Naracards Korea-Seoul Set

PERCUTIAN DI SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES GENTING #HAPPY10THANNIVERSARYKBBA9

PERCUTIAN-DI-SWISS-GARDEN-HOTEL-RESIDENCES-GENTING

Happy Birthday Kelab Blogger Ben Ashaari. Happy 10th Anniversary Kelab Blogger Ben Ashaari. Kita wish kedua-duanya sekali.

2019, tahniah diucapkan buat Kelab Blogger Ben Ashaari #KBBA9 kerana sudah menjangkau 10 tahun di dalam arena blogging.

Dalam tempoh 10 tahun, macam-macam pengalaman pahit manis, gathering, travelling, amal kebajikan dan sebagainya dilakukan oleh kelab ini. Tahniah #KBBA9.

Tahniah buat penaung kelab paling kental pernah Mommy kenal, Ben Ashaari.

Alhamdulillah, bulan lepas, Mommy antara ahli KBBA9 yang terpilih menerima tajaan percutian bersama keluarga ke Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highland.

Paling best, ada tawaran istimewa untuk harga bilik di Swiss-Garden Genting iaitu RM99 sahaja (harga asal RM380). Kalau korang nak dapat tawaran hebat macam ni, korang kena rajin follow Instagram, Facebook dan laman web mereka.

TIPS PENTING KORANG KENA INGAT

Mommy dan keluarga di Swiss-Garden Genting untuk tempoh 2 hari 1 malam sahaja. Mommy nak pesan beberapa perkara penting sebelum korang pergi ke sini tau. Baca habis-habis.

KELUAR AWAL DARI RUMAH

Walaupun mall mana-mana pun memang buka jam 10 pagi, kalau boleh, korang keluar la awal dari rumah. Unless korang memang sarapan kat rumah tu, ok la. boleh shopping lama sikit di Genting Highlands Premium Outlets. Hehe.

CHECK IN DAN TERUS LAWAT SEKITAR SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES

Selepas puas shopping di GPO, boleh la terus ke Swiss-Garden Hotel & Residences. Mommy sarankan lepas korang check in, korang pusing semua block hotel mereka ini. Sebab Mommy hotel mereka ini ada banyak block. Dan setiap block, ada tarikannya tersendiri.

GYM

Mommy inap di Block C, manakala fasiliti gym dan kolam renang di Block B. Jadi, terlebih dahulu Mommy ambil masa untuk melihat sekitar gym, fitness room dan community hall di tingkat 42, Block B.

Luas sangat gym mereka. Dan ini pula bahagian luar gym. Boleh rehat di sini sambil menikmati pemandangan dari tingkat 42.

Korang boleh nampak puncak Genting Highlands dari sini juga.

MANDI KOLAM

Kolam renang yang kami pergi tu terletak di Block B. Besar dan ada 2 bahagian yang dibahagikan dengan bangunan berbentuk segitiga di tengah-tengahnya, selepas korang keluar dari pintu lif.

Sebelah kanan, ada kolam kanak-kanak dan jakuzi serta shower.

Jakuzi yang kadang on, kadang off. Hihi.

Manakala sebelah kiri adalah kolam dewasa yang bersuhu panas.

Mommy kurang selesa dengan adanya pihak sekuriti yang agak dekat dengan kami. Agak kurang privasi. Mommy faham tiada lifeguard, tapi anak-anak berada di dalam kawalan kami sentiasa. Mohon pihak hotel pantau perkara ini.

TERLALU BANYAK SPOT CANTIK UNTUK KAKI SELFIE / INSTAGRAM

Bangunan segitiga yang Mommy maksudkan tadi sebenarnya adalah Alcove Roof Top, tempat yang boleh digunakan untuk majlis seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Cantik sangat kawasan ini ya kawan-kawan..

Korang yang suka berposing port cantik tu, Mommy cadangkan korang datang ke hotel ini.

Memang cun-cun tempatnya.

Lobi pun cun gais..

BILIK

Ini merupakan bilik yang kami inap ya. Ada twin bed. Boleh gabung masa nak tidur dan pastikan kemas semula esoknya. Hehe. Lengkap meja dan tempat rehat mini.

Kalau korang nak iron & iron board, boleh didapati di luar koridor bilik. Dalam bilik, lengkap dengan peralatan seperti penghawa dingin, Tea/Coffee Making dan In-safe Deposit Box. Tandasnya pun besar dan cantik.

REHAT DAN KELUAR LEPAS MAGHRIB – JANGAN LAMBAT SANGAT

Andai korang bercadang untuk ke Skytropolis Indoor Theme Park di Resorts World Genting, korang jangan lambat sangat keluar dari hotel. Kalau nak dinner dahulu, ada beberapa gerai sekitar hotel.

TAK BERBALOI PUSING WAKTU MALAM UNTUK MAIN-MAIN

Jujurnya, bagi Mommy tak puas dan tak berbaloi untuk main di Skytropolis ni jika korang tiba jam 9 ke atas macam Mommy. Kalau dapat main seharian dengan tiket 1 day pass, baru berbaloi. Repeat sampai muntah.

Satu game, RM15 tau. Dah la ada permainan yang Ariq nak main, Hannah tak boleh teman. Terlebih tinggi. Bila yang Hannah layak main, Ariq pula tak boleh, perlu ditemani dewasa.

Dah la beli 4 tiket konon-konon nak bagi sorang 2 game la.. Last-last, Ariq main 3 game, Hannah dapat main 1 game je. Jenuh Daddy kena pujuk Hannah.

Bila dah tak puas main di sini, kami nak ke bahagian arcade game. Sayangnya kaunter dah tutup jam 10. Sobs. Takde rezeki juga.

NAK REPEAT LAGI?

Definitely yes! Hotel sangat best! Dah la boleh repeat ke GPO juga. Nak naik shuttle service pun ada tau.. Hahaha.

Korang jangan lupa ikuti Instagram dan Facebook Swiss Garden Genting tau. Macam-macam promosi ada. Untung woo kalau datang sini. Anak suka, ibu bapa lagi suka!

Tips : Daddy parking tingkat 3. Dekat dengan lobi dan lif.

FOLLOW

Alamat : Windmill Upon Hills, Genting Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia

(Visited 453 times, 2 visits today)

3 thoughts on “PERCUTIAN DI SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES GENTING #HAPPY10THANNIVERSARYKBBA9”

  1. Yaya Azura says:

    Superb cantik gambar-gambar semua. Pemandangan lawa sangat. Kena follow socmed dorang lah. Mana tau ada rezeki dapat harga murah.

  2. Nina Mirza says:

    Lawa laaaa view dia!
    Nanti nak stay sini laaaa
    Nina Mirza recently posted…Ooo… Patut laaa cepat rosak! Ini TIPS penjagaan Non-Stick PanMy Profile

  3. Nak pi gakkk. Ritu nak beli time promo tak dak date yg sesuai huhu. Hrp pasni akan ada lg laa promo murah camtu.
    Mama Kembar Tiga recently posted…Donat Kapas Gebu Gebas dan Nasi Arab Sedap di Donat Kapas & CoffeeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!