Resipi Burnt Cheese Cake guna Air Fryer

RESIPI BURNT CHEESE CAKE GUNA AIR FRYER PALING MUDAH DAN CEPAT

FOOD LIFESTYLE

Mommy asyik tangguh niat nak buat Burnt Cheese Cake ini sebab blender rosak. Dan bila Daddy belikan blender baru ini, terus Mommy minta Daddy belikan bahan-bahan nak buat. Suruh cari bahan untuk sekali buat jer demi penjimatan. Huhu.

Bahan yang digunakan pun tak banyak kalau rujuk resipi Rizal Kingriz yang viral dalam group AF baru-baru ni.

RESIPI BURNT CHEESE CAKE GUNA AIR FRYER

Peralatan :

  • Air Fryer (Mommy tak pre-heat)
  • Loyang saiz 6 inci (Loyang non-stick membakar dengan lebih cantik berbanding loyang di alas baking paper)
  • Baking sheet (lepas dah buat, rasanya tak perlu guna kot sebab kertas ini comotkan rupa tepi.. hehe)
  • Butter (untuk sapu nipis loyang, elak kek melekat)
  • Blender

Bahan untuk blend :

  • Cream Cheese 250g
  • Gula Halus 1/2 cawan
  • Telur 3 biji (Mommy guna gred B jer)
  • Tepung gandum 2 sudu besar
  • Whipping cream 125ml

Cara buat :

  • Blend campuran satu persatu sehingga semua bahan lembut dan sebati. (Mommy letak semua sekaligus.. Huhu)
  • Sapu butter di dalam loyang untuk elak kek melekat
  • Masukkan adunan ke dalam loyang
  • Setkan AF dengan suhu 180° selama 25 minit

Tips

Selepas AF berbunyi menandakan kek dah masak, korang biarkan je dulu ia dalam AF tu. Bagi dia seduh sikit. Kalau keluarkan cepat-cepat, potensi kek tu merajuk memang ada. Bantat kalu, jangan marah.

Bila dah keluarkan dan seduh tu, boleh la letak dalam peti sejuk terlebih dahulu.

Memang betul tips Abang Rizal tu, bila dia suruh sejukkan terlebih dahulu. Pesannya, letak dalam peti beberapa jam.

Kenapa kena letak dalam peti sejuk (chiller)?

Senang potong.

Cantik dipotong.

Sedap dimakan ketika sejuk.

Serius!!

Korang ingat, orang-orang dalam rumah ni mampu bersabar bila bau kek? Tak sampai sejam, dah minta. Hahaha..

Sekelip mata gais.. Mommy pun sempat la makan 3 slices jer. Janji dorang happy dan review jelas dari segi ‘serbu’ tadi!! Non stop makan sampai habis.

Korang cuba la juga. Mudah sangat.

Last but not least, jangan lupa folo IG Mommy ye. Kbai.

(Visited 4,500 times, 22 visits today)

21 thoughts on “RESIPI BURNT CHEESE CAKE GUNA AIR FRYER PALING MUDAH DAN CEPAT”

  1. Kita sebenarnya tak makan cheesebtetapi klu chrese kek yg tak rasa sgt cheese dia baru makan so tu yg jarang nak buat kek keju mcm ni. Nampak sedap tu.

  2. Yey! Baca ko pun resepi dan cara ni barulah cerah masa depan Sis ko nak buat kek ni…kalau tak Sis baca macam-macam resepi sampai naik ngeri nak beli bahannya ko…kang salah resepi tak jadi, habis menyesal tak sudah…Baik nanti boleh try!

  3. Jom kita buat burnt cheese cake pula masa PKP ni. Banyak resipi tak buat lagi. Cheese style ni memang viral sekarang ni kan?

  4. any cake dengan cheese memang sedap. tak pernah lagi tak sedap. ok save juga resepi disini. tengok bahan pun simple dan nak buat pun ok boleh follow step kat sini 🙂

  5. Yeay akhirnya ad ajuga yg share resepi pakai air fryer. Dok cari2 resepi tak cukup bahan pula nak buat. Cuma nak kena beli loyang dgn blender sebab blender jatuh pecah. Nanti nak try resepi ni.

  6. Eh. Senang pula guna cooker ek. Boleh la Rawlins nak try gak resipi nie kelak. Mudahan tiba la kegigihan seketul Rawlins nak buat burnt cheese cake nie ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *