banner KBBA9
Naracards Korea-Seoul Set

CABAR DIRI UNTUK FIT DENGAN #FITSUPERB9

CABAR DIRI UNTUK FIT DENGAN FITSUPERB9

Nak kurus? Nak fit? Mana satu yang korang nak? Dua-dua kan? Mommy tahu. Akan tetapi, tahukah korang akan berat tidak semestinya kena-mengena dengan saiz seseorang? Jika selama ini kita hanya fokus kepada kesihatan dengan merujuk kepada berat, ubah pemahaman itu.

Apa yang penting sebenarnya ialah tahap kecergasan, kemampuan tubuh dan bentuk badan yang sihat dan FIT (bukan kurus atau gemuk).

Mommy sendiri pun nak fit. Mommy sendiri pun nak Daddy fit. Demi kesihatan masa depan. Ahh.. skema je kan?

Tapi betul la kan korang? Siapa tak nak FIT? Yang selalu banyak alasan tu sebenarnya bukan tak boleh. Kalau tiada masa, cuba ‘ada’kan masa tu. Mustahil lah semua orang sibuk sangat sampai senaman pun ‘tiada masa.’

Allah. Ayat tu sebenarnya untuk diri sendiri juga. Berapa kali je turun kat gym rumah ni. Haha. Gila malas yang sebenarnya.

Satu lagi rasa macam tak puas nak exercise tanpa mengetahui adakah apa latihan yang kita buat itu betul dan berkesan? Jadi, nak tak nak, kena lah cari guru kan?

Nah.. kebetulan baru-baru ini Mommy ternampak poster “FITSUPERB 9” kelolaan @KaptBlack. Tanpa fikir panjang, kali ni Mommy daftarkan terus nama Daddy sebab bagi Mommy, since Daddy memang minat bersukan, apa salahnya spend time untuk program sebegini. Mana tahu boleh kurus sekali? Bonus tu.

PILIH SETIAWANGSA

Memandangkan pilihan masa agak limited, Daddy memilih Setiawangsa sebab hanya Setiawangsa ketika ini menawarkan latihan waktu malam. Hujung minggu, kadang-kadang ada je aktiviti yang nak kena buat kan? Maka, bermulalah perjalanan Daddy dari Semenyih – Subang – Setiawangsa – Semenyih setiap kali latihan.

Nah Mommy kongsi antara aktiviti yang mereka buat dari hari pertama (30 Oktober 2019).

Mula-mula sekali mereka akan timbang berat badan kita dan mulai dari hari tersebut, mereka akan mula pantau setiap minggu. Kalau tak turun, jeng jeng. Siap lah kau. Hahaha.

Berat dirahsiakan.. Hihi

Menurut Daddy, dari malam pertama dah tiada peluang untuk nak bersantai-santai. Memang kaw-kaw punya kena ‘dera’. Well sayang, ‘beauty is pain’. Atau, ayat yang sepatutnya adalah ‘No pain, no gain!’. Serius itu sangat tepat.

Mereka perlu membawa exercise mat, air dan sebarang makanan penambah tenaga (snek) dan berbaju putih.

Coach untuk jajahan Setiawangsa adalah Dr. Farha dan suaminya Coach Naaim. Untuk malam 1st dan 2nd training, Dr Farha yang lead. Dan hari selebihnya bergilir-gilir atau kadang ada mereka datang bersama.

Cuaca malam sebenarnya lagi seronok. Sejuk sikit. Ditambah team Setiawangsa tidak terlalu ramai, ini membuatkan Daddy lebih fokus. Sejujurnya Mommy lebih suka begini. Dah macam personal training. Kalau harga personal training, Mommy rasa tak terjangkau akal kot.

Untuk rekod, 2 minggu berat Daddy tak turun. Tapi, bonus yang Daddy dapat adalah stamina makin meningkat. Kalau minggu pertama, Daddy rasa ‘koyak’ sana sini, termasuk mental pun koyak, tapi makin lama badan Daddy dah boleh adapt. Betul lah apa yang diterapkan oleh Kapten Black dalam misi Fit Superb ini, ‘trust the process’.

Tapi, 2 minggu terakhir, berat Daddy turun. Wah.. Good achievement! Tahniah Daddy. Jaga makan semestinya, selain training yang kaw-kaw begini.

Ini gambar latest selepas sebulan join training.

PESANAN MOMMY JIKA BETUL-BETUL NAK FIT

Sebenarnya, tanpa desakan dan sokongan moral orang sekeliling, training yang padu dari coach, pemakanan yang dipantau, semua ni takkan berhasil. Ya, memang usaha Daddy sendiri, tapi Mommy secara tak langsung, sentiasa bagi sokongan dan motivasi buat Daddy. Bukan nak bangga diri tau, tapi Mommy nak Daddy berjaya dapat apa yang dia impikan iaitu FIT. Turun berat badan tu memang bonus buat Daddy.

Jangan mudah putus asa! Ada masa, moral kita down juga apatah lagi melihat makanan yang sedap-sedap, berat yang kadang naik turun, tapi cubalah tabahkan hati. Kuatkan semangat. Lagi pula, kalau tak jaga betul-betul, lekat penyakit pelik-pelik, menyesal pula.

