banner KBBA9
Naracards Korea-Seoul Set

DAH BELI KELENGKAPAN SEKOLAH? JOM KE PASARAYA HARI-HARI. ADA TAWARAN HEBAT!!

BELI KELENGKAPAN SEKOLAH DI PASARAYA HARI-HARI (8)

Korang dah beli ke Kelengkapan Sekolah? Mommy tahu, ada yang teruja anak nak masuk tahun 1, ada yang nak beli kelengkapan sekolah awal-awal sebab takut habis saiz.

Semua tu betul gais. Mommy sendiri pun nak beli awal-awal. Salah satu sebabnya, hujung bulan nanti Mommy nak balik kampung dan travel. Dekat-dekat hujung bulan baru balik ke KL semula. Risau juga kalau kelam kabut kan?

Jadi, baru-baru ini, selepas selesai buat passport anak-anak Mommy di UTC Keramat, Mommy terus lajak ke Pasaraya Hari-Hari cawangan Semenyih. Dekat dengan rumah Mommy jer pun.

Ini merupakan kali pertama Mommy shopping di Hari-Hari. Tak sangka, banyak betul diskaun dan harganya memang berbaloi. Beza juga la harga dengan pakaian sekolah yang Mommy biasa beli sebelum ini.

Memandangkan masa tu orang pun tak berapa ramai sangat, Mommy diberi layanan penuh opeh staf-staf Hari-Hari. Siap ada yang tolong pakaikan baju sekolah untuk Ariq. Memang terbaiklah layanan.

Apa yang memikat hati Mommy adalah semua staf Hari-Hari memakai baju sekolah. This is rare! Rupanya setiap tahun memang macam tu. Aura back to school masyaAllah. Hebat sungguh. Heee.

Korang bagi chance la Mommy teruja sebab pertama kali datang tau. Serius rasa rugi tak datang sejak Hannah darjah 1. Lebih jimat.

Kalau korang dah shopping tu, jangan lupa selfie dengan staf dorang tau especially pengawas. Sebab Hari-Hari ada buat contest selfie bersama pengawas di Instagram mereka dengan #hariharisekolah. Semoga kami menang!

Semua kelengkapan sekolah memang ada di Pasaraya Hari-Hari. Dari alat tulis, beg sekolah, pakaian sekolah, pakaian pengawas, pakaian sekolah agama yang dijual dalam bentuk set, stokin, kasut, pakaian dalam, tudung dan macam-macam lagi. Pakaian biasa pun ada dengan harga yang sungguh murah dan berbaloi.

Macam Mommy shopping untuk 2 beradik ni, habis around RM400+ gitu. Setiap sorang beli 3 pasang pakaian sekolah, Hannah pula kena beli baju pengawas tahun ini. Cuma cari tshirt pengakap, tidak dijual pula. Sayang sekali.

Satu set baju sekolah agama untuk Hannah cuma RM36.90. Berbaloi-baloi jual set macam ni. Kualiti kain cottonnya memikat hati Mommy. Tebal dan warna nila.

Korang bayangkan la eh, kita boleh dapat kurang dari RM65 untuk full set baju, seluar, kasut dan stokin untuk size paling kecil.

FREE GIFT DAN DISKAUN SEHINGGA 15%

Memandangkan Mommy shopping melebihi daripada RM150, Mommy dapat banyak FREE GIFT iaitu :

  • Calendar;
  • Stokin Putih dan/atau;
  • Kasut Putih
  • (untuk pembelian berjumlah RM30 ~ RM150)

Mommy prefer pilih stokin sebab kasut sekolah, dah confirm tak pakai warna putih.

Untuk pemegang Kad Debit/Credit CIMB boleh dapat diskaun 15% dari 1/12 sehingga 31/12.

Juga untuk bulan ini sahaja, Hari-Hari melancarkan pembelian atas talian di www.ehari.com dimana, SEMUA BARANGAN SEKOLAH diberi DISKAUN 15% untuk pembelian atas talian. FREE SHIPPING untuk pembelian minima RM50. Untung kan?

CAWANGAN PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Hari-Hari ada 86 cawangan seluruh Malaysia. Korang boleh layari www.hari.com.my untuk lihat cawangan terdekat korang.

CHECKLIST KELENGKAPAN SEKOLAH

Ada yang tanya checklist kelengkapan barang sekolah kan? Meh Mommy sarankan buat korang.

PAKAIAN SEKOLAH / UNIFORM

Untuk sekolah kebangsaan (pengawas), sekolah petang (KAFA) – Mommy beli 3 pasang each. Kalau mampu, 5 pasang. Tak terkejar nak membasuh. Daripada pengalaman Mommy, 3 pasang memang tak cukup. Sebab both sekolah guna uniform yang sama. Cuma tahun ini, Hannah pakai baju pengawas. Jadi cukup lah 3 pasang sahaja untuk Kafa.

