Naracards Korea-Seoul Set

TAHNIAH TOKTI, DUTA CUCKOO 2020 – KonsertKOO #withCUCKOO

TAHNIAH TOKTI, DUTA CUCKOO 2020 - KonsertKOO #withCUCKOO (1)

Helo gais. Mommy sebenarnya agak teruja bila dapat tahu yang Tokti bakal ada dalam #konsertkoo with Cuckoo 2019 ni. Sebenarnya sebelum tu, agak surprise juga lah siapa yang akan jadi Duta Cuckoo, sebab sebelum ini Cuckoo cuma ada Cuckoo Friends. Even, our NM pun tak dedahkan siapa artis yang bakal ada dalam konsert ini.

Once poster dah keluar baru lah, wow!! Mommy kena pergi! Kena! Giler kau kalau tak pergi.

Lagipun konsert ini diadakan untuk menghargai rakyat Malaysia yang menyokong Cuckoo selama ini, sekaligus menyambut ulang tahun Cuckoo yang ke 5.

Ya.. 5 tahun dah Cuckoo. Happy Birthday Cuckoo!!

Hari #Konsertkoo tu sama dengan hari Ariq terima award kat sekolah. Risau la juga takut lambat sebab Elle ajak pergi awal sikit. Jam 2 petang sharp, kami bertolak ke Sunway Lagoon. Tq Elle tumpangkan Mommy. Merasa naik kereta cantik dan mahal. Heee

Jam 8 malam baru kami mula masuk ke kawasan Surf Beach, Sunway Lagoon. Terus ke exclusive zone sebab zon ni zon berbayar. Tq Elle sponsor anak-anak buah. Heee.. Our NM memang baik hati!

Pada mulanya, risau juga sebab hujan lebat. Kemudian berhenti, kemudian renyai semula. Haha.. Layan je lah. Alang-alang datang.

Tema malam itu adalah Neon tau. Mommy dapat free goodies macam dalam poster ni haa.

Risau juga baju ni besar ke apa. Tengok ok jer Nampak gaya, Mommy memang makin ‘besar’.. Sobs.

Water purifier Cuckoo pun banyak tersusun dalam Sunway Lagoon tu. Tak payah beli pun.

Majlis bermula. Takdelah dekat sangat pentas dengan Mommy. Mujurlah ada teknologi zoom kat fon. Haha. Kami dihiburkan dengan gelagat pengacara radio tempatan seperti Era, Gegar, Sinar & Zayan, artis-artis seperti Adira, Floor 88, Ziana Zain, Khai Bahar, Hetty Sarlene (Cuckoo Friends 2018), Zizi Kirana, Hael Husaini, dan Exists. Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar (Cuckoo Friends 2018) pun turut di sana.

Tidak ketinggalan, bintang GV 2019 pun ada antaranya iaitu Wann, Sham Visa, One Nation Emcees dan Naqiu. Ditambah pula pengacara Nabil (Cuckoo Friends 2018) yang masuk ketika bintang GV ini take turn untuk perform. Korang boleh imagine lah meriah dia macam mana.

Last but not least, sudah tentu lah Tokti yang nyanyi kan? Wuuu. Tak sia-sia Mommy datang. Ini yang Mommy nak tengok sangat-sangat. Qualified as #sitizoners once tengok konsert dia kan? Aci lah ye. Last tengok konsert Siti tahun 2001 haa.

Nak tengok video dorang menyanyi, korang pergi je tengok kat IG & IGTV Mommy (@myapilot).

Ini antara info menarik yang dikongsikan Mr KC Hoe pada malam tu juga mengenai pencapaian Cuckoo. Memang terbaik lah!! Tahniah Cuckoo!!

Siap ada pengumuman Multi Cooker baru haa.. Twin Pressure Multi-Cooker – JHT10. Dia punya teknologi, memang ‘jahat’ betul. Best gila gaisss.. Korang boleh layari IG @ybshehan.cuckoo untuk maklumat lanjut pasal JHT10 ini.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Pengumuman siapakah Duta Cuckoo 2020.

Teruja kami masa ini sebab selepas Tokti dan yang lain-lain sama-sama nyanyi lagu Happy Birthday buat Cuckoo, Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Antarabangsa (Malaysia) Mr KC Hoe terus mengumumkan Duta Cuckoo 2020 dan dimeriahkan dengan letupan bunga api secara besar-besaran.

Tahniah Tokti!! Kini sudah bergelar Duta Cuckoo 2020. Welcome to Cuckoo Family.

Korang tengok lah penangan Vivo sebelum ini macam mana, kali ini mungkin Cuckoo rasa yang sama. Moga rezeki kami lah warga Cuckoo.

Korang yang minat nak pasang Cuckoo, jangan risau. Cari je Mommy tau.

Nah klik : http://ybshehan.wasap.my

Tunggu apa lagi?

(Visited 88 times, 2 visits today)

1 thought on “TAHNIAH TOKTI, DUTA CUCKOO 2020 – KonsertKOO #withCUCKOO”

  1. Dura Norell says:

    Bestnya dapat dgr tokti dan hael nyanyi live depan mata hehe
    Dura Norell recently posted…Happy Birthday AbangYan yang ke-6 tahunMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!