CHECK KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH SECARA ONLINE

CHECK KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH SECARA ONLINE

Mujurlah ada group sharing perihal anak-anak sekolah ni. Terima kasih kak Arbi sebab bagi info mudah tapi memang penting untuk ibu bapa.

Ada orang bergurau, nasib zaman dulu takde macam ni. Haha. Betul la tu. Kalau kaki fly kan? Hahah..

Zaman sekarang ni, kadang-kadang ada juga ibu bapa ingat anak-anak ke sekolah, rupanya ‘melencong’ tempat lain. Haaa.. Inilah masanya untuk check semula kehadiran anak-anak ke sekolah.

The best part is, ia bukan sahaja untuk semak kehadiran anak di SEKOLAH RENDAH, ia juga digunapakai untuk pelajar SEKOLAH MENENGAH! Jeng-jeng. Mana mau lari?

CHECK KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH SECARA ONLINE

Ok nah ini cara-caranya:

1. Login https://public.moe.gov.my/ (masukkan maklumat ic ibu/bapa/penjaga biasanya)

2. Klik Kehadiran

3. Nama anak ada si situ. Macam saya, ada nama 2 anak. Klik setiap seorang untuk lihat maklumat terperinci.

4. Kita mulakan dengan nama si kakak contohnya. Akan ada maklumat anak, nama sekolah, nama kelas dan nama guru kelas.

Korang boleh klik dulu di bahagian Laporan Kedatangan. Contohnya Mommy semak tarikh hari ini, 6 Januari 2020. Akan ada peratusan kehadiran di situ.

Untuk Rumusan Kehadiran, ianya adalah maklumat sepanjang tahun, dari bulan Januari hingga Disember, bilangan hadir dan tidak hadir ke sekolah.

Mommy dapat maklumat daripada seorang guru, kehadiran pelajar akan ditanda setiap pagi. Jadi, jika tidak hadir, better beritahu guru kelas awal pagi.

So far, anak-anak Mommy masih maintain ke sekolah. Mudah-mudahan tiadalah rekod tidak hadir, kecuali atas masalah kesihatan atau apa-apa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Tindakan ibu bapa yang prihatin : Sila rekod kedatangan anak di planner / kalendar masing-masing. Just in case untuk elak cikgu ‘tersalah’ tanda.

Selamat ‘check’ anak-anak masing-masing ya.

Nak follow, silakan. Tak nak, tiada paksaan.

(Visited 531 times, 11 visits today)

3 thoughts on “CHECK KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH SECARA ONLINE”

  1. umi nazrah says:

    terima kasih kongsi. sebelum ni tak tau pun pasal ni, hehe
    umi nazrah recently posted…Promosi Januari 2020 Zinc Plus Shaklee Beli 1 Botol Free 1My Profile

    1. YB Shehan says:

      sama lah. sy pn baru tahu.

  2. OtakKiri says:

    Penat tau cikgu sekalian nak update data ni setiap hari. Jadi, manafaatkanlah sebaik mungkin.
    OtakKiri recently posted…Buka Akaun SSPN-i Online Untuk Memudahkan Anak Memohonan PTPTN?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!