Untuk Ariq pula, Mommy pilih baju dan seluar sekolah jenama Jony & Jeny. Ramai bagi pendapat brand ni memang ok sangat.

TUDUNG & ANAK TUDUNG

Mommy pilih yang jenis snowcap dan inner tudung biasa juga. Kalau boleh, beli je banyak-banyak.

KASUT SEKOLAH

Mommy beli sorang sepasang sebab kasut tahun lepas masih ok. Kriteria utama ialah ringan. Mommy tengok dalam Pasaraya Hari-Hari ni murah-murah je gais. Ringan pun yer. Jangan lupa tulis nama anak di atas tapak bahagian dalam dan juga bahagian tapak luar.

BAJU SUKAN

Boleh beli kat koperasi sekolah. Alert dengan tarikh bila koperasi sekolah dibuka. Kalau belum ada seluar dan baju sukan yang bercop sekolah, korang boleh terus shopping kat Hari-Hari ni jer.

ALAT TULIS

Sediakan stok lebih sebaiknya. Terutamanya kalau anak tahun 1. Pasti kes hilang tu terjadi. Ia lumrah. Tak perlu marah anak.

  • pensil
  • pemadam
  • pembaris
  • pengasah pensil
  • pensil warna
  • gam
  • gunting
  • pembalut buku tulis & buku teks

BEG SEKOLAH

Ada pelbagai jenis beg yang korang boleh pilih di sini. Beg plain, beg bercorak, beg kartun dan macam-macam lagi. Anak-anak Mommy suka jenis ni pula tahun ni.

BUKU TULIS

Buku tulis biasanya Mommy beli di sekolah sebab ada cop sekolah.

BOTOL AIR

Anak-anak Mommy memang dibekalkan dengan sebotol air setiap hari. Jadi, botol air ni, Mommy sarankan, korang beli je yang murah-murah dulu. Bila anak dah pandai jaga, then ok la kalau nak beli yang branded. Percayalah, dalam setahun, 3-4 kali juga kena beli baru. Haha.

BEG DUIT

Bagi anak perempuan, biasanya mereka suka wallet atau beg duit fancy-fancy ni. Budak laki pun tak kurang hebat. Korang boleh pilih jenis-jenis kartun kegemaran mereka. For sure dorang suka.

BAJU MELAYU & SONGKOK

Untuk anak-anak lelaki, semuanya lengkap juga di Hari-Hari. Tinggal pilih saiz jer.

LUNCH BOX

Selain botol air, lunch box pun ada pelbagai pilihan. Sesuai untuk anak-anak yang suka bawa bekal, ibu-ibu yang suka anak-anak makan makanan dari rumah. Murah-murah jer.

INNER WEAR

Jangan lupa masukkan inner wear dalam checklist ye? Contohnya macam singlet, panties, boxer dan sebagainya. Mommy terlupa ok! Haha. Kena pergi beli nanti.

TEMPAH STICKER

Ok ini pun penting juga. Mommy biasanya akan tempah sticker untuk dilekatkan di semua peralatan sekolah anak. Contohnya untuk dilekatkan di buku tulis, kotak pensil, alat tulis, pakaian dan sebagainya.

KOS YURAN

Jangan lupa masukkan kos yuran dalam checklist ya. Kang, kemain boros berbelanja, lupa pula masukkan bajet yuran. Hehe.

Akhir kata, selamat berbelanja. Jangan lupa follow facebook Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd dan instagram @harihariofficial sebab ada banyak contest di sana dan juga info-info menarik.

(Visited 572 times, 1 visits today)

6 thoughts on “DAH BELI KELENGKAPAN SEKOLAH? JOM KE PASARAYA HARI-HARI. ADA TAWARAN HEBAT!!”

  1. mas saari says:

    Best kan shopping kat Hari Hari, semua kelengkapan sekolah ada. Cukup lengkap!

  2. Lyana Ishak says:

    Waaaa banyak jugak peralatan sekolah yg boleh beli dekat Hari Hari nuh

  3. Hafiz Rahim says:

    Kenapa akak yang pakai baju muka ketat je. Mommy paksa eh. hahaha

    1. YB Shehan says:

      tgh fokus la, hahahahah.. dia ok jer

  4. Akak tiap tahun shopping baju sekolah kat Hari Hari, puas hati harga & kualiti

  5. Lya says:

    Wahhh dah shopping dah hannah dan ariq .. best kan shopping kat hari2.. pakaian seragam berkualiti dengan harga mampu beli ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

error: Content is protected !!