RESIPI BANANA MUFFIN GUNA AIR FRYER PALING MUDAH DAN SEDAP

FOOD

Sempena Hari Ibu, 10 Mei 2020, Mommy rancang nak buat kek atau muffin dengan Hannah. Mommy terus google je resipi guna Air Fryer kat youtube. Tengok bahan sikit jer dan mudah, terus ajak Hannah masuk dapur.

Terlebih dahulu sori sebab Mommy terlupa nak snap bahan-bahan. Jadi, Mommy listkan kat bawah je la yer?

Resipi Banana Muffin

Bahan A

3 biji pisang
1/2 cawan gula
3/4 cawan minyak
2 biji telur
1 sk esen vanila

Bahan B

3/4 cup tepung gandum
1/4 cup tepung jagung
1 sk baking powder

Cara-cara

Blend Bahan A. Tak perlu mixer pun.

Masukkan Bahan A ke dalam campuran Bahan B.

Kacau sampai adunan sebati. Guna senduk kayu je.

Masukkan choc chip & choc rice & badam (jika nak).

Masukkan dalam loyang atau acuan muffin.

Pre-heat AF dengan suhu 160, selama 3 minit.

Masukkan dalam Air Fryer dengan suhu 160 selama 20 minit. Just nice dengan Air Fryer Russel Taylor Mommy.

Mommy prefer Muffin sebab kurang manis berbanding cupcake biasa.

Mommy risau juga kalau kurang manis atau tak masak bahagian dalam. Tapi, syukur. Menjadi!

Rasa pun sedap. Dah boleh jual nih. Tiber.

Semoga korang berjaya buat juga ye.

Good Luck!!

(Visited 529 times, 2 visits today)

5 thoughts on “RESIPI BANANA MUFFIN GUNA AIR FRYER PALING MUDAH DAN SEDAP”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *