banner KBBA9
Naracards Korea-Seoul Set

SEMARAKKAN RASA RAMADHAN BERSAMA NORANOM CATERING & EVENT – BUFFET RAMADHAN 2020

SEMARAKKAN RASA RAMADHAN BERSAMA NORANOM CATERING & EVENT - BUFFET RAMADHAN 2020

Mommy mulakan perkongsian Lokasi Buffet Ramadhan 2020 di Selangor terlebih dahulu untuk tahun ini.

Baru-baru ini Mommy dijemput oleh Noranom Catering & Event ke Galeri Mufors, Dewan Agenda Convention Centre, USJ. Wah.. atas jejantas rupanya Galeri Mufors ini.

Kawasan letak kereta memang banyak dan luas, jadi tak risau kalau datang ke sini untuk berbuka puasa nanti.

Bertempat di Tingkat 1, dengan kemudahan lif dan surau, ini dikira penambat hati Mommy juga lah untuk datang ke sini. Kagum pada pandangan pertama sejurus menjejakkan kaki ke dalam dewan.

SEMARAKKAN RASA RAMADHAN BERSAMA NORANOM CATERING & EVENT - BUFFET RAMADHAN 2020

Cantik! Getus hati Mommy.

Hiasannya mewah, dewannya luas, dipenuhi stall pelbagai variasi makanan, dengan meja bulat dari pintu dewan sehingga ke hujung.

Dilengkapi pentas yang besar serta tempat solat di dalam dewan, selain surau yang bertempat di tingkat bawah. Dewan ini luas dan mampu memuatkan 600 tetamu dalam satu-satu masa.

SEMARAKKAN RASA RAMADHAN BERSAMA NORANOM CATERING

Dengan tema Semarakkan Rasa Ramadan bersama Noranom Catering & Event 2020, mereka akan menyediakan Buffet Ramadhan 2020 hampir 99 pilihan menu juadah berbuka puasa.

Dengan suasana yang mewah dan exclusive, Mommy yakin korang pasti berpuas hati. Bukan selalu pun berbuffet, alang-alang, pilih la yang padu, kan? Harga? Harga rakyat marhaen je gaiss. Serius!

Jom Mommy kongsikan antara menu yang dihidangkan dan bakal disediakan pada bulan Ramadhan nanti.

MENU ISTIMEWA

  • Nasi putih dan beriani ayam (weekdays)
  • Nasi beriani gam kambing (weekends)

VARIASI LAUK-PAUK

  • ayam goreng rempah /ayam masak kicap /sup ayam /ayam rendang /ayam paprik
  • daging gulai kawah /daging salai masak lemak cili api /daging black paper /daging rendang
  • ikan goreng berlada
  • seafood masak lomak cili api
  • lala goreng oyster /sambal udang /sambal sotong /sotong goreng kunyit
  • sayur -sayuran bergoreng /berkuah
  • kerabu mangga/perut /tauge/selon
  • beraneka jenis ikan masin bergoreng

MASAKAN SECARA ‘LIVE’

  • kambing grill live
  • ikan bakar live
  • kuewteaw | mee goreng live
  • mee | soto | bihun | laksa | kuewteaw berkuah dan pelbagai lempeng live

Korang boleh tengok video yang Mommy share untuk suasana masakan live.

MENU SAMPINGAN LAIN

  • air pelbagai jenis
  • kacang pool
  • mushroom soup
  • sup tulang
  • cendol
  • abc
  • asam pedas ikan dan daging tetel
  • pelbagai dessert
  • aiskrim potong
  • makanan ringan bergoreng
  • pelbagai jenis ulam dan sambal
  • makanan untuk kanak
  • dan pelbagai lagi yang menarik

*menu lauk akan berubah-ubah.

Banyak giler kan?? Tak percaya, korang layan video ni ha..

KELEBIHAN BERBUKA PUASA DI GALERI MUFORS

Seperti yang Mommy cakap awal tadi, banyak kelebihan kalau datang berbuka puasa di sini. Antaranya ialah :

  • parking yang luas
  • surau disediakan
  • solat terawih berjemaah
  • dewan berhawa dingin
  • ada kemudahan lif dan tandas berdekatan
  • ada persembahan | tazkirah | zikir dan lain-lain
  • harga munasabah

HARGA BUFFET RAMADHAN NORANOM CATERING & EVENT

Untuk yang bertanya berapa harga buffet ini, nah.. ini senarainya. Korang jangan ternganga terkejut pula. Murah giler dah ni Mommy rasa. Dengan menu yang sangat banyak dan sedap-sedap belaka tu.

Harga Pembelian Awal (18/02/2020 – 26/04/2020)

  • Dewasa : RM53.00
  • Kanak-kanak : RM29.00 (6-11 tahun)

Harga Normal

  • Dewasa : RM63.00
  • Kanak-kanak : RM39.00

Harga Istimewa

  • RM510 (1xmeja = 10pax). Untung nih..

Harga Promosi untuk 100 Terawal

  • Dewasa : RM49.90

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi talian di bawah :

  • +60176770237 Wani
  • +60103624711 Fatin
  • +601111206562 Salwan
  • +60176722548 Nabila

Atau layari :

LOKASI DAN TARIKH

  • Alamat : Dewan Agenda Suria Convention Centre (ASCC) @ Galeri Mufors, Subang Jaya.
  • Tarikh : 27 April 2020- 21 Mei 2020 (4 – 28 ramadhan)
  • Masa : 6.30PM-9.30PM

PENDAPAT MOMMY

Dengan harga serendah RM53.00 seorang dewasa (early bird), bagi Mommy sungguh berbaloi. Dilihat dengan menu yang pelbagai, di samping suasana eksklusif dan mewah, Mommy yakin ini memang tempat yang patut korang datang untuk berbuka puasa nanti.

Menunya pula ala-ala kampung, memang mengimbau betul lah.. Apa kata kali ini, korang pula bawa ibu bapa berbuka di tempat macam ni. Apa nak risau? Parking ada, surau ada, makanan pula ada macam-macam dan sesuai untuk semua peringkat umur. Harga pun murah kalau ambil 1 meja. Untung ke untung??

Cuma harapan Mommy adalah lagu yang berkumandang di dalam dewan perlu diperlahankan sedikit kerana waktu begini lah kita berkumpul dan ingin berborak kan? Tapi, itu semua perkara kecil sahaja.

Akhir kata, korang jangan lupa masukkan Noranom Catering dalam senarai Buffet Ramadhan 2020 tau..

(Visited 551 times, 1 visits today)

2 thoughts on “SEMARAKKAN RASA RAMADHAN BERSAMA NORANOM CATERING & EVENT – BUFFET RAMADHAN 2020”

  1. Nina Mirza says:

    Tu ari 1st time jugak sampai sini.
    Dewan selesa! Harga memang murah berpatutan. Dah rasa , memang sedap!

  2. Huda says:

    Cantik yer tempat ni. Harga pun berbaloi sangat2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

error: Content is protected !!