KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN

Pertama kali Mommy dengar Teh Misai Kucing ini daripada sahabat-sahabat Mommy. Katanya bagus untuk kesihatan. Mula-mula, Mommy wonder juga kenapa namanya Misai Kucing.

Bila dilihat ‘paras rupa’ pokok Misai Kucing, barulah Mommy perasan yang pokok ini seakan-akan misai kucing.

KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN

Bila kita sebut Misai Kucing, ia merujuk kepada daun herba yang diproses menjadi teh. Misai Kucing ditanam secara meluas di kawasan tropika.

Ia secara tradisinya digunakan untuk mengawal penyakit kencing manis, buah pinggang dan kencing, tekanan darah tinggi dan sakit tulang atau otot.

KELEBIHAN TEH MISAI KUCING

KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN

– Misai Kucing adalah diuretik yang terbukti berkesan. Ia membantu menghilangkan air yang berlebihan melalui kencing.

– Misai Kucing sangat baik dalam membersihkan buah pinggang, menghapuskan toksin dan pengekalan air di dalam badan. Ia semula jadi dan tidak mengandungi kesan buruk yang biasa dilihat diuretik sintetik.

– Misai Kucing membantu menentang serangan radikal bebas yang merosakkan sejumlah besar DNA dan sel-sel. Boleh awet muda tau jika selalu minum.

– Misai Kucing telah digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan dan pembengkakan yang disebabkan oleh gout. Kesan anti-radang boleh membantu melegakan ketidakselesaan bengkak dan kesakitan, dengan itu melegakan gejala simptom sendi dan otot.

– Misai Kucing membantu mengimbangi tekanan darah tinggi

– Misai Kucing boleh menggalakkan kelonggaran otot dinding saluran darah, berehat atau melebarkan saluran darah, dengan itu menurunkan tekanan darah

TEH MISAI KUCING APOTEC DAN CARA PENYEDIAAN

Kandungan utama Teh Misai Kucing ini adalah Misai Kucing dan Daun Teh Hitam (Black Tea Leaves). Ia perlu disimpan di tempat yang dingin dan kering, dan jauhkan dari haba dan matahari.

KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN

Proses menyediakan Teh Misai Kucing kini lebih mudah dengan adanya uncang sebegini. Tak perlu lagi buat cara tradisional yang memerlukan kita rebus dan keringkan. Jimat masa.

KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN

Letakkan 1 uncang teh Misai Kucing dalam air panas selama 1-2 minit, kemudian boleh terus minum.

PENDAPAT MOMMY

KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN

Rasanya seperti teh biasa tanpa gula. Tapi agak ‘tebal’ bagi Mommy. Tak tahu macam mana Mommy nak describe tapi sedap juga dilayan panas-panas.

Mommy turut hidangkan buat Daddy memandangkan dia peminat Teh O tanpa gula. Sedap katanya.

Ia sangat sesuai untuk pesakit kencing manis dan sangat menjimatkan bila kita boleh guna uncang yang sama sehingga tiada warna dan rasa.

KENAPA PERLU MEMILIH APOTEC MALAYSIA

KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN

Teh Misai Kucing dari Apotec Malaysia ini merupakan salah satu ladang herba terbesar di Malaysia yang disahkan dengan MyGAP (Amalan Pertanian Baik), dibawah kendalian Syarikat BioAlpha Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat tambahan kesihatan bersepadu.

Aktiviti penanaman terletak di Desaru, Johor dan Pasir Raja, Terengganu. Dengan keluasan 1,303 ekar, Bioalpha mengendalikan salah satu taman herba terbesar di Malaysia.

KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN

Taman herba sedang dibangunkan untuk penanaman herba mentah yang akan digunakan untuk pengeluaran produk kesihatan yang berasaskan herba-herba.

Taman herba Bioalpha di Desaru merentasi sekitar 300 ekar, di mana lebih daripada 100 ekar telah dibangunkan dan ditanam sepenuhnya dengan pelbagai jenis tanaman, sementara aktiviti menanam sedang dijalankan untuk baki 200 ekar.

KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN

Sementara itu, Taman Herba Pasir Raja Kumpulan mempunyai kawasan seluas 1,003 ekar dengan 260 ekar yang telah ditanam sepenuhnya, manakala bakinya 744 ekar sedang dibangunkan.

Pelbagai jenis tanaman ditanam di taman herba, termasuk tumbuhan asli Malaysia seperti Tongkat Ali, Misai Kucing, Kacip Fatimah, Hempedu Bumi, Roselle dan Dukung Anak.

APOTEC – ADA PELBAGAI RANGKAIAN PRODUK

Untuk pengetahuan korang, Apotec bukan sahaja memiliki rangkaian produk teh herba, malah pelbagai produk lagi turut dijual seperti makanan kesihatan, minuman kesihatan dan supplemen.

KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN
KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

(Visited 174 times, 1 visits today)

10 thoughts on “KELEBIHAN TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN”

  1. Huda says:

    Banyak betul khasiat teh misai kucing ni. Tertarik nak try juga

  2. ina says:

    ohhh..mcm ni rupanya pokok misai kucing. yg mak Ina tanam tu ekor kucing,kaler dark maroon.

    Best pula tengok teh ni,Ina hantu teh. Bagus juga khasiat ni

  3. azni says:

    dulu dulu pernah femes pasal teh misai kucing ni… now naik balik erk ..
    azni recently posted…3 Hobi Yang Dapat Anda Lakukan sewaktu Perdagangan SahamMy Profile

  4. Ai says:

    Misai kucing ni memang banyak khasiatnya. Tapi tak berapa nak famous.

  5. SalinaJohari says:

    Pernah try teh misai kucing. Lepas consune badan jadi ringan dan bertenaga. Jenis susah nak membuang tapi bila minum.. aishh lega tau. Minum panas² best , ada geng yang amalkan .. dari berisi, berat badan turun. Kena rajin minum baru dapat keberkesanannya

  6. IQ says:

    menarik kandungan teh misai kucing ni, apatah lagi cara penanaman dia mendapat pengiktirafan. Bagus sangat! Tapi kalau ada pengguna yg bermasalah kesihatan, boleh direct ambik atau perlukan nasihat doktor juga?

  7. Haida says:

    Info yang baik ni, dan sesuatu yang bagus untuk dicuba oleh pesakit diabetes macam Haida

  8. Nadia says:

    baru tau pasl teh misai kucing ni..banyak betul khasiat dia..kandungan dia pun bagus..

  9. umi nazrah says:

    dah senang nak minum kan, rendam uncang dan minum ja ^_^

  10. Qaseh says:

    Sian kucing, amik misai dia ahaha teringin gak nak try, pokok dia pernah tengok di agrofarm melaka tak silap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!