APA ADA DI BENTONG, RAUB DAN LIPIS – PART 3

APA ADA DI BENTONG, RAUB DAN LIPIS – PART 3

Bagi kalian yang terlepas entri lepas, jangan risau. Klik sahaja di bawah.

Part 1 : Apa Ada di Bentong
Part 2 : Apa Ada di Raub

Dan kali ini, Mommy nak kongsi dengan korang, Apa Ada di Lipis? Apa tempat menarik di Kuala Lipis khususnya.

TEMPAT MENARIK DI KUALA LIPIS

1. Taman Eco Rimba Kenong

Apa ada di Kuala Lipis? Bagi peminat alam semulajadi, korang patut datang ke Taman Eco Rimba Kenong (Kenong Rimba Park).

Team ke Taman Rimba Kenong yang merupakan hutan hujan tropika dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur. Taman ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lipis Pahang.

Nama Taman Rimba Kenong diambil sempena nama Sungai Kenong yang mengalir sepanjang Taman Rimba Kenong.

Nama Kenong itu sendiri berasal dari bahasa melayu Pahang. Perkataan asal adalah “Ke Nun” yang bermaksud jauh di sana, disebabkan peredaran masa perkataan “Ke Nun” telah berubah secara sendirinya menjadi Kenong.

Wah.. best kan? Ini yang dipanggil lawatan sambil belajar nih. Dulu tak minat sejarah, sekarang suka pula nak ambil tahu.

Jadi, kami bertolak menaiki bot untuk ke Taman Rimba Kenong ini.

Perjalanan mengambil masa almost 2 jam overall. Tapi enjoy jer sebab jalan ramai-ramai kan?

Dan rupanya ada penduduk dalam ni tau. Tetapi, tak lebih dari 8 keluarga so far. Part paling best, kami diberi peluang untuk melihat sendiri makanan tradisional Pahang iaitu Nasi Kebuli yang dimasak oleh penduduk Kampung Dusun.

Kemudian kami teruskan perjalanan menuju ke destinasi tumpuan pelancong iaitu gua batu kapur. Bunyi nyanyian burung memecahkan suasana tenang dan sunyi di sini.

Ada beberapa jenis gua batu kapur di sini yang berbeza jarak cuma 15 hingga 30 minit setiap satu. Perjalanan yang panjang dari jeti sebelum masuk ke trek hutan benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal. Namun, perjalanan tetap diteruskan.

Andainya di sini bakal diketengahkan sebagai tempat pelancongan, Mommy rasa perlu ditambah baik mengenai jalannya. Walaupun penat, Mommy tetap sempat menikmati pemandangan.

Antara gua batu kapur di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Buta, Gua Hijau dan Gua Harimau.

Gua Batu Tangga itu mendapat namanya daripada bentuk batu seakan-akan tangga dan melengkung serta boleh memuatkan hingga 40 orang pada satu masa.

Selepas hilang penat, perjalanan diteruskan ke Gua Batu Tangkup, yang merupakan kawasan kesukaan gajah.

Puas hati bila sampai di sini!!

Nak rasa sendiri? Moh ke Lipis.

Laman Web : Taman Eco Rimba , Kenong Rimba Park
Instagram : Kenong Rimba
Alamat : 27200 Kuala Lipis, Pahang.

2. Star-Well Hotel

Untuk yang tercari-cari tempat penginapan di Kuala Lipis, Mommy sarankan korang pilih hotel baru ini, Star-Well Hotel.

Kedudukan Star-Well Hotel agak strategik di tengah pekan Lipis.

Makanan, Mommy yang macam dah kenyang makan kat fastfood area hotel petang tu, tak menghalang Mommy makan lagi. Serius semua sedap. Especially sup tu. Aduhai.. Rindu pula makanan di Pahang. Semua sedap!!

Kami menikmati majlis makan malam ini bersama Penggiat Industri Pelancongan Daerah Lipis sempena FAM Trip pasca Covid-19 Siri 1.

