banner KBBA9
Naracards Korea-Seoul Set

SCHOOL HOLIDAY SPECIAL 2019 WITH PRASARANA

SCHOOL-HOLIDAY-SPECIAL-2019-WITH-PRASARANA-16

Daddy daftarkan Hannah & Ariq untuk program School Holiday Special 2019 with Prasarana tahun ini. Ini kali pertama Hannah & Ariq terlibat dengan aktiviti under Prasarana yang mensasarkan pelajar sekolah.

Well.. cuti sekolah kan? Ok juga la ada aktiviti selain duduk kat rumah je. Mommy kena teman, while Daddy kena kerja. Hmm. Mulanya Mommy risau juga kalau Ariq buat perangai ke, Mommy tak terhandle sorang-sorang. Turn out, dia sangat bagus! Teruja tapi masih ikut semua arahan.

Sarapan pagi berupa sandwich dan karipap turut disediakan. Mujurlah Hannah dah sarapan di rumah, jadi bila di sini, hanya Ariq sahaja yang makan sandwich dan karipap tersebut. Hannah tu setia sangat dengan picky-eater habit tuh.

Selesai pendaftaran dan sarapan, semua mengambil tempat untuk mendengar taklimat dari staf Prasarana. Jaket keselamatan turut diberikan kepada semua pihak terlibat sebagai VISITOR (of course saiz budak tiada, kena la pinjam walaupun saiz dewasa). Hee. Comel jer.

Anak-anak yang join ini paling muda berumur 4 tahun dan paling remaja ialah umur 16 tahun. Serius Mommy tak sangka ada pelajar sekolah menengah pun join program begini. Bagus lah. Mungkin minat dengan train dan bas? Mungkinlah..

Kemudian, sedikit aktiviti ice-breaking turut dibuat. Ala.. simple game je pun. Anak-anak pun seronok. Korang boleh tengok video kat IG Mommy.

Rancangan bermula seperti di bawah ini. Dan memang semua aktiviti punctual sepanjang pemerhatian Mommy. Semua tempat diberi taklimat yang sesuai untuk anak-anak ini lebih faham. Bagus Abam Iqbal dan staf-staf lain layan adik-adik nih.

Mula-mula sekali semua peserta dibawa naik ke platform. Diberi taklimat mengenai keselamatan dan telefon kecemasan yang berada di platform.

Lawatan ini turut disertai oleh abam-abam polis bantuan.

TERUJA LAWAT WASH PLANT KLJ

Orang awam semestinya tidak akan pernah melihat bagaimana LRT dicuci kan? Even, Daddy yang keje situ pun, belum pernah datang ke Wash Plant KLJ. Sebenarnya keadaannya sama macam korang drive kereta, masuk car wash automatik tu, disembur air kuat-kuat di depan dan tepi badan LRT, kemudian ada brush gulung-gulung tu. Macam tu je lah cucinya. Itu pun teruja gais. Tak semua orang boleh ke sini lagipun. Huhu.

Untung anak-anak, untung Mommy juga sebab ikut. Heee..

DATANG KE TRAIN WORKSHOP

Tempat kedua adalah train workshop. Kumpul dulu, kemudian baru ke OCC pula.

BRIEFING MENGENAI OPERATION CONTROL CENTRE (OCC)

Di OCC Gallery, semua peserta diberi taklimat lagi mengenai cara LRT beroperasi. Hannah dengan pelbagai soalannya tu, memang Mommy dah jangka. Tapi, rupanya ada lagi ‘student’ yang rajin bertanya. Kemudian, kuiz simple pun ada.

Sebelum masuk ke OCC, korang nampak tak benda bulat ini? Inilah yang digunakan untuk gali tunnel bawah tanah tu.. Selebihnya tu Mommy tak dengar sangat sebab duduk jauh sket. Taknak la over dari peserta. Haha.

NAIK BAS DARI OCC KE LRT LEMBAH SUBANG

Heading to BRT pula. Selepas didedahkan ilmu mengenai LRT, kini tiba masa untuk semua peserta gali ilmu mengenai BRT (Bus Rapid Transit). Berkumpul dulu kemudian naik bas ke stesen LRT Lembah Subang.

NAIK BRT DI STESEN LRT USJ 7

Dari stesen Lembah Subang ke USJ 7 menaiki LRT, kemudian transfer naik BRT pula. BRT adalah sistem bas yang cepat, di mana tiada kenderaan lain di laluannya.

Ariq dengan terujanya menjerit ‘Sunway Lugulun’ bila ternampak signage Sunway Lagoon. Adoi. Malu Mommy. Dah banyak kali ajar sebut betul-betul dik!

MELAWAT BRT DEPOT

BRT tidak menggunakan petrol, malah menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Di sini, kami lihat semua bas dan alat pengecas ibarat stesen minyak pula. Hehe.

Jam menunjukkan hampir jam 1 petang. Kami menaiki LRT dari USJ 7, direct ke Ara Damansara sebelum masing-masing beransur pulang selepas menerima sedikit cenderahati dan makanan tengah hari.

Terima kasih Prasarana kerana mengadakan aktiviti sebegini. Banyak ilmu yang anak-anak boleh dapat dalam lawatan sambil belajar sebegini.

(Visited 225 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

error: Content is protected !!