MINGGU TERAKHIR TRAINING

Gambar-gambar di bawah ini merupakan gambar semasa latihan minggu terakhir Daddy bersama team di bawah bimbingan Coach Dr Farha dan Coach Naaim.

KEBAIKAN JOIN #FITSUPERB9

Ini merupakan testimoni Daddy sepanjang sebulan bersama Fit Superb 9.

“Bagi saya, program sebegini memang terbaik dan perlu diteruskan lagi. Dengan adanya guide dari coach Dr Farha & Coach Naaim, saya berjaya tingkatkan stamina & berjaya kurangkan berat badan. Kurang berat badan adalah BONUS buat saya. Terbaik!!”

Menurut Daddy lagi, kebaikan join Fit Superb ini :

  • Belajar cara workout yang betul, kalau salah cara, kurang kesan pada body
  • Ada pusher – Trainer buat trainee semua motivated
  • Ada geng – Tak letih sorang-sorang. Letih dikongsi bersama.
  • Competitive element – persaingan sihat antara trainee
  • Belajar cara pemakanan
  • Building friendship / networking

Testimoni dari seorang lagi trainee yang bersama Daddy dalam FS9 kali ini :

“Bila join FS – rasa lebih semangat dan seronok nak turunkan berat secara sihat. Coach Dr Farha n coach Naaim juga terbaik sebab sediakan rutin yang pelbagai mengikut tahap peserta yang join dan keep track even selepas program. Kata-kata semangat untuk break mental block semasa wo, sesi sharing lepas wo and aktiviti hujung minggu sangat berkesan untuk kita fokus mengamalkan lifestyle yg sihat. Sekarang, lebih positif dan berstamina disamping kurang berat.” – MizZura

Terima kasih juga Mommy ucapkan buat kedua-dua coach ini sebab train Daddy dengan bagus sekali. Dan tak lupa buat Kapten Black yang buka peluang ini. Terima kasih banyak-banyak.

Looking forward untuk program Jom Kurus dan another Fit Superb nanti. Tahniah kepada semua pihak terlibat.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow socmed di bawah :

(Visited 205 times, 1 visits today)

16 thoughts on “CABAR DIRI UNTUK FIT DENGAN #FITSUPERB9”

  1. saidila says:

    hurmmm no wonder hari tu jumpa nampak lagi fit lagi ensemmm sampai kalah KJ .. pasni nak suh abg dd join gakk biar tambah gantengggg #ehhh

    1. YB Shehan says:

      hahahahahha adudududud kembang la balik dia satgi

  2. Marina says:

    Betul. Kalau ada coach dan geng2. Mesti rajin nk fitkan diri

  3. TATI MANSUR says:

    Woww!! Terbaik.. Badan fit kurus pun dapat ya.. Lepas ni jom join sama-sama..

  4. Wahhh bestnyaa.. teringin gak nak join.. nak fit kan semula badan ni

  5. tunggu smpai kluang leh join hehe

  6. Yaya Azura says:

    Nak fit jugak..nak kurus..tapi apa kan daya workout jap je dah semput

  7. Nina Mirza says:

    Tak dinafikan program fit superb kapten black memang BEST!
    Dr Farha dan Naim pun ohsem. Memang bila ada team kawan sesama sama matlamat kita lebih teruja menjayakan target. Nanti nak join lagi laaa..

  8. Haida says:

    Nak join tp takut tak bersedia dengan jadual tu semua…

  9. SalinaJohari says:

    Setuju. Gemuk atau kurus bukan kayu pengukur untuk fitness. Eksesais tu penting demi kecergasan. SlimFit ..hehhe..pakej +bonus..nti nak join jugakkkk #fitsuperb9

  10. Bestnyaaa… Bilalah nk datang seru sesais camni juga

  11. Lya says:

    Program2 gini elok gak join .. tapi kita ni masa tak dan nak join huhuhu .. kena carik masa utk join gak ni .

  12. Nadia johari says:

    Buat ni memmg mental kene kuat.. Kalau lama tak buat aktiviti mcm ni mmg sengal2 badan.. Tapi utk kesihatan.. Join mcm ni best

    1. YB Shehan says:

      lepas tu stamina mmg padu. hehe.. dia ketua keluarga, kena la kuat slalu. heeee

  13. Fuhhh mmg nampak beza laa Daddy, terbaik lah!

  14. Ai says:

    Dah lama x join aktiviti gini. Next year boleh plan untuk join balik ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

PATUTLAH TAK SEDAP HATI

TAK SEDAP HATI | Sejak dari pagi, hati Mommy ni dubdab.. dubdab.. Tak tahulah

MENANG GIVEAWAY LINGHAM’S CHILLI SAUCE PROSPERITY HAMPER

GIVEAWAY LINGHAM’S CHILLI SAUCE PROSPERITY HAMPER | Yeay!! I won that day!! Ini dia yang

MOONAZ SWIMMING ATTIRE KELAS RENANG KANAK-KANAK DAN DEWASA KELAS BELAJAR RENANG SWIMRUSH AMPANG

KELAS RENANG KANAK-KANAK DAN DEWASA | KELAS BELAJAR RENANG SWIMRUSH | AMPANG

Mommy nak tanya ni.. Kalau hujung-hujung minggu tu, korang ada buat apa-apa aktiviti dengan

error: Content is protected !!