Hotel ini lengkap dengan kemudahan seperti aircond, wifi percuma, tv, sejadah, kettle, meja solek dan semua benda asas lain. Dan bersebelahan hotel ini pula ada lot-lot kedai yang memudahkan pelanggan dengan hanya berjalan kaki sahaja. Dan mereka patuh SOP. Wajib daftar dan diambil suhu sebelum naik ke bilik.

3. Kilometer Sifar (0 KM) Kuala Lipis

Atau dikenali juga sebagai penanda batu kosong, stesen kawalan atau titik kawalan. Seperti namanya sendiri, ia bermaksud titik permulaan jarak bagi sesebuah bandar atau jalan raya. Dengan kata lain, itulah titik pusat bandar utama bagi sesebuah bandar. Biasanya terletak di hadapan Pejabat Pos.

Dan Mommy berpeluang berada di sini, betul-betul di pekan Kuala Lipis, berhadapan General Post Office Kuala Lipis.

Dan disebabkan ini, Mommy balik jer dari Pahang, Mommy cuba terjah 0km di bandar negeri lain pula. Salah satunya ini, di Klang. #YBhuntKilometerSifar

4. Medan Tangga, Masjid Negeri Lama

Sepanjang perjalanan di sini, Mommy lihat deretan bangunan lama-lama. Dan salah satu tempat menarik di sekitar kawasan ini adalah Medan Tangga. Medan Tangga ini sebenarnya adalah food court. Cuma kedai makan untuk orang Muslim tak banyak di fourt court ini kecuali kedai yang pertama ini, sedap katanya dan milik Muslim.

Dan kami turut singgah ke Masjid Negeri Lama Kuala Lipis yang tidak ditenggelami banjir besar pada satu ketika dahulu.

5. Bangunan Residensi

Bangunan Resident ini dibina pada tahun 1922 disini, iaitu di puncak bukit tertinggi di Kuala Lipis sebagai rumah kediaman Residen Inggeris. Penghuni pertama bangunan ini ialah Hugh Clifford, ‘Superintendant Of Ulu Pahang’.

Selepas beliau, resident-resident Inggeris terus menduduki bangunan ini sehingga tercetus perang dunia kedua pada tahun 1942-1945. Pada tahun 1955 hingga tahun 1965 bangunan ini dijadikan sebagai asrama murid-murid lelaki sekolah Clifford.

Asrama Bukit Residensi ini telah ditutup pada 31 Disember 1965. Rumah ini terbiar kosong sehingga ke tahun 1983 sebelum dijadikan sebagai rumah rehat kerajaan. – Sumber : Majlis Daerah Lipis.

Kami turut masuk ke dalam bangunan kosong ini dan hanya bergambar di hadapan bangunan ini.

6. Clifford School

Sampai juga Mommy di sekolah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, penyanyi kesayangan Mommy. Masa mula jejak Bandar Lipis pun, Mommy dah teruja. Siap bayangkan kalau dapat ke rumah lama Tokti.

Bangunan ini memang klasik habis. Korang sendiri boleh tengok tahun bangunan ini dibina. 1913 gaiss.. Dengan pintu kelas berkaca, memang menarik perhatian Mommy. Rupanya banyak tokoh hebat dilahirkan di sekolah ini, termasuklah Tokti.

Untuk lawatan, perlu ada kebenaran ya.

7. Muzium Warisan Lipis

Tiket masuk ke sini cuma RM1. Murah kan? Ada 2 tingkat. Elok kalau bawa anak-anak melawat sini. Tengok sejarah lama tentang Kuala Lipis.

Banyak lagi tempat di Pahang sebenarnya. Kalau tanya Mommy puas tak dengan lawatan ini, belum tau. Mommy nak repeat lagi dan pusing-pusing lagi sekitar Lipis. Paling penting, nak rasa makanan tempatan.

Kalau korang nak baca lanjut lagi tentang tempat-tempat menarik di Pahang, boleh layari laman web :

Tourism Pahang : www.tourismpahang.org.my
Tourism Malaysia Wilayah Timur : www.malaysia.travel

(Visited 125 times, 1 visits today)

2 thoughts on “APA ADA DI BENTONG, RAUB DAN LIPIS – PART 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!