banner KBBA9
Naracards Korea-Seoul Set

SPEECHLESS.. ALFATIHAH BUAT ARWAH BLOGGER ABAM KORIE

Pagi ni..

Mommy bangun dari tidur.

Mommy baca mesej di whatsapp.

Siapa yang meninggal?

Abam Korie?

Eh Mommy baru je baca status-status dia.

Memang dia sakit, tapi baru ni doc periksa semua, cakap ok.

Betul ke Abam Korie nih?

Baca lagi.

Allah. Allah.

Betul..

Abam Korie.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Allah. Gigil tangan.

Rasa nak rebah. Mata terus meleleh.

Mommy baru ja join kelas Tartlets dengan Abam Korie dan Isteri bulan lepas.

Baca : https://shehanzstudio.com/2019/11/kelas-tartlets-khaisya-delite-kek-dan-dessert-sedap-putrajaya.html

Mommy baru bergurau senda dalam Ig semalam. Homework yang dimaksudkan adalah buat cheese tart yang Mommy baru belajar dalam kelasnya. Allah.

Mommy ada tanya khabar kesihatan beliau akhir bulan lepas selepas waktu kelas. Sebab nampak Abam Korie memang macam tak berapa sihat. Allah.

Allah bagi Mommy peluang berkhidmat untuk Abam Korie buat kali terakhir.

Abam Korie buka peluang untuk masuk kelas baking pertama yang dianjurkan Khaisya Delite.

Abam Korie bagi Mommy peluang promosikan perniagaan mereka. Allah.

Abam Korie masak untuk kami waktu tengah hari walaupun sebenarnya Mommy kesian tengok dia. Gigihnya dia mencari rezeki, Ya Allah.

Arwah Abam Korie yang Mommy kenali, sangat baik dengan semua orang, jarang nak emosi, sangat family-man, rajin dan sangat-sangat-sangat baik. Allah..

Kak Aisyah dan anak-anak, Mommy doakan akak dan anak-anak tabah dan kuat menerima dugaan ini.

Allahuakbar. 

(Visited 275 times, 1 visits today)

3 thoughts on “SPEECHLESS.. ALFATIHAH BUAT ARWAH BLOGGER ABAM KORIE”

  1. Izyan says:

    Arwah mmg sangat baik. Speechless jugak.

  2. umi nazrah says:

    innalillahiwainnailaihorijiun. al-fatihah dengan bacaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Related Post

NAELOFAR HIJAB (BABES & BASIC TANPA AWNING)

NAELOFAR HIJAB (BABES & BASIC TANPA AWNING) Assalamualaikum. Ha.. Mommy dah betul2 fall in

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU HANNAH DAMIA YANG KE 3!!

*warning: long post & load with picsss* Seakan sama sambutan macam 1st birthday HD,

Lirik Suaramu Syairku Apak Khalifah

SUARAMU SYAIRKU – APAK HARRY KHALIFAH

Dah dengar ke korang? Lagu Apak, tak pernah tak best! Bila dengar sekali, korang

error: Content is protected !!