada Hannah yang langsung tak tunjukkan bosan atau kepenatan. Nampak gaya dia betul-betul berminat dan tekad untuk buat aktiviti ini sejak kami khabarkan niat untuk masuk hutan dan panjat bukit.

Ariq pun ok cuma bila dah hampir 2 jam untuk ke sini, dia dah mula menunjukkan fasa bosan dan penat. Untuk anak autism, Mommy dan Daddy kena prepare mental yang kuat untuk hadapi apa jua risiko.

Antara risiko utama adalah bebelan “Ariq penatla”, “Ariq nak air”. BERULANG KALI. Bayangkan lah. Hahaa.

Ralat di sini kerana kami kehabisan air. Kesian sangat untuk anak-anak. Tetapi mereka tetap sabar meneruskan perjalanan turun. Sempat lah kami bergambar lagi di tempat yang kami tak sempat bergambar disebabkan malas menunggu giliran.

Menuruni bukit pun ada cabarannya kerana masing-masing sudah terasa kesakitan di bahagian hujung kaki.

Antara cabaran lain apabila menuruni curam, di mana kita perlu tahan kaki dari tergelincir. Kaki semakin kejang dan jari kaki semakin mencengkam kesakitan. Sabar! Sikit sahaja lagi.

Dan sinar harapan akhirnya tiba jua apabila lihat jalan masuk cuma Mommy dah ketinggalan jauh dari mereka semua kerana fokuskan flora dan fauna untuk dimakrokan. Sengaja alihkan perhatian daripada kepenatan dan kesakitan maksima.

Mujurlah Daddy memahami kerana sejurus Mommy sampai di bawah, Daddy dah muncul dengan kereta. Tak perlulah Mommy jalan jauh lagi untuk ke kereta. Masuk sahaja, terus dilanggah air 2 botol sekaligus. Nyaman!

Cukuplah. Tidak akan ku kembali lagi. Hahaha.

Selamat Hari Merdeka, semua!

Tahniah anak-anak Mommy Daddy. Love u both.

(Visited 124 times, 1 visits today)

One thought on “HIKING BUKIT BOTAK – PENGALAMAN PERTAMA HDAE DAKI BUKIT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!